''Yena, tak tidur lagi..''
''mak...''
''yena marahkan mak ya..?'' soal Eunbi lalu mendekati puteri tunggalnya itu.
''mana ada..yena ok je..''
''mak mintak maaf, kamu kena faham yang walau busy mana sekali pun mak takkan lupakan anak mak...mak cuma ada yena dengan nenek je... yena pun dah besar dah, mak harap yena boleh faham mak''
''mak, kenapa yena je yang mesti kena faham semua benda pasal mak, yena macam mana? Dari dulu lagi mak tak pernah sedar apa sebenarnya yang yena nak...yena tak perlu lah duit semua ni . Apa yang Yena nak cuma mak sentiasa ada bila yena perlukan mak...nasib ada nenek yang selalu beri perhatian pasal yena...kan best kalau yena ada ayah...mak, mana ayah mak?'' luah Yena sambil cuba menahan air matanya jatuh membasahi pipinya.
''Hwang Yena, mak rasa tak perlulah nak cakap pasal ayah kamu tu...kenapa kamu dari dulu tak pernah nak faham mak? Mak tak suka kamu ungkit lagi pasal ayah depan mak! FAHAM!'' tegas Eunbi lalu keluar dari bilik anaknya dan membanting pintu bilik tersebut.
Yena hanya mampu mendiamkan diri. Dia tahu ibunya tidak suka bila dia bertanyakan tentang ayahnya tapi dia juga mahu merasakan adanya sosok seorang ayah disisi. Dia juga merasakan bahawa tiba masanya untuk dia sendiri mencari identiti ayah kandungnya itu.
SKIP
Setelah beberapa minggu selepas menghadiri temu duga, akhirnya Yena diterima untuk bekerja sebagai akauntan bagi Syarikat Emperor Hwang Corporation. Hari ini juga merupakan hari pertamanya di syarikat tersebut. Yena berasa agak gugup kerana ini merupakan pengalaman pertamanya bekerja setelah tamat belajar.
Yena masih belum begitu baik dengan ibunya disebabkan pertengkaran mereka beberapa minggu yang lalu. Yena juga agak bersalah namun, dia buntu untuk berhadapan dengan ibunya itu.
''Nek Irene ku sayang, nana pergi dulu..mak, yena pergi dulu..doakan yena...''
''yena, jaga diri ya..selamat bekerja! Ingat pesan nenek, bila bekerja mesti ikhlas dan juga amanah tau! Jangan curi tulang hhehe'' balas Irene.
''yena, jaga diri ya..''
''ya,mak''
''yena!''
''ya mak..''
''i'm sorry..'' ujar Eunbi lalu memeluk Yena membuatkan Yena tersentuh.
''me too..''
SKIP
''Yena, macam mana kerja..''
''eh, Yohan. Entahlah aku takutlah kalau bos tak suka..ni pun aku still nak double check mana tahu kalau salah kan..''
''takkan salah punya..kau kan pandai bab bab akaun ni..eh ya, lupa nak bagitahu nanti lunch sama sama tau..bole la berkenal kenalan dengan staff syarikat ni.
''orite..thanks Yohan sebab tolong aku and also aku tak sangka kau berpangkat tinggi jugak kan...naib ceo syarikat..''
''Sebenarnya ni syarikat milik ayah tiri aku so...''
''Tuan Hwang ayah tiri kau?!''
''sshh perlahan sikit tak ramai yang tahu, yelah aku malas melebih aku just anak tiri...''
''Excuse me, mana secretary office ni hmm makan gaji buta ke?'' ujar seorang gadis yang sama sekali sekali tidak kelihatan seperti staf syarikat tersebut.
''maafkan saya cik, secretary mc harini..ada apa-apa yang mustahak ke?'' soal Yena.
''oo...ever mind i just want to meet my dad..'' balas gadis itu dengan keangkuhannya dan memajukan langkahnya menuju ke bilik Minhyun.
YOU ARE READING
TILL WE MEET AGAIN
FanfictionMengisahkan Yena, gadis berusia 24 tahun yang mula mengenal erti cinta sebenar setelah kehadiran Yohan, jejaka yang juga berusi 24 tahun. Kisah ini lebih merumitkan setelah kehadiran orang ketiga serta terbongkarnya kisah silam mengenainya.