007

164 91 62
                                    

Kring! Kring!

Suasana menjadi senyap seketika. Mereka semua tekun mendengar bunyi itu. Sepertinya bunyi telefon bimbit sedang berdering. Mereka pandang antara satu sama lain. Perlahan-lahan senyuman lega terukir di bibir mereka.

"Aku rasa bunyi telefon tu dari bilik Yoongi hyung. Kita boleh cari telefon tu supaya kita boleh telefon polis," kata Jimin dengan semangat.

"Jadi... kita semua akan selamat?" soal Jungkook. Matanya sudah bersinar, berharap yang nyawa mereka sempat diselamatkan.

Bergegas Yoongi berlari ke arah biliknya. Yang lain turut bergegas mengikuti Yoongi dari belakang. Terbongkok-bongkok badan mereka untuk mencari arah bunyi itu di setiap sudut bilik Yoongi, namun tetap tiada hasil.

Sedang mereka sibuk menggeledah barang, telinga Taehyung tertancap pada bunyi telefon berdering di sebalik almari. Perlahan-lahan dia menapak mendekati almari itu. Baju banyak yang disangkut dengan henger itu diselak satu-persatu.

Selak, selak, selak, tiba-tiba perbuatannya terhenti. Terlihat sebuah lukisan disangkutkan pada permukaan almari. Matanya tidak lepas dari melihat lukisan itu. Lukisan itu diambil lalu ditelitinya dengan dalam. Sepertinya ada maksud tersirat di dalam lukisan itu.

"Budak lelaki menangis?" soal Taehyung sendiri.

Tiba-tiba almari itu bergerak ke tepi secara sendiri dan terlihat sebuah lif di sebalik almari. Semua mata beralih ke arah lif itu. Jimin pula terkejut dengan tindakan rawaknya sebentar tadi.

"Kau tekan apa, Jimin?" soal Yoongi.

Jimin yang masih bingung itu hanya mengangkat bahu.

"A... aku cuma tekan punat dekat almari tu aje."

Kring! Kring!

Sekali lagi bunyi telefon berdering kedengaran. Pintu lif lutsinar  yang masih tertutup rapat itu dipandang lama.

"Aku rasa kat dalam rumah ni ada bilik bawah tanah. Phone... dan phone tu ada dekat sana."

Dengan semangat Yoongi bertutur. Laju sahaja langkahnya menekan punat buka lalu masuk ke dalam lif. Jungkook turut mengikuti Yoongi dari belakang namun Taehyung dan Jimin masih tercegat di hadapan lif. Wajah mereka seperti risau akan sesuatu.

"Kau orang tercegat lagi dah kenapa?"

"H... Hyung, ada darah." Jari telunjuk Jimin dihalakan pada tempat Jungkook dan Yoongi sedang memijak. Mata mereka beralih pandang ke bawah. Terdapat banyak cecair darah melekat pada tapak kaki mereka.

"Just ignore it! Sekarang ni kita perlu dapatkan telefon tu supaya kita boleh keluar dari neraka ni!"

Yoongi sudah tidak boleh menunggu lama lagi. Hatinya dari tadi meronta-ronta ingin keluar dari tempat itu.

Jimin mengambil nafas dalam-dalam lalu dihembus. Perasaan negatifnya cuba dibuang jauh-jauh. Dia memaksakan juga kakinya untuk memijak cecair pekat itu. Walaupun di dalam hatinya sudah berdegup kencang kerana ketakutan.

Taehyung masih berdiri kaku. Lukisan itu dibelek-beleknya lalu terlihat sebuah puisi tentera di belakang lukisan tersebut. Bibirnya terkumat-kamit membaca setiap bait ayat puisi itu.

Kenangan pedih lewat waktu,
Makin menyatu dalam fikiranku,
Membuak dendam menyalut kalbu,
Menggamit amarah yang menggebu,
Kebencian menyeru dan menderu.

Dahi Taehyung berkerut. Cuba memahami maksud di sebalik puisi itu.

"Kenangan?" soalnya sendiri. Tak semena-mena kepalanya berasa sakit. Kepalanya dipegang kuat. Dia merintih kesakitan. Tiba-tiba seorang budak lelaki terlintas di fikirannya. Taehyung terus kembali ke dunia realiti. Dia bernafas tercungap-cungap. Wajah budak lelaki itu seperti familiar baginya.

TORTURETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang