FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Kau kena tolong kami"
"Kembar Bertujuh!"
..."HUARGH..." Entah berapa belas Fang menguap semasa menuju ke belakang rumah. Taufan yang berada di belakang Fang sudah berkali - kali berlaga badan dengannya.
"Prit!" Kedengaran bunyi wisel ditiup oleh Halilintar. Entah dari mana dia dapat wisel itu. "Kenapa lemah sangat kau orang ni? Macam mana nak lawan Retak'ka tu?"
"Kau ni agak - agaklah," Nada suara Fang berubah menjadi bengang. "Ni dah pukul empat pagi! Tak boleh ke buat lepas sarapan?"
"Kau akan biasa nanti," Sampuk Taufan, perlahan.
Halilintar berpeluk tubuh melihat 'dua pelatih'nya dalam keadaan lemah. Malah, ada gaya seperti tidak cukup tidur! Halilintar menyembunyikan keluhan sebelum melaungkan sesuatu. "Bulan sudah mula keluar, multimonster datanglah menyinar!"
Serentak dengan itu, beberapa makhluk hijau bersaiz tapak tangan muncul tiba - tiba di belakang mereka. Makhluk - makhluk itu berjalan terkedek - kedek ke arah mereka. Badan mereka semua mengeluarkan cahaya berwarna hijau. Terdapat juga duri - duri kecil tumbuh di belakang mereka.
"Woah!" Fang melompat, terkejut tatkala seekor Multimonster melalui celah kakinya. Hilang ngantuknya melihat makhluk - makhluk itu.
"Maaf lambat. Tadi makan Maggi tadi." Multimonster yang lambat tadi bersungguh - sungguh menunduk, memohon maaf.
Rakannya memutarkan bola mata. "Kau ni asyik lambat saja."
"Ala, maaflah."
Halilintar berpaling ke arah Fang. "Kau... tak ada kuasa, kan?"
Perlahan - lahan Fang mengangguk, mengiyakan. "Kenapa tanya?"
Halilintar mengendahkan soalan Fang, sebaliknya dia mencangkung menghadap makhluk - makhluk ajaib itu. "Pedang Berkilauan. Kau orang masih simpan pedang itu? Aku nak pinjam sekejap."
"Roar, roar, roar." Salah seekor Multimonster memuntahkan sebilah pedang. Air liur makhluk yang melekat pada pedang itu serta - merta hilang apabila dipegang oleh Halilintar.
"Erk..." Taufan cuba menyorokkan riak kegelian pada wajahnya tatkala Multimonster tersebut mengelap air liur yang masih meleleh di pipinya. Siap sedut air liur lagi!
"Nah." Fang cepat - cepat menyambut pedang yang dilambung oleh Halilintar. Haih... hati - hatilah sedikit. Anak orang itu.
"Sekarang... Taufan serang dia." Rahang Fang hampir jatuh ke bawah mendengar arahan Halilintar.
"Kau... kau dah gila ke? Aku baru pegang pedang. Dah suruh aku bertarung dengan orang yang mempunyai kuasa." Fang menyuarakan rasa tidak puas hatinya.
"Senang saja. Hayunkan pedang..." Halilintar mematikan kata - katanya dengan memberi pandangan yang amat menyeramkan. "...ke kau nak lawan dengan aku?"
Mendengar tawaran Halilintar, Fang dapat merasakan egonya tercabar. "Ha, boleh je." Fang menghalakan pedang itu ke arah Halilintar secara menegak. "Cepatlah!"
"Hahahaha." Halilintar tersenyum senget sebelum mengeluarkan pedang halilintarnya. "Aku sukakan semangat kau."
Sementara itu, Taufan menongkat dagu membuang pandangan ke arah Halilintar dan Fang yang berlawan pedang. Kalau dia tahu akan jadi begini, sudah pasti dia akan angkut bantal ke mari.
"Roar, roar, roar. Nak?" Salah seekor makhluk Multimonster tetapi bersaiz ibu jari menawarkan bertih jagung pada Taufan.
Berbalik pada situasi Fang dan Halilintar, keduanya bersungguh bertarung seperti berada di atas sebuah gelanggang. Bunyi pedang berlaga sesama sendiri beberapa kali bergema di pendengaran berdekatan.
"Aku akan tamatkan perlawanan ini!" Halilintar berlari laju menuju ke arah Fang, sehinggakan jika dilihat dari jauh, kakinya seakan tidak menjejak tanah! Nasib baik buat Fang apabila dia berjaya merebahkan diri ke belakang, sekaligus menyelamatkan perutnya yang popular dari terkena hujung mata pedang.
Halilintar berpusing ke belakang. Terbit satu senyuman sinis pada bibirnya tatkala melihat Fang masih gagah berdiri. "Boleh tahan."
"Hahaha. Biasa saja. Maklumlah orang popular macam aku ni memang boleh tahan hebat orangnya. Hahaha!" Fang terus tertawa macam orang hilang akal. Sampai terkembang - kembang hidung dibuatnya! Namun, gelakan ala penjahat filem terhenti apabila Halilintar kembali membuat serangan.
Taufan memerhati gerak - geri Halilintar dan Fang sambil mengerutkan dahi. Hal ini kerana pergerakan kedua mereka sangat pantas!
Melihat kedutan pada dahi Taufan, ketua Multimonster tergelak kecil. "Kau Taufan, bukan? Patutlah kau ternganga. Selalunya budak mata oren dan mata kelabu tu saja yang Hali bawa berjumpa kami."
"Inilah kehebatan Pedang Berkilauan. Pedang itu mampu membuatkan penggunanya berlari selaju kelajuan cahaya. Tapi... ada keburukannya."
Taufan terkesima mendengar ayat terakhir ketua Multimonster. Dia menoleh laju ke arahnya. "Keburukan apa?"
"KTANG!" Pedang Halilintar tercampak jauh dan tercucuk pada batang pokok. Halilintar jatuh terduduk kerana kepenatan. Hujung mata Pedang Berkilauan mengenai dahinya.
"Aku... menang." Ujar Fang dengan senyuman senget bercampur psiko. Iris matanya bersinar dengan cahaya berwarna merah.
Halilintar cuba bangun perlahan - lahan. Selesai bangun, dia meregangkan otot badannya yang terasa lenguh tanpa melihat terus ke dalam mata Fang.
Dalam hati Halilintar, terdetik satu kerisauan. Mata si Fang... bercahaya.
Adakah ini keburukan yang sering dikatakan?
Cahaya pada iris mata Fang beransur hilang. Riak wajah Fang yang tegang berubah menjadi biasa. "Nak lawan lagi ke tak? Ke... kau takut?"
Halilintar menjadi tercabar memandang senyuman mengejek Fang. Dia tergelak sinis. "Mestilah tak. Mari mulakan!"
Taufan sudah mengeluh kuat serta panjang. "Lagi? Dia orang nak lawan sampai masuk Subuh ke?"
"Biarlah... nyum nyum... depa tu." Salah seekor Multimonster menyampuk sambil mengunyah bertih jagung.
"Huargh...." Taufan membaringkan dirinya ke atas rumput. "Kalau dah tamat perlawanan itu, kau kejut aku, tau."
YOU ARE READING
Fang Dan Tujuh Kembar Ajaib
FanfictionFANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB ________________ BoBoiBoy Fanfic ... "Wahai kasut ajaib di lantai. Tunjukkanlah siapa lebih popular di Kerajaan Rintis!" Air yang bertangkung di dalam kasut ajaib itu memaparkan wajah Fang, membuatkan si Ahli Sihir itu t...