❀ ٣ ❀

48 8 3
                                    

"If only you still here,"


























"CONGRATS GUYSSSS!!" Ucap salah seorang rakan Adam. Adam hanya tersenyum. Jubah konvo yang dipakainya dipandang.

"Adam, asal diam je ni. Kau bukan nak graduate cepat-cepat ke?" Soal Ismail. Adam tergelak kecil.

"Kau rasa kan-

"Rasa apa?" Soal Ismail. Adam menayangkan muka ada-yang-aku-sepak-ni-kang.

"Kau rasa kan, kalau ibu aku ada sekarang ni, dia bangga tak," soal Adam. Hati Ismail tiba-tiba menjadi luluh. Adam jarang menunjukkan yang dia sedang bersedih, walaupun selepas kematian ibunya. Jadi, apabila Adam teringat akan ibunya, rakan-rakannya akan cuba yang terbaik dalam menghiburkan hati Adam.

"Of course lah, dia bangga, Dam. Anak dia ni bakal jadi doktor bai. Siapa je yang tak bangga. Don't worrylah, Adam. Kau jadi apa je asalkan yang baiklah, dia mesti bangga ada anak macam kau," Jawapan Ismail, sedikit sebanyak mengurangkan perasaan gundah di dalam hatinya.

"So, kitorang plan nak lepak malam ni, kau nak join ak?" Soal Ismail. Adam menggeleng.

"Malam ni malam Jumaat, dari aku lepak dengan korang, baik aku lepak dengan Allah," jawab Adam. Ismail terus memegang dadanya.

"Makan dalam, Dam. Sumpah makan dalam," gurau Ismail. Adam hanya tergelak.

Adam memalingkan pandangannya pada semua rakan-rakan seuniversiti dengannya yang graduate pada hari ini. Pandangannya jatuh pada sebuah keluarga yang sangat lengkap di mata Adam. Ada ayah, ada ibu, ini yang Adam mahukan sekarang. Tapi Adam tidak mempersoalkannya pada Allah. Allah pasti ada rancangan yang lebih baik buat Adam.

Mindanya memainkan memori saat dirinya masih seorang kanak-kanak.




























"Adam, apa main sampai comot tu. Meh sini dekat ibu," Puan Fatimah merangkul anak tunggalnya, lalu dilap muka Adam yang comot.

Adam hanya tersenyum manis.

"Adam minta maaf, ibu," comel sahaja Adam meminta maaf pada ibunya, jadi Puan Fatimah memang tidak boleh marah.

"Lain kali main elok-elok, tau," pesan Puan Fatimah. Adam mengangguk dengan senyuman.

"Okay, kita balik sekaranglah, dah nak malam ni," ajak Puan Fatimah.

"Tapi Adam nak main lagi. Tak puas," Adam terus mencebik, bibirnya dimuncung-muncungkan. Tak nak pandang ibunya. Humph!

Puan Fatimah tergelak halus. Adam berhenti merajuk apabila melihat ibunya ketawa, bagi Adam, ibunya teramat cantik bagai bidadari bila ibu senyum. Seakan-akan, semua bergerak dalam slow-motion, ibunya terlampau cantik!

"Takpe, esok kita datang sini lagi, okay?" Puan Fatimah memberikan cadangan. Bersinar-sinar mata Adam.

"Janji?" Jari kelinkingnya dihulurkan. Puan Fatimah memautkan jari mereka.

"Ibu, janji sayang,"

"YEAAAYYY!! ADAM SAAAAYAANG IBU!" Kata Adam lalu terus memeluk Puan Fatimah.

"Ibu pun sayang Adam juga," pelukan Adam dibalas Puan Fatimah.




























"Adam sayang ibu, Adam rindu ibu,"

[C] CINTA YANG TERAGUNG ❃ คdคм รтσяყ т¡мεWhere stories live. Discover now