"Cepatlah jalan!"
Terhinjut-hinjut Taehyung mengikut Yoongi yang sedang menarik lengannya kasar. Kedua-dua belah tangannya yang diikat kemas membuatkan dia sukar mahu melepaskan diri. Apabila mereka semua sudah masuk ke dalam homestay, Yoongi mengunci pintu agar Taehyung tidak lari ke mana-mana.
Taehyung pandang sekilas pada mayat Namjoon yang sedang diangkat oleh Jungkook itu. Dia tertunduk. Air matanya sudah tidak mampu ingin mengalir. Tidak sangka yang dia akan pergi secepat ini. Belum sempat Taehyung ingin merasa kasih sayang daripada seorang abang.
"Jungkook, kau letak mayat Namjoon dekat lantai."
"T... tapi hyung..."
"Aku kata letak!"
Jungkook mengeluh berat. Terpaksalah dia mengikut arahan Yoongi walaupun hati ini tidak merelakan. Perlahan-lahan dia meletakkan mayat itu di atas lantai.
Dengan sengaja, Yoongi menghempas Taehyung kuat ke atas lantai hingga dia hampir tercium wajah Namjoon yang sudah hancur berkecai itu. Dia menutup matanya rapat. Ngeri, sangat ngeri melihat mayat abangnya yang telah mati secara kejam.
Perut Taehyung ditendang kuat oleh Yoongi hingga dia mengadu kesakitan. Jungkook tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu melihat Taehyung dari jauh walaupun di dalam hati sudah meronta-ronta ingin menyelamatkan Taehyung dari terus diseksa Yoongi. Namun dia juga takut, jika memang benar Namjoon mati di tangan adiknya sendiri.
Berkali-kali Hoseok mengetuk kepalanya. Di dalam mindanya tak henti memikirkan seorang lelaki berhoodie hitam yang langsung tidak menampakkan wajahnya. Dia sendiri tak tahu apa yang terjadi atas kematian Namjoon. Dia merasakan seperti sesuatu telah mengawal minda dan dirinya tanpa dia sedar.
"Sekarang bagitahu aku dekat mana kau nyorokkan Jimin dan Seokjin hyung!" Urat-urat ungu sudah kelihatan di wajah Yoongi. Mata Taehyung dipandangnya tajam. Marah benar nampaknya lelaki yang bermata sepet itu.
"A... aku tak tahu."
Jawapan Taehyung itu membuatkan Yoongi bertambah berang. Ingin sahaja dia menamatkan riwayat Taehyung di situ.
"Kau tak payah nak buat-buat tak tahu..."
"Aku tak tahu! Aku memang tak tahu! Aku tak tahu kat mana dia orang semua! Aku ni cuma mangsa keadaan!"
Taehyung cuba melawan sehabis mungkin demi membela dirinya dari terus dituduh. Tahap kesabaran Yoongi sudah mencapai limit. Tumbukan padu ingin hinggap di wajah Taehyung, namun teguran seseorang membuatkan perbuatannya terbantut.
"Hyung."
Mata mereka semua beralih pada gerangan itu. Kewujudan gerangan itu membuatkan mata mereka terbutang luas. Seakan tidak percaya apa yang mereka sedang lihat.
"Jimin hyung!" Terus Jungkook berlari mendapatkan Jimin yang seperti lemah itu. Wajah Jimin pucat sahaja dan tidak bermaya. Matanya ditatap lama dengan penuh tanda tanya.
"Kau pergi mana selama ni? Kau tahu tak kita orang bersusah payah cari kau?" soal Yoongi sedikit meninggi.
"A... aku tak tahu. Aku sedar je, kau orang semua dah tak ada."
Mereka semua menghembus nafas lega. Akhirnya Jimin ketemu juga. Langkah terakhir mereka adalah keluar dari tempat ini secepat mungkin.
"Kenapa Taehyung kena ikat?" soal Jimin. Wajah mereka dipandang satu persatu.
"Dialah dalang semua ni! Namjoon mati sebab Taehyung yang bunuh. Sekarang Jin hyung pula yang hilang. Aku tahu dialah yang sorok Jin hyung. Dan selama ni kau hilang sebab Taehyung kan, Jimin?"

ANDA SEDANG MEMBACA
TORTURE
Misterio / Suspenso[COMPLETE + IN EDITTING] Gengerous cover by IRIS'Z AWARD 2020 TORTURE [PENYEKSAAN] Percutian tujuh sahabat buat pertama kalinya setelah lima tahun berkenalan melalui online, yang pada mulanya bahagia. Namun, pada akhirnya menjadi sebuah penderitaan...