FDTKA 13

437 41 7
                                    

FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Kau kena tolong kami"
"Kembar bertujuh"
...

"HUH... huh... huh..." Sudah beberapa kali helaan nafas risau keluar dari mulut Halilintar. Matanya meliar mencari cendawan. Takut - takut ada di sekitar sini.

   "BAM!"

   Semua yang berada di gerai itu terkejut mendengar seolah - olah bunyi benda jatuh. Betapa risau bukan kepalang Tok Aba apabila melihat cucunya, Thorn rebah menghempap tanah.

   "Thorn!" Keenam - enam kembar yang lain mengerumuni Thorn. Apa yang membuatkan jantung mereka seperti mahu terjatuh adalah tatkala melihat kedua kelopak mata Thorn terpejam rapat.

   "Thorn. Bangun Thorn." Tok Aba sedaya - upaya menggerakkan bahu cucunya namun tiada sebarang respon diberikan. Malah, sebarang rengekan suara tidak diluahkan! Lagak Thorn sudah bagaikan mayat.

   "Nadi dia lemah."

   Fang tergamam. Kenapa boleh jadi macam itu tiba - tiba? Lantas wajah tua nenek tersebut menjengah mindanya. Tidak mungkin... mustahil! Itu... ibu angkatnya, bukan?

   Ini semua salah aku ke?

  Gempa menunjukkan riak wajah yang tegang. Dia menoleh laju ke arah Ochobot. "Ochobot, buka portal sekarang."

  Senja sudah mula menghampiri. Sebelum bertukar menjadi ikan koi, Tok Aba menjelaskan bahawa salah satu penawar bagi racun magis ini ialah cendawan. Sebaik sahaja mendengarkan kata itu, Solar, Halilintar dan Fang terus meneroka hutan bagi mencari cendawan buat Thorn.

   "Takkan kena ikut jalan yang jauh juga?" Halilintar hampir berputus asa tatkala melihat tiada satu cendawan kelihatan. Tolonglah... walaupun sebiji cendawan.

   "Jalan yang kena lalu pokok Elemental tu?Aduh..." Solar sudah mengeluh kuat. Sudahlah pergi ke pokok Elemental memakan masa lima minit. Apatah lagi untuk menuju ke tempat yang banyak cendawan itu.

   "Pergi sahajalah. GERAKKAN KILAT!" Halilintar menggunakan kuasanya berlari laju meninggalkan mereka.

   "Jomlah." Memandangkan Fang tidak mempunyai sebarang kuasa, dia memegang tangan Fang untuk menggunakan kuasanya, berlari laju menuju ke kawasan itu.

   Sedang mereka berlari laju, Fang terperasan yang semakin lama, rambut belakang Solar menjadi semakin putih. Dia tidak tahu bagaimana dengan rambut yang lain disebabkan Solar memakai topi.

   Malah, semakin mendekati pokok Elemental, kelajuan Solar menjadi semakin perlahan sehinggalah Solar terberhenti sendiri. Solar membongkokkan badannya sambil memegang dada. Lagaknya seperti menahan sakit.

   Halilintar yang tidak beberapa langkah jauh dari mereka, menghampiri Solar dan Fang. Halilintar mendekati Solar dengan penuh rasa risau di dada. Dia memegang bahu Solar. "Solar, kau okay tak?"

   Mata Halilintar dan Fang masing - masing terbuntang tatkala Solar jatuh ke dalam pangkuan Halilintar. Fang mempercepatkan langkahnya ke arah Solar. Serentak dengan itu, bunyi pokok jatuh bergema kuat dari sebelah kanan Fang.

  "Huh..." Solar masih dapat membuka matanya tapi konsisi tubuhnya sangat lemah. Topinya jatuh mencium rumput. Kesemua rambutnya bertukar menjadi putih. Hanya beberapa helai masih kekal hitam.

   Mereka berpaling ke arah pokok Elemental. Boleh dilihat dari jauh, seorang lelaki berkulit biru sedang berusaha menebang salah satu pokok Elemental.

Fang Dan Tujuh Kembar AjaibWhere stories live. Discover now