BUM!
Habis bersepah barangan di dalam rumah agam itu gara - gara amukan seorang Hanz Ivans.
Tak boleh dilepaskan amarahnya pada orang bawahannya, dia lepaskan baran pada semua barangan di dalam rumahnya. Pada pandangannya, barangan itu ialah mamma dan Qaz.
"Celaka! Sial!" Hamburnya.
"Hanz..." Suara itu mematikan perlakuan Hanz. Sekaligus, mematikan perasaan amarahnya.
Perlahan - lahan Hanz menoleh memandang seraut wajah isterinya yang baru selesai mandi. Wajah itu nampak lebih segar tetapi agak sembab dan keletihan.
Tak tunggu lama, Hanz terus sahaja mendapatkan tubuh Illyana lalu tubuh isterinya dipeluk seeratnya seolah - olah hari esok tiada lagi.
"Hanz, jangan mengamuk". Tegur Illyana lembut.
Rambut suaminya diusap penuh kasih.
"Mi dispiace". (I'm sorry) Ucap Hanz dalam nada sebak.
"Saya tahu awak akan datang. Saya tahu awak tetap akan cari saya dan saya tahu yang awak takkan biarkan Qaz tiduri saya. Saya kenal siapa suami saya". Bidas Illyana bersama senyuman nipis.
Hanz pandang Illyana.
Air mata lelakinya terus gugur dihadapan Illyana.
"Tapi sampai bila aku mampu untuk jaga kau? Sampai bila aku boleh pastikan kau selamat?" Soal Hanz bersama esakkan.
Tak peduli apa yang Illyana mahu katakan.
Apa yang dia tahu ialah dia mahu Illyana tahu tentang perasaan hatinya. Ketakutan yang dia telah lama pendamkan seorang diri.
Perkara yang dia paling takuti ialah kehilangan Illyana.
Tapi perkara yang lebih dia takuti ialah Illyana ditiduri lelaki lain.
Tubuh yang halal untuk dia dijelajahi oleh lelaki lain. Dia tak mampu untuk fikirkan perkara itu. Sakit.
Illyana tekup pipi Hanz.
Perlahan - lahan air mata si suami itu diseka.
"Saya dengar Qaz kata yang saya ini akan jadi kelemahan awak. Tapi saya nak awak tahu yang saya ni boleh jadi kekuatan awak. Allah tak cipta sesuatu perkara itu sia - sia. Allah jadikan bersebab. Allah jodohkan kita sebab Allah nak tegur awak. Allah nak sedarkan awak untuk kembali ke jalanNya. Sehebat mana pun lelaki, dia tetap perlukan seorang perempuan disisi dia. Sekuat mana pun lelaki itu, dia tetap lemah apabila perempuan memujuk dia dan selemah mana pun lelaki itu... Dia tetap akan jadi kuat demi perempuan yang dia cintai. Termasuklah awak, Hanz. Awak suami saya yang saya tahu awak kuat. Saya tahu awak boleh kuat. Awak ada saya. Awak ada..." Illyana tarik tangan Hanz lalu dia letakkan pada perutnya.
Hanz dan Illyana saling berpandangan.
"Awak dan saya. Kita ada si kecil dalam ni dan kita ada Allah". Tutur Illyana bersama senyuman manis.
YOU ARE READING
HANZ - The Devil Love The Fallen Angel
RomanceMr Mama Series🌷 --- -"A King who was never stop to love his Queen"- PERKAHWINAN atas dasar cinta buatkan Illyana terjerat sendiri di dalam istana binaan Hanz. Memanglah menjadi isteri lelaki itu dia terus dilayan persis tuan puteri. Tetapi sikap ku...