PART 32

222 10 0
                                    

Dua minggu lagi aydan akan kembali ke university nya setelah 2 bulan cuti sem .

" Akak.. aydan rasa sebelum aydan balik kita kena bagitahu ibu dengan ayah pasal ni ", kata aydan . Ain mengeluh berat dan mengangguk . Mereka berdua turun bersama . Semua mata memerhati ke arah mereka termasuk haris .
" Haris kau masuk bilik kejap ", bisik aydan . Haris hanya akur dan naik ke atas .
" Ibu ayah akak ada benda nak cakap ", ain memulakan bicara .
" Ada apa kak ? ", Soal puan azmarina .
" Ibu , ayah akak harap sangat ibu dan ayah redha dengan apa yang jadi sebelum ini dan selepas ini okay ", ain memeluk erat tubuh ibunya . Perlahan lahan dia mengeluarkan surat di tangannya itu dan serahkan pada mereka . Sebaik saja mereka membaca mengalir air mata seorang ibu .
" Bila... Akak dapat ni.. ", soal ibu tergagap .
" Hmmm , bulan lepas ", kata ain . Ibunya menangis sepuas hati mana tidaknya walaupun itu lah penyebab dia strok dahulu tapi dia tetap anak nya . Siapa dia ? , Dia ialah muhammad aryan bin ahmad anuar .
" Akak minta maaf ibu , ayah .. akak taktahu nak cakap macam mana ", kata ain .
" Takpa akak... Ayah dengan ibu faham kak jangan risau okay ", sapa ayahnya . Surat itu ialah surat kematian abanglong nya . Aryan telah pun meninggal dunia akibat menghidap HIV seperti yang di tertera di surat berkenaan .
" Kita balik melaka ye ziarah kubur arwah ", cadang aydan . Ain mengangguk dan melihat kedua ibu bapanya . Mereka juga mengangguk setuju .

" Umi !! ", Jerit rizal .
" Yeye takpayah nak jerit umi dengar ja lagi ni hah ", balas umi rizal .
" Hehe , umi rizal kena pergi KL ada khusus lusa ni , umi nak ikut tak ? ", Soal rizal .
" Ermm taknak la umi ", jawabnya .
" Alaaa umi ni jum la boleh rizal bawak umi pergi jalan jalan dekat KL lama kan umi takbalik sana lepas pindah sini ", pujuk rizal . Sebenarnya dia risau kalau uminya tinggal seorang diri di rumah . Semasa di bekerja di KL maksu yati yang menemani umi .
" Yala yala , boleh kita melawat rumah maksu yati ", kata umi . Rizal tersenyum lebar mendengar jawapan uminya .

" Akak.... ", Panggil puan azmarina lembut .
" Ya ibu ", jawab ain ketika dia sedang mengemas di meja makan .
" Ibu minta maaf pasal tadi , ibu sepatutnya redha dengan apa yang terjadi ", terang puan azmarina .
" Ehh ibu apa pulak nak minta maaf . Abanglong anak ibu , ibu berhak rasa sedih atas pemergian dia . Masa akak tahu pun akak takkuat ibu nasiblah aydan tu selalu ambik berat tanya akak . Tapi ibu tuhan takkan uji kita kalau kita takkuat kan ibu ", balas ain sambil memeluk ibunya . Haris yang terdengar itu tidak sampai hati untuk menegur mereka . Dia patahkan hasratnya untuk ke dapur dan terus ke atas .
" Aikk tadi cakap nak ambik air ? ", Soal aydan pada haris .
" Tolong ambikkan kejap ", minta haris . Aydan pun menuruni tangga . matanya tertatap pada tubuh dua insan yang paling dia sayangi .
" Haris segan latu sebabtu dia naik balik , hhai.. ", monolog aydan .
" Nak hug jugak !!  ", Perli aydan . Terus kepalanya ditunjal oleh kakaknya .
" Kak ni dengan aydan kasar ja dengan haris tu bukan main eh... Jangan cakap suka haris sudah .", kata aydan selamba sambil dia melangkah untuk mengambil air untuk haris .
" Kau ni kan dan !!!!! ", Jerit ain geram dengan adiknya yang tidak habis membahannya . Puan azmarina hanya tertawa melihat telatah anak nya itu . Walaupun allah telahpun mengambil seorang anaknya tapi allah telahpun mengantikannya dengan haris .
" Kalau suka pun apa salahnya hah hah ! ", Kata ain . Dia sendiri tidak sedar apa yang dia katakan . Aydan terus tergamam .
" Biar betul takkan akak dah suka dia habistu abang is macam mana ishhh ", monolog aydan sendiri .
" Akak suka haris ka ? ", Soal ibu pulak .
" Suka ja . Dia kan adik kak jugak bu . Akak dah janji nak jaga dia macam family kita sayang dia macam kak sayangkan si aydan ni ", terang ain . Aydan menghela nafas lega selepas mendengar kebenaran .
" Kalau lebih pada tu ? ", Soal ibu serious .
" Ha sudah ibu ni kenapa ", sudah berpeluh ain ingin menjawab .
" Aydan ambik air ka buat air ", tegur haris .
" Fuh nasib terlepas ", ain terus naik ke atas tanpa menunggu lama nanti habis ibunya bertanyakan banyak soalan lagi . Sebenarnya haris sudahpun mendengar dia saja menegur agar ain tidak susah memikir tentang perasaan terhadapnya .

" Isma... ", Panggil iskandar .
" Ya abanglong kenapa ? ", Jawab isma .
" Abanglong dah sihat isma balik lah rumah mummy daddy kesian diorang nanti rindukan isma , abang bukan nak halau . Cuma abang taknak susahkan isma ", terang iskandar .
" Apa abang merepek ni , isma ni adik abang takdak benda yang susah pun lagipun abang bukannya baby . Ha mandi sendiri makan boleh suap sendiri kan.. ", kata isma . Tergelak iskandar dibuatnya dengan gelagat adiknya itu .
" Isma ada benda nak cerita dengan abanglong? ", Saja dia tanya jika isma mahu berkongsi cerita dengannya .
" Hmmm , kalau kita dah mula sayangkan seseorang memang allah akan uji kita dengan jauhkan dia dengan kita ke ? ", Soal isma sebak .
" Itu maksudnya mungkin takdak jodoh isma . Allah dah tetapkan semuanya kita hanya mampu merancang tapi tu dekat atas tu yang tentukan Dia lah sebaik baik perancang isma . ", Terang iskandar .
" Hmmm , isma takkuat lah abang . Macam mana abang boleh kuat masa kak ain pergi ", soal isma lagi walaupun dia tahu soalan itu sensitive .
" Abang cuba untuk bersangka baik dengan perancangan-Nya , semua yang berlaku atas muka bumi ni atas izin-Nya ", kata iskandar lagi . Walaupun sebelum ni dia jahil dengan agama tapi dia tetap tidak lupa pada pencipta . Dia sedar setiap yang berlaku ada hikmahnya dia belajar untuk redha atas semua perkara .
" Seandainya abang jumpa balik dengan dia ? ", Soal isma .
"  jodoh kami kuat mungkin ? , Sebab sebelum kak ain pergi dia kata kalau ada jodoh allah akan temukan kami semula  ", Balas iskandar . Isma sebenarnya kagum dengan sifat positive yang ada pada abangnya .
" Sekiranya jodoh abang memang dengan pilihan daddy dan mummy , abang bersedia untuk lakukan demi lihat diorang happy ", kata iskandar tersenyum tawar . Isma dapat membaca abangnya masih sayangkan ain yang hilang entah kemana itu dan demi menjaga hati mummy dan daddy abangnya terpaksa berkahwin dengan pilihan mereka yang isma sendiri tidak setuju sama sekali .

" Sayang... Dah 2 hari takcakap dengan abang cuba sayang cakap kenapa ni ? ", Soal airil lemah .
" Do you like anyone else ?", Soal mia . Bulat mata airil apabila di tanya soalan itu . Entah kenapa hatinya terasa sakit apabila dituduh bergitu .
" Apa sayang merepek ni . Abang mana ada suka orang lain . Cukuplah sayang pun dah buat abang bahagia . Sayang... Cuba cerita apa dah jadi hemm ? ", Balas airil lembut . Dia tidak mahu lagi menambah api yang sedang membara .
" Nothing.. nak tidur assalamualaikum ", jawab mia . Airil mengeluh kerana mia masih tidak menjawab soalannya .
" Waalaikumusalam.. ", jawab airil lemah dia berpalingkan badannya membelakangi mia . Air matanya mula mengalir  tidak sangka setelah kahwin airil menjadi lebih sensitive . Mia sedar dan terdengar suaminya itu menangis dia memeluk erat dari belakang . Meskipun hatinya tengah membarak dia tidak mahu melihat airil dalam kesedihan .
" Eh.. sayang.. ", panggil airil . Mia hanya pura pura tidur agar airil tidak mensyaki perbuatannya yang hanyalah kerana dia tidak sedarkan diri . Airil tersenyum senang dia juga tertidur di dalam dakapan mia . Airil menjadi extra manja selepas berkahwin . Mia paham airil kurang mendapat kasih sayang dulu . Mamanya sudahpun tinggalkannya sejak umurnya 5 tahun .

Isma sudah pulang ke rumah mummy dan daddy nya . Dia ada juga berniat untuk beli rumah sendiri tapi masih mengumpul duit . Ketika dia berjalan untuk ke dapur dia terlihat mummy dan daddy nya berada di ruang tamu niatnya mahu ke dapur dia batalkan dia ke ruang tamu tapi dia kedengaran sesuatu yang tidak selesa untuknya .
" Abang betul ka nak jodohkan is dengan PA dia tu ? ", Soal mummy nya . Isma hanya berada di sebalik dinding yang tidak jauh dari ruang tamu itu .
" Ya , is tu perlu ada orang jaga dia . Lagipun saya dah tanya syikin dia cakap dia boleh terima is . Minggu depan kita terus masuk minang dia ", balas tengku ishak . Siapa saja yang berani bantah kata kata nya .
" Tapi daddy , itu bukan tak adil ka untuk abanglong . Dia berhak bersama dengan orang yang dia sayang daddy.. , mummy... ", Celah isma . Dia tidak menahan lagi kedua ibu bapanya itu mahu jodohkan dia dengan syikin orang yang paling dia tahu syikin itu hanya mahu mengambil kesempatan .
" Dia akan belajar sayang syikin lepasni ", jawab daddy .
" Daddy.. tak semudah itu . Abanglong masih sayangkan .... ", Isma tidak menyebut dia harap kedua ibu bapanya itu faham .
" Daddy tetap dengan keputusan daddy ! ", Tegas balas daddynya .
" hmmm , up to you ! ", Isma terus lari naik ke atas .

" Assalamualaikum... ", Kedengaran rumah iskandar diberi salam . Dia terus bangun dan membuka pintu .
" Waalaikumusalam... Eh buat apa dekat sini ?? ", Balas iskandar terkejut .

Bersambung.....

Siapa yang datang rumah iskandar tu ?? , Aduhh kesian iskandar kena kahwin dengan syikin pulak . Kenapa pulak dengan mia n airil eh ? . See you next part . Thankyou ! , Jangan lupa vote and tinggalkan komen (staysafeevryone)(don'tforgetwearamask)😷❤️

P.A TENGKU ISKANDAR (Complete)✔️Where stories live. Discover now