Monyet In Your Area🙉
Jimin, Jungkook, Hoseok, Seokjin....Yoongi:
Weh, kau orang dah sampai ke?Hoseok:
Aku tengah on the way.Jimin:
Aku pun tengah on the way, hyung. Tapi tempat apa yang kau pilih sampai masuk dalam hutan ni? Dahlah jalannya berpusing-pusing, pening kepala aku tahu tak?Yoongi:
Kau jangan banyak merungut, pendek. Bila kau dah tengok homestay tu, kau akan ucap thanks pada aku tak terhingga.Jimin:
Eh hyung, sedar diri tu sikit. Kau pun sama je dengan aku, pendek!Yoongi:
😒
Jin hyung, kau pun tengah on the way ke? Jungkook?Seokjin hyung:
Haah, tapi aku bawa dua orang adik lelaki aku boleh tak?Jungkook:
Aku okey je kalau tambah ahli. Tapi janji adik-adik kau tu sporting lah, hyung.Seokjin hyung:
Adik aku yang sorang ni sporting, tapi yang lagi sorang ni pelik sikit.Hoseok:
Pelik? Pelik macam mana tu, hyung?Yoongi:
Aku tak kesahlah adik kau tu pelik ke tak tapi janji dia orang bayar sendiri. Aku belanja untuk kita berlima je. Yang kau Jungkook?Seokjin hyung:
Yelah, aku tahu.Jungkook:
Aku datang lambat sikit tau sebab sekarang ni aku dekat bengkel, tengah repair motor aku ni. Ada masalah sikit.Yoongi:
Okeylah. Kau orang datang cepat sikit tau. Aku dah sampai depan homestay ni.Hoseok:
Okey okey.Seokjin hyung:
Iye aku tahu.Jungkook:
Beres, hyung.Jimin:
Baik pendek.Telefon pintar disimpan kembali ke dalam poket seluar. Homestay yang berdiri tegak di hadapan Min Yoongi itu dipandang lama. Senyuman manisnya terukir.
"Very nice."
Namun, matanya tertancap pada buaian yang sudah lusuh. Bergerak secara tiba-tiba. Dia pandang sekeliling untuk mencari jikalau ada orang namun... tiada sesiapa. Hanya dia sahaja manusia di hutan itu.
"Angin kut," desis hatinya. Cuba untuk menyedapkan hati.
Namun... tanggapan itu tak lama. Kedengaran seperti seseorang sedang ketawa dengan bunyi yang sangat menakutkan. Seperti... bukan manusia.
Yoongi cuba memberanikan diri. Perlahan-perlahan kepalanya ditoleh ke belakang.
Namun...
"Oi, hyung!"
Terjahan gerangan itu membuatkan Yoongi terkejut beruk! Mahu saja dia ingin menamatkan riwayat lelaki itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
TORTURE
Mystery / Thriller[COMPLETE + IN EDITTING] Gengerous cover by IRIS'Z AWARD 2020 TORTURE [PENYEKSAAN] Percutian tujuh sahabat buat pertama kalinya setelah lima tahun berkenalan melalui online, yang pada mulanya bahagia. Namun, pada akhirnya menjadi sebuah penderitaan...