PART 40

316 15 0
                                    

Ehhhh sebelum terus membaca sis nak bagitau dulu ni bukan final okay nak tahu kenapa baca sampai habis lepastu baca dekat bawah sekali okay dah pergi baca shuhh shuhh ...

happy reading ! 😍

" kakak kamu ni dah kenapa dah macam laki mati ja ", soal ibu apabila ain seperti tak tentu arah .
" Takdak apa lah ibu , ayah pergi surau ke ? Kenapa ibu tak ikut ? ", Soal ain kembali .
" Ada saja latu nak berdalih . Ibu risau kamu tu duduk sorang dekat rumah nanti . Lagipun kamu macam taksihat ja rehat ja lah kat rumah esok ambik mc ", cadang ibu .
" Akak okay la ibu , akak naik dulu lah ", ain terus menaiki anak tangga untuk menuju ke biliknya di tingkat atas .

Ain mencari telefonya yang entah kemana dia letaknya tadi .
" Aduhh pergi mana pulak telefon aku ni ", ain sudah mengaru garu kepalanya telefonnya suka main hilang hilang . Ain keluar untuk meminta tolong ibunya .
" Ibu pinjam fon ibu kejap fon akak hilang pulak ", ujar ain .
" Habis yang dekat tepi TV tu fon sapa ? ", Kata ibu selamba . Ain menepuk dahinya lupa yang turun tadi dia letakkan fon dia disitu .
" Hehe , thankyou ibu muahh ", sempat dia mencium pipi ibunya .
" Ishhh budak ni ", kata ibu sambil menggelengkan kepala .

" Is kau okay ? ", Soal airil terlihat is berada di balkoni kondominimum miliknya .
" Aku okay pun okay takokay pun aku kena okay ril benda dah jadi ", kata iskandar .
" Kau sedih ke bro ", soal airil .
" Untuk apa aku nak sedih takdak guna pun ", balas iskandar .
" Ermm yela aku balik dulu kesian pulak dekat mia dia mesti dah penat apa apa kau call aku okay ", airil menepuk bahu rakannya sebelum keluar .
" Is.. ain cakap tahniah untuk kau ", kata kata mia masih terniang dia telinga iskandar perkahwinan yang bukan pilihannya ini bakal memakan dirinya sendiri .

Ain tidak dapat tidur entah kenapa dia rasa serba tidak kena . Dia membuka telefonya dan menekan Spotify dan memilih lagu "Hanya Mimpi" by neeta ( ha pergi Spotify cepat cari hehe k jum sambung ) .

Kini ku harus memendam rasa kerna itu lah yang terbaik untuk kita 🎶

Ain terasa lirik itu sangat kena dengan apa yang di lalui sekarang . Mana mungkin dia dapat membohongi perasaan nya terhadap iskandar .
" Haishh ain apa kau ni dia dah jadi suami orang lain dah dah takbaik tau tidur ja jangan banyak songeh ", bebel ain pada dirinya sendiri . Seketika kemudian dia cuba memejam juga mata malangnya dia tidak boleh tidur .
" Ishh apa masalah aku ni esok aku kerja la ain please jangan buat perangai i need enough rest ! ", Beberapa minit kemudian dia masih tidak dapat melelapkan matanya . Dia terus bangun dan menghadapkan ke hadapan termenung sejenak apa lah yang tidak kena dengannya . Dia mengambil keputusan untuk solat tahjud jam pun sudah pukul 2 pagi .
Habis saja solat ain terbaring di atas tikar sejadah tanpa dia sedar .

" Hey ! ", Sergah rizal .
" Ishh awak ni kan cepat la duduk saya dah lapar ni ", balas isma . Rizal datang ke KL untuk majlis iskandar . Rizal juga sudah rapat dengan Keluarga isma ermm .
" Abang awak mana tak join ? ", Soal rizal .
" Pagi pagi lagi dah keluar . Dia pergi Krabi ", jawab isma selamba .
" Takkan pergi honeymoon kot ", rizal mahu saja tergelak isma menamparnya terlebih dahulu .
" Abang saya tu awak jangan macam macam ", warning isma .
" Yeye sorry dah , order ! ", Rizal mengangkat tangan agar pelayan menampaknya .

" Assalamualaikum dan selamat pagi class ", ujar ain sebaik masuk ke kelas .
" Waalaikumusalam , dan selamat pagi miss ", balas mereka serentak .
" Miss okay tak kenapa muka pucat ? ", Soal zul .
" Okay saya cuma takcukup rehat ja , dah kita mula kelas ", balas ain
" Eh su awak dah sihat ", tegur ain apabila melihat sufia sudah kembali masuk ke kelas .
" Dah miss ", balasnya .
" Okay let's continue our class okay today ..... ", Mereka meneruskan sesi pelajaran seperti biasa .

" Okay sampai sini saja , jangan lupa assignment yang saya bagi tu hantar lusa atas meja saya . Okay class thankyou ", ain mengemas barang barangnya kerana sesi pembelajaran sudahpun habis .
" Miss tak sihat ka kenapa muka pucat ni ", soal haris dia memang membiasakan dirinya untuk memanggil ain miss ketika berada di dalam kelas dan dalam kolej tidak mahu orang lain salah faham .
" Okay akak takboleh tidur semalam tidur lewat sikit ", balas ain dan mengangkat barangnya untuk keluar dari kelas tapi dirampas oleh haris .
" Biar haris yang angkat ", haris terus berjalan sufia melihatnya hairan kerana haris bergitu risau akan miss sha bukan sekali dua dia nampak .
" Kau tengok apa su dah jum ", tegur tasha sebenarnya dia perasan akan rakannya itu melihat haris yang sering rapat dengan letcure mereka yang sorang itu .

P.A TENGKU ISKANDAR (Complete)✔️Where stories live. Discover now