×07×

291 57 1
                                    

"oh! Apa benda dekat tangan Jieun tu?" Soal Mingi.

Jieun melihat pergelangan tangannya.

Ada gelang di pergelangan tangannya.

Yunho memegang tangan Jieun lalu melihat gelang itu dengan teliti.

"Ini bukan gelang awak?" Soal Yunho untuk kepastian.

"Bukan"

"Eh? Kita semua pun adalah!" Kata San yang perasan ada gelang yang sama dengan Jieun di pergelangan tangannya.

Mereka semua meneliti gelang di tangan mereka.

"Kenapa aku punya bernyala?" Soal Seonghwa kebingungan.

Mereka semua mengelilingi Seonghwa untuk melihat gelangnya.

Gelang Seonghwa sama je dengan mereka semua. Tapi yang membuatkan gelang mereka berbeza, berlian dekat gelang Seonghwa  bernyala.

"Peliknya. Apa kegunaan gelang ni?"

"Tadi sebenarnya saya ada jumpa gambar Makcik Elly Moon dekat dalam bangunan tu" beritahu Jieun.

"Gambar Makcik Elly Moon? Gambar dia seorang je?"

"Nae"

"Jadi betullah Makcik Elly Moon yang buatkan kita berada di sini"

"Mari kita cari Makcik Elly Moon"

"Cari Makcik Elly Moon? Dia ada ke dekat sini?"

Mereka semua mengaru kepala.

"Jadi kita nak pergi mana ni?"

Yunho memerhati kawasan sekelilingnya untuk kali terakhir.

"Sana ada papan tanda" beritahu Yunho sambil menunding jarinya ke arah papan tanda yang tidak jauh dari mereka.

Mereka semua pergi ke arah papan tanda itu.

Papan tanda itu mempunyai anak panah yang menunjukkan ke arah kawasan yang luas.

"Aku rasa kita kena ikut tanda ni"

"Kalau macam tu, kita ikut anak panah ni"

Baru sahaja mereka ingin melangkah mara ke hadapan, tiba-tiba tanah di hadapan mereka jatuh ke bawah.

Hanya ada batu kecil untuk menyeberangi di sebelah sana.

Mereka sangat terkejut dengan apa yang berlaku.

Mereka semua kecuali Seonghwa mendekati lubang besar itu.

Mereka melihat di bawah.

Di bawah terdapat sungai yang deras dan ketinggian antara di tempat mereka dengan sungai itu ialah seperti bangunan tingkat 20.

"Wow. Tingginya"

"Nasib kita tak pijak dekat situ"

"Jadi kita kena menyeberangi guna batu tu lah?"

"Bawah batu tu macam tak kukuh je"

"Kalau nak seberang ke sana, terpaksalah kita guna batu tu. Aku rasa dah tak ada jalan lain untuk seberang ke sana"

"Kalau macam tu, jomlah kita gerak"

Mereka semua kecuali Seonghwa mula berjalan di atas batu itu untuk menyeberangi sungai itu.

Apabila mereka memijak di atas batu itu, batu-batu kecil di bawah batu itu terjatuh ke dalam sungai.

"Yah Seonghwa! Kenapa kau masih tercegat dekat situ? Sinilah cepat" panggil Hoongjong yang sudah separuh jalan.

"A-Aku tak boleh" kata Seonghwa ketakutan.

"Yah, kau takut tinggi ke?" Soal Yunho terkejut.

"N-Nae" jawab Seonghwa.

Mereka semua memandang Seonghwa terkejut.

"Seriouslah?"

San pergi ke arah Seonghwa untuk membantunya menyeberang.

"Kalau kau takut, jangan tengok bawah. Aku akan tolong kau" pujuk San.

Seonghwa mengetip bibirnya lalu mara ke hadapan.

Dia meletakkan sebelah kakinya di atas batu itu dengan teragak-agak.

San menjaga Seonghwa dari depan.

"Seonghwa cuba letakkan kedua-dua kakinya di atas batu itu.

Seonghwa cuba tidak melihat di bawahnya.

Dia hanya memandang di hadapannya.

Seonghwa mula berjalan lebih cepat daripada sebelum ini.

"Tengok. Kan tak ada apa-apa" kata San.

Seonghwa tersenyum kecil apabila dia berjaya melawan rasa takutnya pada ketinggian.

BAK! BAK! BAK!

Terbutang mata mereka apabila batu itu mula jatuh ke bawah satu demi satu.

"Yah!!! Lari cepatttttt!" Jerit Jongho yang sudah selamat menyeberang.

Seonghwa dan San terus berlari ke arah ahli ATEEZ yang lain yang sudah selamat menyeberang.

Jongho dan Mingi menghulurkan tangan mereka pada Seonghwa dan San.

Apabila San dan Seonghwa berjaya memegang tangan Jongho dan Mingi, batu terakhir pun jatuh.

Pada masa yang sama, Jongho dan Mingi menarik mereka agar mereka tidak terjatuh kebawah.

Mereka berdua terbaring sebaik sahaja selamat menyeberangi sungai itu.

Degupan jantung mereka berdegup dengan laju.

Ahli ATEEZ yang lain menghembus nafas lega.

"Woah! Gilalah!"









tbc


PIRATE KING 2 : NIGHTMAREWhere stories live. Discover now