[A/N : Bolehlah buka lagu-lagu sedih or sendu untuk lebih menjiwai, but saya tak janjilah part ni sedih sangat ]
"Assalamualaikum, ibu. Adam datang ni," Adam duduk berhadapan pusara ibunya. Punggungnya dilapik dengan kain. Dipandang seketika tanah yang tandus itu sebelum memulakan bacaaan surah Yassin. Kadangkala bacaannya terhenti akibat rasa sebak di hati tapi Adam teruskan sahaja.
Yassin ditutup. Hatinya tenang seketika.
"Ibu, Adam minta maaf sebab Adam baru datang hari ni, Adam minta maaf sangat-sangat. Adam nak bawa ibu balik tapi ibu mesti lagi suka dekat sini kan?" Air matanya mula bertakung. Tidak disangka rindu ini amat berat buat dirinya.
"Ibu nak tahu tak? Adam dah graduate, 4-flat tau, bijakkan Adam? Haha. Pastu, Adam dah jadi residen dekat hospital tapi tulah ibu, anak ibu ni singgleee lagi," Adam ketawa kecil dan air matanya jatuh beriringan. Rasa sesak di hatinya dibiarkan, dia mahu mengadu segalanya pada ibunya, walaupun akan tiada balasan.
"Ya Allah, Adam rindu sangat dekat ibu. Adam nak sangat peluk ibu," Air matanya diseka.
"Ibu, lepas ibu pergi Adam tak tahu tujuan untuk Adam hidup lagi," Adam tertunduk, air matanya laju mengalir membasahi pipinya.
"Tapi Adam ingat pesanan ibu, ibu nak Adam bahagiakan? Adam akan cuba bahagiakan hidup Adam,ibu. Adam janji,"
Dia memandang sekilas jamnya. Melihat waktu yang hampir maghrib membuatkan Adam sebak, dia tidak mahu tinggalkan ibunya.
"Ibu, Adam dah kena pergi dah ni. Dah senja, ibu Adam-
Kata-katanya terhenti, tangisannya pecah buat entah kali keberapa. Dia memang tidak mahu pergi.
"Ibu, Adam akan cuba yang terbaik untuk Adam datang lagi. Ibu tunggu Adam ya? Satu hari nanti kita akan kembali bersama di mana, di sana kehidupan yang kekal abadi. Tiada lagi penderitaan, semuanya indah di sana. Adam akan cuba yang terbaik untuk jumpa ibu di syurga nanti. Ibu rehatlah dengan tenang di sana, doa Adam buat ibu tidak akan putus,"
Adam bangkit daripada pendudukannya. Beberapa langkah sebelum melangkah keluar daripada tanah perkuburan, Adam memandang pusara ibunya buat kali terakhir.
"Adam sayang ibu,"
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TERAGUNG ❃ คdคм รтσяყ т¡мε
Short Story[ The Love Series : One | Completed ] 🥀A Malay short stories Mother's love was unreplaceable. [ Started : July 25th, 2020 ] [ End : August 10th, 2020 ] [ Background photo credited to the rightful owner ]