PART 14

256 10 0
                                    

Habis membeli barang mereka ke lot parking untuk menuju ke kereta . Ain jalan ke hadapan sambil melihat telefon kerana dia tengah chat dengan aydan . Ada sebuah kereta yang sangat laju menghampiri ain tetapi ain tidak perasan kerana sibuk melihat telefon .

" Ainn !!!! ", Jerit iskandar . Dia sempat menarik ain dari dilanggar . Kini ain berada dalam pelukan iskandar . Mata mereka saling memandang dan keduanya terpaku . Mereka tersedar setelah telefon bimbit ain berbunyi tanda ada orang menghantar pesanan . Muka ain sudah merah padam menahan malu terus dia mencepatkan langkahnya . Iskandar pula tergelak kecil melihat ain .
" Arghhhh kenapa kau tarik perempuan tu kalau tak mesti plan aku dah jadi !!! ", Jerit seorang perempuan sambil menghempas stereng keretanya .

Mereka berdua hanya membisu di dalam kereta . Ain masih malu dengan kejadian sebentar tadi .
" Erkk awak okay ? ", Soal iskandar .
" Ha ! oh , saya okay jaa ", jawab ain .
" Saya minta maaf sebab sentuh awak tadi kalau tak mesti awak dah kena langgar saya terpaksa ", kata iskandar dia juga rasa bersalah terhadap ain . Ain hanya senyum dan terus menunduk malu .

" Kita dekat mana ni ? ", Soal ain setelah lama berdiam . Kini kereta milik iskandar telah masuk ke dalam perkerangan rumah seseorang .
" kan saya cakap saya nak bawak awak pergi tempat special ", kata iskandar sambil tersenyum nakal .
" Awak jangan main main saya ada silat tauu ! ", Kata ain sambil menunjuk jarinya . Iskandar sudah tergelak terbahak bahak .
" Awak nii ", kata ain lalu memeluk tubuh .
" Okay okay , saya minta maaf . Kita masuk dulu baru awak tahu jomm ", kata iskandar tapi ain menggeleng .
" Bukan kita berdua la dah jom ", ajak iskandar lagi . Ain terpaksa saja mengikuti iskandar hingga sampai ke depan pintu . Ain terpegun dengan kecantikan kawasan perumahan itu .
Iskandar mula mengetuk menekan loceng rumah itu dan memanggil salam . Pintu rumah itu dibuka oleh pembantu rumah iaitu kak sari berumur 30 an .
" Mommy ada ? ", Soal iskandar sebaik saja pintu itu dibuka . Ain memandang iskandar pelik .
" Mommy ? ", Soal ain di dalam hati .
" Ada encik iskandar jemput masuk ", kata bibik itu .

" Mommy ! ", Jerit iskandar lalu kelihatan mommy nya sedang minum teh di hadapan kolam renang . Dia terus bersalaman dengan puan hasmah .
" ya allah budak bertuah ni . Bila sampai ", kata puan hasmah sambil menyambut huluran tangan anaknya .
" baru ja hah ", jawab iskandar ain turut menghulurkan tangan untuk bersalaman .
" Bawak menantu untuk mommy ke ", bisik puan hasmah sambil tergelak kecil . Muka iskandar sudah mula merah .
" kut la mommy lupa ni PA is la ", kata iskandar sambil mengejipkan matanya pada ain . Ain hanya tersenyum malu .
" Mommy isma... ", Katanya terhenti bila ternampak abangnya ada di situ .
" Abanglong !! ", Jerit isma terus lari memeluk abangnya . Iskandar menujuk jarinya ke arah ain terus isma meleraikan pelukannya .
" Hehe sorry ye , kak ain apa khabar ", kata isma dengan muka merah menahan malu .
" Takapa la lagipun halal kan hahaha ", perli ain dan terus memandang iskandar . Kini iskandar cepat mengalihkan padangannya apabila terkantoi dengan ain yang dia dari tadi melihat ain . Ain tergelak kecil dengan kelakuan iskandar .
" Isma nak g ane ni ", soal iskandar tiba tiba .
" Nak keluar dengan kawan tapi dah abanglong ada takapa la takjadi keluar ", jawabnya selamba .
" Pulak ", balas iskandar .

" Thankyou abang ku sayang kuuu ", kata isma sebaik saja iskandar memberikan buah tangan yang dibelinya .
" Yelah . Abang bawak kak ain sebab takreti pilih so ni dia la yang pilih mommy , isma . ", Kata iskandar .
" Ermm maaf la saya pun takpandai pilih sangat encik is ni hah paksa saya ", jawab ain .
" Kan saya cakap jangan panggil saya encik is ? ", Bisik iskandar .
" Habistu nak panggil apa ? , Ni kan kat rumah awak kena la panggil encik is ", ain membalas bisikan itu .
" Apa yang korang bisik tu ", tegur puan hasmah .
" Ala biasa la mi orang tengah bercinta ", jawab isma laju . Bulat mata ain mendengar kata itu .
" Ehh mana ada isma ni main main la hahaha ", ain menghabiskan ayatnya dengan gelak yang tidak ikhlas .
" Kamu bercinta dengan ain ke is ? ", Soal puan hasmah sambil menjongketkan keningnya kepada anak lelakinya itu .
" Kalau ya mommy marah ? ", Soal iskandar dengar berani .
" Mana ada marah daddy pun suka ", tegur tengku ishak dari belakang .
" Ehh daddy bila balik ", terkejut iskandar dibuatnya terus dia bangun dan bersalam dengan daddynya .
" semalm sampai ", jawab tengku ishak sambil menepuk nepuk bahu anaknya .

P.A TENGKU ISKANDAR (Complete)✔️Where stories live. Discover now