FDTKA 18

385 36 12
                                    

FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Kau kena tolong kami"
"Kembar bertujuh"
...

6 jam 30 minit sebelum...
8:00 PAGI

"FANG..."

   "Siapa tu?" Dilihat kiri dan ke kanan tetapi hanya menghiasi pemandangannya hanyalah warna hitam. Kening Fang bercantum. Adakah ini... tempat yang pernah dia mimpi sebelum ini?

   Suara seorang perempuan mengalihkan perhatian Fang. "Hidupkan jalan cerita kamu, Fang."

  "Hidupkan? Apa maksud ka..." Fang mengalihkan pandangannya ke arah tangannya yang bercahaya. Tempat yang dipijaknya turut mengeluarkan cahaya berwarna ungu.

  Perlahan - lahan Fang mengangkat wajahnya mengikut arah tuju cahaya tersebut. Matanya menangkap pasangan suami isteri sedang tersenyum tidak jauh darinya. Si isteri mendepakan tangan, seolah - olah ingin memberikan pelukan pada Fang.

  Tanpa sedar, Fang berkata sesuatu. "Mak?"

   "Ya, Fang. Kami ibu bapa kandung kau," jawab si suami itu.

   Entah apa yang mendorong Fang sehingga dia berlari menuju ke arah mereka. Tangisan yang mengalir tiada siapa dapat hentikan. "Mak! Ayah!"

  Tubuh mereka berdua didakap penuh erat. Tanpa Fang perasan, tubuhnya berubah menjadi tubuh seorang kanak - kanak. Fang mendongak memandang wajah kedua ibu - bapanya. "Betul ke kamu berdua ni, ibu bapa Fang?"

   Ibu Fang mengusap kepala Fang. "Ya, Fang. Kami memang ibu bapa kau."

   "Maafkan ayah sebab serahkan engkau kepada orang lain. Kami ingin lindungi engkau dari Retak'ka. Ayah risau kalau si monyet tu bunuh kau," sampuk ayah Fang. Sempat lagi dikutuk si Retak'ka itu.

   "Ayah dan mak... dekat mana selama ini?" Sayu Fang bertanya.

   Ibu dan ayah Fang saling berpandangan sebelum mereka berdua tersenyum pasrah sendiri. Ibu Fang menuturkan kata dengan nada sebak. "Kami tiada lagi di sini. Yang penting, kau dan abang kau masih hidup."

   Sempat Fang bermonolog dalam hati. "Ha? Aku ada abang? Agaknya dia hensem dari aku atau apa?"

   "Ayah akan cari jalan untuk jumpa kau berdua. Tapi... kau kena tewaskan Retak'ka. Jangan bagi dia kuasai kerajaan Elemental kalau tidak buruk padahnya yang akan diterima kita," pesan ayah Fang dalam nada tegas.

   Tiba - tiba kedengaran suara Tok Aba menyapa halwa telinga mereka. "Fang, bangun Fang."

   "Belum tiba masanya untuk kau ikut kami. Teruskan perjuangan kamu di sana." Sebaik sahaja berkata, tangan ayah Fang hilang bagaikan debu.

   Tergagap - gagap Fang menyusun kata. Matanya tidak lepas memandang wajah ibu bapanya. "Mak dengan ayah nak pergi mana?"

  "Mak dan ayah tak pergi jauh, Fang. Kami sentiasa di hati kau. Betul kata ayah kau, kau kena kalahkan Retak'ka." Ibu Fang tersenyum sebak, begitu juga dengan ayah Fang. Mereka berdua hilang bagaikan debu - debu berterbangan.

  Fang jatuh melutut melihat situasi itu. Tubuhnya bertukar menjadi normal. Dia bingkas bangun dan mencari ibu bapanya. "Ayah! Mak!"

   Merata dia pergi di ruangan gelap itu semata - mata untuk mencari ibu bapanya. Setiap langkahnya diikuti dengan taburan cahaya ungu. "Mak! Ayah!"

   Kedengaran suara ibunya menangis berteriak. "Pergi... hiks... Fang! Hadapi realitinya!"

   "Ini, tok, Fang. Bangun!"

Fang Dan Tujuh Kembar AjaibWhere stories live. Discover now