"Once I found you, I'll never let you go,"
"Permohonan Encik Adam diluluskan. Tahniah, Encik Adam empat bulan daripada sekarang, encik boleh pergi menunaikan umrah," kata salah seorang pekerja Tabung Haji. Adam mengucap syukur, mukanya diraut, kata-kata syukur kepada Allah tidak henti-henti keluar dari mulutnya.
"Alhamdulillah, ya Allah terima kasih ya Allah,"
Suatu hari di kafeteria hospital,
"Airis, aku cabar kau mengayat doktor tu," Nadia memuncungkan bibirnya pada Adam. Gadis yang bernama Airis memandang ke arahnya.
"Kau ni! Asal lak, tahu tak doktor tu yang rawat adik aku! Takkanlah nak mengayat doktor tu," balas Airis.
"Pergi jelah, nanti aku belanja kau makan," pujuk Nadia. Airis memandangnya.
"Duh, macam aku tak mampu je kau ni,"
Nadia malas mahu melayan kerenah Airis lalu terus menolak Airis ke arah Adam.
Adam agak terperanjat apabila Airis hampir melanggarnya tapi Airis sempat berhenti.
"Erm, Cik Airis, okay? Kenapa nak tanya saya apa-apa, pasal Airil ke?" Soal Adam. Airis tersenyum malu.
"Doktor, kalau saya nak tanya something boleh tak?" Airis menguis-nguis kakinya. Adam memandang pelik.
"Apa dia?" Soal Adam.
"Bolehkah saya jadi Hawa buat Adam di hadapan saya ini?" Soal Airis. Sebelum sempat Adam membalas apa-apa, Airis terus berlari pergi. Malu agaknya. Meninggalkan Adam melopong sebelum perlahan-lahan senyuman terbentuk di bibirnya.
"Comel," katanya pendek lalu terus menyambung kerjanya.
[A/N: Okay let's take a break daripada bersedih-sedih]

YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TERAGUNG ❃ คdคм รтσяყ т¡мε
Short Story[ The Love Series : One | Completed ] 🥀A Malay short stories Mother's love was unreplaceable. [ Started : July 25th, 2020 ] [ End : August 10th, 2020 ] [ Background photo credited to the rightful owner ]