004

204 103 42
                                    

Malam yang sungguh dingin dan sunyi. Hanya ditemani dengan cahaya bulan dan dikelilingi oleh hutan tebal.

Enam orang lelaki sedang bertungkus-lumus mengorek tanah sedalam-dalamnya. Mayat yang sudah dibalut dengan plastik dimasukkan ke dalam lubang itu lalu ditutup dengan segumpal tanah.

Cangkul diletak tepi. Peluh di dahi dilap dengan lengan baju. Wajah mereka dipandang antara satu sama lain. Berharap keputusan yang mereka buat ini adalah perkara betul.

"Sekarang ni kau orang semua ambil barang masing-masing then kita keluar dari sini."

"Kau gila, hyung? Macam mana dengan Jimin? Takkan nak tinggalkan tanpa cari dia?" Pantas sahaja Namjoon membantah. Cadangan Yoongi itu memang ditolak habis-habisan oleh mereka semua.

"Kita perlu cepat-cepat keluar dari sini sebelum ada benda jadi pula pada kita semua," balas Yoongi tidak mahu mengalah. Dimindanya kini hanya memikirkan keselamatan nyawanya sahaja.

"Hyung, kita datang sini sama-sama. Kita keluar dari sini pun sama-sama. Jangan sampai aku fikir yang kau ni selfish, hyung." Suara Jungkook mendatar. Tajam sahaja dia memandang mata Yoongi. Lelaki itu terdiam. Dia terpaksa juga bersetuju walaupun hatinya sudah meronta-ronta ingin keluar dari tempat itu.

"Kita perlu berpecah. Aku, Yoongi hyung, Hoseok hyung dan Taehyung hyung akan masuk dalam hutan untuk cari Jimin hyung. Seokjin hyung dan Namjoon hyung cari sekali lagi dalam homestay. Manalah tahu dia ada dalam rumah, okey?" cadang Jungkook sambil wajah mereka dipandang satu-persatu. Mereka semua mengangguk setuju.

"Dekat mana pejabat tuan homestay ni, hyung? Kita boleh pinjam telefon dari pejabat dia supaya boleh report  polis," soal Jungkook pada Yoongi. Namun Yoongi hanya diam. Bibirnya terketar-ketar ingin menjawab seperti perkara buruk yang ingin disampaikan.

"A... aku tak tahu."

Terus pandangan mereka semua tertumpu pada Yoongi. Berharap yang pengakuan Yoongi itu hanya gurauan.

"Takkan kau tak pernah datang pejabat dia masa booking homestay ni?" soal Seokjin.

Yoongi menggeleng. "Aku berbincang dengan dia melalui telefon je. Bayaran pula melalui online. Jadi kita orang tak pernah berjumpa dan aku tak pernah jejak pejabat dia."

Keluhan berat dilepaskan. Sayangnya, situasi yang sangat cemas ini tidak berpihak pada mereka. Mereka buntu, terlalu buntu. Mereka merasakan seperti mereka akan terperangkap di dalam hutan ini buat selamanya.

"Kau memang menyusahkan lah, hyung..." kata Hoseok yang selamba itu membuatkan telinga Yoongi memanas. Kolar Hoseok direntap sebelum mata tajam mereka bertembung.

"Kau nak cakap ini semua salah aku?"

Hoseok senyum sinis. "Yes! Kau yang hantar kita orang dekat sini. Kau yang ajak kita orang main benda bodoh tu. Kau yang terlalu acah berani tapi orang lain yang terpaksa ambil risiko. Semuanya salah kau!"

Tumbukan padu hinggap di wajah Hoseok. Hampir terjatuh dia dibuatnya namun sempat dia mengimbangkan badan. Hoseok memegang bibirnya yang pecah. Yoongi di hadapannya dipandang tajam. Baru sahaja Hoseok ingin membalas, yang lain sempat menahannya.

"Sudahlah! Sekarang ni bukan masa untuk bergaduh! Jimin hyung tengah hilang tahu tak? Sampai bila kita semua nak cari dia kalau kau orang bergaduh macam ni?"

Teguran Jungkook itu membuatkan mereka berdua terdiam. Akhirnya mereka mengalah. Hanya pandangan tajam sahaja yang mampu dibalas.

"Okey, macam ni. Aku dan Yoongi  hyung pergi belah kanan. Hoseok hyung dan Taehyung hyung pula pergi belah kiri. Kita cari pejabat tu sama-sama," cadang Jungkook dan mereka bertiga mengangguk faham.

TORTURETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang