×11×

278 59 3
                                    

"kenapa buruk sangat muka diorang!"

"Yah! Peliknya benda tu!"

"Ini lagi teruk daripada gunung berapi!"

"Sakit sangat ke kalau diorang gigit?!"

"Korang boleh jadi macam diorang kalau kena gigit!" Beritahu Jieun yang sedang berlari di sebelah Hongjoong.

"Ha?! Jadi macam diorang?! Aku tak nak!!!"

Mingi yang pada mulanya berlari di belakang sekali terus pecut meninggalkan mereka.

"Woah! Gilalah!"

Semasa mereka sibuk berlari tak tentu arah, Jieun ternampak sebuah gua di sebalik pokok besar.

"Korang! Sini?" Panggil Jieun.

Mereka berhenti berlari secara mengejut lalu mengikut Jieun.

Mereka masuk ke dalam gua itu.

"Shhh-- Zombie takkan jumpa kita kalau kita tak buat sebarang bunyi" beritahu Jieun.

"Betul tu" setuju Jongho.

Mereka akur dengan arahan Jieun.

Mereka berdiam diri sambil memandang Zombie yang tidak lagi mengejar mereka.

Selepas memastikan diri mereka selamat, akhirnya mereka dapat tenangkan diri.

"Tinggal siapa sekarang ni?"

"Tinggal Yunho dengan Jieun" beritahu Seonghwa.

"Yunho takut apa je eh? Setahu aku Yunho tak takut apa-apa" gumam Yeosang.

Sementara itu, Yunho hanya memandang Jieun yang duduk di sebelahnya dengan pandangan risau.

•••

Selepas Zombie hilang dari pandangan mereka, mereka sambung perjalanan mereka.

"Korang, ada Rumah banglo kosong dekat situ" beritahu Jongho.

Mereka mendekati banglo kosong itu.

"Woah! Besarnya"

"Kita kena masuk ke?"

"Kenalah. Mesti ada sesuatu dekat dalam tu" kata Seonghwa yang berjalan mendahului mereka.

Seonghwa membuka pintu rumah banglo itu.

Srrttt--

"Seramnyaaaa..."

Mereka melangkah masuk ke dalam banglo itu.

Selepas semua masuk, pintu tertutup sendiri.

Lilin yang terletak di sekeliling ruang banglo itu tiba-tiba menyala.

"Yunho, Jieun, gelang korang menyala" beritahu Hongjoong sambil menunjuk ke arah gelang yang dipakai oleh Jieun dan Yunho.

Jieun dan Yunho pandang gelang mereka lalu pandang antara satu sama lain.

Pak! Pak! Pak!👏👏👏

Semua mata memandang ke arah tangga.

Terbutang mata mereka melihat Elly Moon berada di situ.

"Taniah kerana berjaya sampai ke sini" kata Elly Moon sambil berjalan menuruni tangga.

"Kau yang buat semua ni kan!" Kata Yunho yang memang benci pada Elly Moon sejak mula lagi.

"Betul. Memang aku yang buat semua ni. Sekarang korang dalam permainan mimpi ngeri aku" beritahu Elly Moon yang kini berada di hadapan mereka.

"Bebaskan kami sekarang juga! Kalau tak--"

"Kalau tak apa? Kau nak bunuh aku? Memang taklah sebab aku yang kawal dunia ni. Aku boleh buat apa-apa je dengan hanya memetik jari."

Mereka semua pandang Elly Moon tidak puas hati.

"Okey. Aku boleh bebaskan korang. Tapi yang dah selesaikan tugas mereka"

Elly Moon memetik jarinya lalu 7 ahli ATEEZ kecuali Yunho hilang dari pandangan mereka.

•••

[Di Dunia sebenar]

7 ahli ATEEZ bangun dari mimpi ngeri mereka.

Mereka bangun lalu keluar dari bilik mereka.

"Bukan aku seorang yang mimpi ngeri tu kan?" Soal San untuk kepastian yang mimpi dia lalui bukan mimpi yang biasa.

"Nae. Mimpi itu memang terjadi. Sekarang tinggal Yunho dengan Jieun yang belum selesaikan tugas mereka"

"Kesiannya diorang. Kita tak dapat bantu diorang"

"Harap-harap diorang berjayalah"

Mereka mengangkat Jieun dari biliknya lalu letakkan dia di katil bersebelahan dengan katil Yunho supaya mereka boleh melihat keadaan mereka berdua.

Yunho dan Jieun tidak henti-henti bergerak dan mengerut muka mereka.

"Nampaknya diorang lalui benda yang sukar..."










tbc

PIRATE KING 2 : NIGHTMAREWhere stories live. Discover now