009

177 91 18
                                    


"Dan adik lelaki aku, Jeon Jungkook... Kau bunuh dia. Kau bunuh adik aku!"

"Argh!"

Taehyung menutup kedua belah telinganya. Dia sudah tidak tahan! Dia tidak tahan lagi mendengar kebenaran dari mulut Junghyun. Semakin lama kenangan lama diungkap, semakin seksa jiwa dan raganya untuk menerima kenyataan.

"Kook duduk dalam rumah diam-diam tau. Jangan pergi mana-mana. Kalau ada orang nak masuk rumah, cakap tak boleh. Faham?"

"Faham!"

Budak lelaki yang masih berumur enam tahun itu mengangguk laju. Dia mengangkat tangan ke dahi ala-ala polis. Seakan sudah lali dengan pesanan abangnya.

"Kalau orang lain nak masuk rumah cakap apa?" soal Junghyun sekali lagi. Hatinya masih berat ingin meninggalkan adiknya seorang diri di dalam rumah walaupun dia hanya ingin pergi ke kelas tambahan.

"Tak boleh! Hyung Kook tak kasi bagi orang lain masuk rumah! Nanti hyung Kook marah!" tutur Jungkook semangat. Junghyun tersenyum lega. Kepala Jungkook dibelainya lembut.

"Hyung pergi dulu ye?"

"Okey! Hati-hati jalan tau! Sebab nanti ada hantu serang hyung. Wargh!" kata Jungkook dengan suara dibuat-buat sambil membuat muka garang. Junghyun menggeleng. Dia hanya tergelak kecil dengan telatah Jungkook yang sangat comel itu.

Sempat Junghyun meramas rambut Jungkook sebelum kaki melangkah keluar dari rumah. Perjalanannya hanya ditemani dengan suasana yang sunyi dan lampu malap. Hanya siulan burung hantu sahaja yang kedengaran.

Tiba-tiba dia berhenti melangkah. Dadanya dipegang. Perasaan tak sedap hati menyebulungi dirinya. Namun pantas dia menggeleng. Cuba menidakkan perasaan negatifnya. Dia cuba meyakinkan hatinya yang tak akan ada benda buruk yang berlaku.

●●●

Tok! Tok! Tok!

Jungkook yang sedang bermain helikopter mainannya terhenti. Matanya beralih memandang pintu utama. Senyuman riang terukir di bibirnya.

"Hyung dah balik!"

Dengan semangat dia berlari ke arah pintu. Tombol pintu dibuka lalu dia ingin memeluk gerangan itu namun perbuatannya terbantut apabila melihat wajahnya.

"Taehyung hyung!"

Jungkook melompat keriangan. Dia sangat kenal dengan lelaki itu kerana mereka hidup berjiran. Taehyung dan Jungkook tidaklah terlalu rapat namun yang membuatkan Jungkook teruja melihat Taehyung kerana ketampanannya yang luar biasa.

Taehyung membongkok sedikit sambil tangannya membelai rambut Jungkook dengan lembut. Dia tersenyum manis.

"Junghyun ada?"

"Oh! Junghyun hyung tak balik lagi dari sekolah,"

Taehyung hanya mengangguk faham. Dia tahu yang Junghyun mempunyai kelas tambahan tiga kali seminggu. Taehyung faham budak yang masih kecil seperti Jungkook ini masih tidak tahu maksud kelas tambahan.

"Kenapa Taehyung hyung datang rumah Kook? Hyung nak main dengan Kook ke?" soal Jungkook teruja. Sudah tidak boleh ditafsirkan lagi yang Jungkook benar-benar suka pada Taehyung.

TORTURETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang