MAMMA senyum sinis.
"Aku takkan ikut cakap kau. Kau tak layak untuk mengarah aku. Kau hanya layak duduk di bawah tapak kaki aku! Aku emak kau dan aku ialah syurga kau!" Tengking Mamma.
Hanz Ivans tersengih.
"Syurga? Kau fikir kau bidadari yang tinggal di dalam syurga? Kau itu ibarat Azazil yang ditendang keluar dari syurga kerana keangkuhan dan keengganan kau untuk menghormati Adam". Ujar Hanz Ivans dalam nada tenang.
Wajah Mamma berubah.
"Kau kena ingat. Kau itu ialah syaitan. Syaitan tak tinggal di dalam syurga". Sinis Hanz Ivans.
"Kau pun sama macam aku juga! Kau jangan nak berlagak suci!" Tengking Mamma.
Kesabarannya mula menipis apabila mendengar Hanz Ivans kata sebegitu kepadanya.
Biadab!
"Sí, I'm the devil. I was fall in love with my wife. She's just like a fallen angel. Dia cuba untuk mengubah aku jadi lelaki yang baik berbanding dengan kau yang sentiasa suruh aku sesat dalam kejahilan. Kau murtad".
Mamma ketap rahang.
Hanz Ivans pandang Gabriel dan Zarif.
Matanya memanah ke arah kedua - duanya bagaikan mengarah untuk mencari Illyana. Tanpa sebarang bantahan, mereka berdua akur dengan arahan Hanz Ivans.
Hanz Ivans senyum kepada Mamma.
"Kau abaikan aku sebab kau berdendam dengan papa. Kau lebihkan Aidan sebab papa terlalu sibuk dengan kerjanya. Kau namakan Aidan lain daripada kami sebab kau kata Aidan hanya satu - satunya anak kau. Jadi, aku dan Leen anak siapa? Kami lahir dari rahim kau dan benih papa. Tapi, layanan kau hanya lebih pada Aidan. Kau tatang Aidan penuh kasih sayang". Hanz Ivans ketawa sinis. Namun, ada kedengaran bunyi perit.
"Kau halang dia daripada berjumpa dengan aku tapi kedegilan dia buatkan aku dan dia berkawan rapat. Dia nampak cara kau layan aku. Dia nampak cara kau layan papa. Jadi, kenapa kau persoalkan bila dia jadi biadab dengan kau sedangkan kau yang mencorak dia jadi sebegitu?"
"Aku sentiasa sayang kau, Hanz. Aku sayang kau dan Leen lebih dari aku sayangkan nyawa aku. Walaupun Mamma pilih bencikan kau tapi aku tetap pilih untuk sayangkan kau. Kau abang aku yang paling hebat. Aku kagum",
Mamma mengetap rahang.
"Kau tak pernah faham".
"Apa yang aku tak faham?" Bidas Hanz Ivans.
"Semuanya salah papa kau! Kalau papa kau tak musnahkan hidup aku, aku takkan jadi macam ini! Hidup aku akan bahagia. Ak-aku takkan jadi macam ni!" Tengking Mamma.
"Papa nikahi kau".
"Aku bencikan dia! Dia tak guna. Perangai dia macam kau. Bila aku pandang kau, aku akan nampak Haze. Dia pun ada dark side macam kau. Satu sisi yang kejam dan satu sisi yang penyayang. Tapi aku tetap bencikan dia". Terang Mamma bersama - sama suara tegas.
YOU ARE READING
HANZ - The Devil Love The Fallen Angel
RomanceMr Mama Series🌷 --- -"A King who was never stop to love his Queen"- PERKAHWINAN atas dasar cinta buatkan Illyana terjerat sendiri di dalam istana binaan Hanz. Memanglah menjadi isteri lelaki itu dia terus dilayan persis tuan puteri. Tetapi sikap ku...