KANDUNGAN Illyana yang semakin sarat membuatkan Hanz Ivans cukup tak suka melihat isterinya melakukan kerja - kerja rumah. Syukurlah, Gabriel memilih untuk membantu Hanz Ivans dan Illyana menjaga Hanzel dan Hazel sementara Hanz Ivans menjaga si isteri yang sangat degil dan tak mahu mendengar kata.
Illyana tersenyum memerhatikan si suami yang sedang membuka telefon bimbit sambil memasak. Nampak sangat suaminya sedang cuba belajar memasak.
Gigihnya.
Illyana capai lembut telefon Hanz Ivans dari pegangan suaminya.
Hanz Ivans memandang seraut wajah si isteri dengan riak wajah terkejut.
"Tak sangka handsome juga abang pakai apron corak anak ayam ni. Siap ada rompol - rompol yang berwarna pink. Eyy, geramnya saya tengok". Pipi Hanz Ivans dicubit lembut.
Pipi Hanz Ivans bertukar merah.
Ah, sial.
Dia malu!
"Jangan puji!" Suara tegas itu membuatkan Illyana menguntum senyum.
Si penggoda rupa - rupanya.
"Abang, kalau nak belajar memasak tak payah guna telefon". Pesan Illyana lembut.
"Orang nak masak ni. Tak payahlah kacau". Tukas Hanz Ivans perlahan.
Pipinya menghangat apabila bau haruman si isteri menerjah rongga baunya.
Illyana peluk belakang tubuh Hanz Ivans. Erat.
Tubuh Hanz Ivans mengeras.
Segan betul bila Illyana sengaja kenakan dia sebegini rupa. Membahang kulit wajahnya.
"Kau jangan dera hati aku boleh tak? Nasib baik kau dah sarat. Kalau tidak memang aku heret kau masuk bilik". Gumam Hanz Ivans tak puas hati.
Illyana ketawa.
Dah agak.
Memang Ivans yang sedang menjaganya sekarang. Hanz takkan segan dengannya melainkan Ivans. Yalah, semenjak jatuh cinta Ivans dah jadi tak cekap bila Illyana memerhatikannya. Tambahan lagi bila Illyana katakan cinta. Habis rosak semua benda!
"Dah lama awak tak keluar".
"Kau sibuk dengan Hanz. Mana nak cari aku dah". Bidas si suami kasar.
Api dapur ditutup Illyana lalu tubuh Ivans dipusing menghadap dirinya.
Illyana menjengket sedikit dan leher itu dipeluknya.
Illyana senyum pandang Hanz Ivans.
Lekas aje Hanz Ivans melemparkan pandangan ke arah lain. Wajah suaminya kelihat sangat merah.
"Jangan pandang aku macam itu". Tegas Hanz Ivans.
Illyana tayang muka polos.
"Kenapa? Awak segan dengan saya ya?" Tukas Illyana lembut.
Hanz Ivans diam.
"Eyy, comelnya!"
"Ah bodoh!" Blur Illyana apabila mendengar makian Hanz Ivans yang tiba - tiba terhambur.
YOU ARE READING
HANZ - The Devil Love The Fallen Angel
RomanceMr Mama Series🌷 --- -"A King who was never stop to love his Queen"- PERKAHWINAN atas dasar cinta buatkan Illyana terjerat sendiri di dalam istana binaan Hanz. Memanglah menjadi isteri lelaki itu dia terus dilayan persis tuan puteri. Tetapi sikap ku...