❀ ٢ ❀

47 8 1
                                    

"I wish I can see you for one more time,"
































"Apa maksud Encik? Saya kena bayar untuk bawa mayat ibu saya balik?" Soal Adam untuk kepastian. Selepas hampir empat jam menangis, kini Adam lebih tenang. Tetapi bukan setakat itu, pihak Tabung Haji turut mengatakan bahawa untuk membawa pulang jenazah daripada Madinah ianya berkos tinggi.

"Betul, Encik Adam. Ianya berkos tinggi, Encik Adam,"

"Tapi tuan, saya ni pelajar je. Mana saya nak cari duit banyak macam tu," Air mata Adam bergenang.

Seakan sudah jatuh ditimpa tangga pula nasibnya sekarang. Mengetahui yang ibunya sudah pergi dan dirinya tidak dapat membawa pulang jasad ibunya amatlah perit untuk ditelan.

"Adam, prof sarankan kamu biarkan je pihak Malaysia dekat sana uruskan jenazah ibu kamu. Lagipun, bukankah lebih baik jika jasad ibu kamu dikebumikan di Madinah sahaja. Jangan lupa, jasad Rasulullah pun dikebumikan dekat situ. Bukankah semua Muslim mahukan ini, Adam," Prof Malik menghampiri Adam yang tertunduk lemah.

"Tapi itu ibu saya, prof. Inilah penghormatan terakhir yang saya boleh lakukan. Lepas ini, dah takde, prof!" Tegas Adam.

"Adam, itu hanya jasad. Roh ibu kamu sudah ditarik oleh Allah. Ini bukan penghormatan terakhir. Kamu doalah banyak-banyak, Adam. Prof yakin, kamu tu boleh membantu ibu kamu, Adam,"

Adam hanya tertunduk. Otaknya runsing memikirkan.

"Kalau saya bagitahu keputusan saya esok boleh tak?" Adam meminta kebenaran.

"Boleh, Encik Adam. Apa sahaja keputusan Encik Adam, kami akan laksanakannya,"












































"Adam harap, ibu suka dengan pilihan Adam. Ibu tunggu Adam ya,"

[C] CINTA YANG TERAGUNG ❃ คdคм รтσяყ т¡мεWhere stories live. Discover now