"San, Seonghwa, korang okey?" Soal Yunho.
"Nae. Kitaorang okey" jawab mereka berdua yang lelah akibat berlari.
"Macam mana benda ni boleh berlaku?"
"Macam ada yang tak kena dengan tempat ni"
"Tempat ni pelik." Gumam Jieun sambil memandang ke arah bangunan di mana dia berada sebelum ini.
Jieun mengecilkan matanya cuba melihat lebih tepat ke arah belakang bangunan itu.
Kalau Tidak silap, dia ternampak ada seseorang mengendap mereka di sebalik bangunan itu tadi.
"Kaja"
•••
"Mingi, jakkaman" panggil Dan yang berada di belakang Mingi.
Mereka semua berhenti lalu memandang ke arah San yang berjalan mendekati Mingi.
"Kenapa?" Soal Mingi bingung.
"Gelang kau menyala macam Seonghwa" beritahu San sambil memegang tangan Mingi.
"Oh? Aku punya dah tak menyala" beritahu Seonghwa sambil menunjuk gelangnya.
Dahi mereka berkerut.
"Peliknya."
"Eh? Ada bangunan lainlah dekat depan tu" beritahu Yeosang sambil menunding jari ke arah sebuah bangunan besar yang tidak jauh dari mereka.
"Jom masuk. Kot-kot ada Makcik Elly Moon ke dekat dalam tu" ajak San.
Mereka semua setuju dengan ajakan San itu.
San yang berada di depan membuka pintu bangunan itu.
Kosong.
Tiada apa di dalam bangunan itu.
"Sekejap, ada bilik lagi dekat situ" kata Hongjoong.
Mereka mengikut Hongjoong masuk ke dan bangunan itu.
PAK!
Selepas Yunho iaitu orang yang terakhir masuk, pintu bangunan itu tiba-tiba tertutup sendiri.
Mereka semua mula risau.
"Aku rasa, kita tak patut masuk dalam bilik ni" kata Wooyoung yang mula ketakutan.
Yunho cuba membuka pintu itu.
"Tak boleh" beritahu Yunho.
"Apa patut kita buat sekarang ni?"
"Kita cuba masuk bilik tu dulu" cadang Seonghwa.
Mereka semua mengikut Seonghwa pergi ke arah bilik itu.
Seonghwa membuka pintu itu dengan teragak-agak.
Ssrriikkkk---
Mereka sedikit pelik melihat ada banyak cermin di dalam bilik itu.
"Pagar sesat versi cermin" kata Jieun sambil mendekati bilik itu.
"Apa maksud awak?" Soal Yunho.
"Saya rasa kita kena masuk dalam ni kalau nak keluar dari bangunan ni. Kalau cermin agak susah sebab kita akan mudah keliru" terang Jieun.
Benda ini agak baharu buat ahli Ateez memandangkan ATEEZ meluangkan masa mereka 24 jam di atas lautan.
"Kajja" ajak Jieun yang mengetuai ahli ATEEZ.
Semua masuk kecuali Mingi yang berkelakuan lain sejak pintu bilik itu dibuka.
Tubuhnya dibasahi peluh.
Mingi memaksakan dirinya untuk masuk ke dalam bilik yang penuh dengan cermin itu.
Apabila dia melangkah masuk ke dalam bilik itu, Jieun dan ahli ATEEZ yang lain sudah hilang dari pandangannya.
Mingi mulai resah.
Dia memandang dirinya di cermin yang berada di sekelilingnya.
Kepalanya mulai rasa pening.
Dia terduduk dan menutup matanya.
•••
[Meanwhile Jieun and other ATEEZ side]
"Woah pandai betul Jieun cari jalan keluar" puji Yeosang.
Jongho yang berada di belakang sekali memandang ahlinya satu demi satu yang berada di depannya.
"Sekejap...macam tak cukup je...Yunho, Hongjoong, San...Wooyoung...Yeosang...Seonghwa, aku...MINGI!"
Mereka semua memandang Jongho yang tiba-tiba menjerit.
"Korang! Mingi tak ada!" Beritahu Jongho.
•••
"Mingi! Mingi! Argh! Aduhhh sakitnya"
"Hahaha padan muka."
"Aku ingat jalan tadi. Rupanya cermin"
"Yah! Jangan bergurau lah. Cepat cari Mingi"
"Mingi! Mana kau!"
"Itu dia!"
Mereka semua berlari ke arah Mingi yang terduduk di lantai.
"Yah Mingi. Kau kenapa ni?" Soal Seonghwa sambil mengoncangkan badan Mingi perlahan.
Buk!
Mingi yang tidak sedarkan diri terbaring.
"Yah!! Kau buat apa pada Mingi?"
"Mana ada aku buat apa-apa pada Mingi. Aku cuma goyangkan badan dia je"
"Angkat dia"
Tbc