TERSEBUTLAH kisah seorang lelaki berambut ungu yang tinggal bersama pasangan suami isteri ahli sihir yang tidak mempunyai cahaya mata. Pasangan tersebut menemui Fang semasa Fang masih lagi seorang bayi di hadapan rumah mereka.
Tatkala usia Fang menginjak ke 17 tahun, si suami, Adudu pergi menghilang dari dunia ini.
Fang menjadi seorang lelaki yang berambut gaya landak dan kuat perasan malah terkenal di seantero kerajaan Pulau Rintis. Sebut sahaja donat lobak merah, pasti dia akan ke mari.
Namun bukan Fang sahaja yang kuat perasan hatta ibu angkatnya pun lebih kuat berlagak orangnya. Inilah orang panggil keturunan berlagak namanya.
"Keletak! Keletuk! Keletak! Keletuk!"
Bunyi tapak kasut wanita bergema di dalam rumah tua tersebut. Wanita itu membongkok sambil tangannya meraba - raba bawah katil tersebut. Teringat pula kisah seram yang bila raba bawah katil tiba - tiba terambil kepala arwah Cik Ponti.
Kasut yang sudah buruk itu dan bertangkung itu dicapai. Patutlah makin meningkat kes denggi di kawasan mereka! Suka sangat simpan air yang bertangkung.
Wanita itu tersenyum lalu menghayunkan tangannya. Serta - merta muncul sebatang tongkat di celah celah jarinya. Hujung tongkat itu diayunkan ke arah kasut tersebut.
"Kegemaran Pak Ali buah ciku. Muncullah dan jawab persoalanku!"
Sebaik ayat magis itu diucapkan, muncul wajah seorang lelaki tua pada air bertangkung tersebut.
"Huargh, apa benda call pagi - pagi ni? Panggillah petang sikit. Ganggu je aku nak tidur."
Wanita itu mula naik berang dengan rungutan kasut itu. "Kepala engkaulah. Dah tengah hari ini!"
"Ya, ya, je kau. Mana? Mana? Mana?" Lelaki tua di dalam kasut itu mengerling ke kanan dan ke kiri, tidak percayakan kata ahli sihir tersebut.
Suara itu kedengaran seperti ditutup apabila jam terapung magis terpapar di hadapan kasut tersebut. Jarum jam menunjukkan sekarang pukul 12:15 tengah hari.
"Setiap benda buat kesilapan." Lelaki tua di dalam kasut itu memberi alasan untuk menutup malu.
"Sudah! Sudah! Wahai kasut ajaib si Hang Kasa di lantai. Tunjukkanlah siapa lebih popular di Kerajaan Rintis!"
"Sikit sikit soalan tu. Ha, yalah. Budak ini yang popular minggu ini." Air yang bertangkung di dalam kasut ajaib itu memaparkan wajah Fang, membuatkan si Ahli Sihir itu tidak berpuas hati.
"Kau ni biar betul! Asyik - asyik muka dia je!" Si ahli sihir itu kedengaran tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Hang Kasa.
"Lah... takkan aku nak tipu pula, Ayuyu." Ujar Hang Kasa
Pipinya yang berwarna hijau ditelek pada cermin. Sebab inikah dia tidak popular? Sebab dia datang dari suku hijau Atata Tiga?
Ayuyu berdecit geram. Rambut merah jambunya dilibas kuat. "Aku kena halau Fang itu dari Kerajaan Rintis sekarang!"
💮💮💮BAB 1 WILL UPDATE AT 1 AUGUST 2020
How Prolog OwO?
YOU ARE READING
Fang Dan Tujuh Kembar Ajaib
FanfictionFANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB ________________ BoBoiBoy Fanfic ... "Wahai kasut ajaib di lantai. Tunjukkanlah siapa lebih popular di Kerajaan Rintis!" Air yang bertangkung di dalam kasut ajaib itu memaparkan wajah Fang, membuatkan si Ahli Sihir itu t...