❀ ١ ❀

89 10 2
                                    


"Tears replace you,"

























"Adam! Lepas graduate ni kau nak buat apa?" Idris menghampiri Adam.

"Aku nak kumpul duit banyak-banyak, nanti bolehlah aku jumpa ibu aku," jawab Adam. Idris tersenyum tipis.

"Dah berapa banyak dah kau kumpul?" Soal Idris. Adam termenung seakan-akan sedang mengira.

"Takdelah banyak mana, tapi insya-Allah, kalau dipermudahkan semua benda, akhir tahun ni bolehlah aku pergi,"

Idris mengangguk. Dia yang tahu segala-galanya tentang Adam amat mengasihani nasibnya. Memorinya memainkan kenangan tiga tahun lepas. Dimana mereka sedang bersuka-ria.


























"Adam, Prof Malik panggil kau," kata salah seorang rakan Adam.

"Sekarang?"soal Adam. Kawannya hanya mengangguk.

Di bilik professor . Terdapat dua orang yang Adam tidak kenali.

"Adam, mereka ada sesuatu nak cakap dekat Adam, tapi sebelum tu, kamu duduk dulu," kata Prof Malik. Adam hanya menuruti. Situasi ini amat membingungkan dirinya.

"Sebelum kami memberi tahu tujuan kami datang, kami ingin memperkenalkan diri kami dulu. Kami ialah wakil daripada Tabung Haji," kata salah seorang daripada dua orang itu. Tabung Haji? Adam terus memikirkan tentang ibunya. Hatinya berdebar-debar secara tiba-tiba.

"Ada apa-apa jadi dekat ibu saya ke?" Soal Adam. Dua lelaki itu tadi memandang satu sama lain. Sebelum salah seorang daripada mereka membuka mulut.

"Ibu Encik Adam, Puan Nur Fatimah Zaharah, telah kembali ke rahmatullah seawal subuh semalam,"

Telinganya tiba-tiba berdesing, otaknya mentafsir dengan jelas ayat itu, tapi hatinya tidak dapat menerima.

"Apa tuan cakap? Boleh tuan ulang semula?" Dengan suara yang bergetar, Adam menanyakan untuk kepastian.

"Ibu Encik Adam dah tiada," pendek dan padat balasannya yang membuatkan Adam terus dalam keadaan tidak percaya.

Jantungnya berdetak laju, air matanya tumpah, hati masih tidak mahu mempercayakannya.

"Tuan tipu kan? Tak baiklah tuan nak buat prank macam ni! Tak lawak!" Adam masih menyangkal segala-galanya. Dia ketawa kecil tapi jelas kelihatan yang dia menahan sebak. Salah seorang daripada mereka memegang bahu Adam.

"Encik Adam, Puan Fatimah meninggal selepas menunaikan solat subuh di Kota Madinah Al-Munawwarah semalam. Puncanya masih dalam siasatan, tapi percayalah Encik Adam, Puan Fatimah dah tiada,"

"Tak, TAK TAAKKK! TUAN TIPU!" Adam berdiri tidak menerima.

"Ibu saya dah janji dengan saya tuan. Dia dah janji dia nak balik tuan. Dia janji dia nak peluk, cium saya tuan. Dia janji tuan. Dia janji dengan saya. Saya ada ibu saya je tuan," Adam jatuh terduduk menyembah bumi. Tangisannya pecah.

"Ibu tipu Adam, ibu kata ibu akan balik," rintih Adam. Suaranya serak, matanya merah akibat tangisannya.

"Sanggup ibu tinggalkan Adam, sanggup ibu tinggalkan Adam," ayat itu diulangi Adam.

"Adam, jangan begini. Tidak baik," Prof Malik mengusap lembut belakang Adam.

"Ibu saya dah tak ada prof-"

Kata-katanya terjeda akibat rasa sebak.

"Saya dah takde siapa-siapa dalam hidup ni," Tangisannya kembali pecah berserta raungan yang sangat memilukan hati. Prof Malik terus membawa Adam kedalam dakapannya, sambil diusap kepala Adam.

"Kamu ada Allah Adam,"




























[C] CINTA YANG TERAGUNG ❃ คdคм รтσяყ т¡мεWhere stories live. Discover now