×04×

301 61 1
                                    

"Marilah masuk" pelawa Elly Moon.

Kami semua terpegun melihat rumah kayu yang berada di hadapan kami atau lebih tepat rumah Elly Moon.

Walaupun rumah itu diperbuat dengan kayu, tetapi rumah itu nampak selesa untuk diduduki.

Kami tidak sangka akan ada rumah secantik ini di tengah-tengah pulau ini.

"Kenapa masih tercegat dekat situ? Marilah masuk" panggil Elly Moon yang sudah berada di dalam rumahnya.

Kami semua masuk ke dalam rumah itu dengan teragak-agak dan segan silu.

Keadaan di dalam rumah itu sangat bersih. Semua barang di dalam itu tersusun rapi.

Ruang dalam rumah itu juga kelihatan sangat luas berbanding pandangan dari luar rumah.

"Mari saya tunjukkan bilik kamu semua."

Kami semua mengikut Elly Moon pergi ke tingkat 2.

Kami semua sekali lagi terkejut apabila melihat banyak bilik di tingkat 2.

Tengok dari luar, rumah ini nampak kecil sahaja.

Tetapi apabila melihat di bahagian dalam rumah ini, rumah ini kelihatan sangat luas.

Elly Moon membuka pintu bilik yang mempunyai 4 katil bujang.

"Ahli lelaki boleh tidur dalam bilik ni dengan bilik sebelah tu. 2 bilik ini ada 4 katil."

"Kamu pulak boleh tidur di bilik belakang itu" kata Elly Moon kepada aku.

"Kamu berehatlah. Saya akan sediakan makanan untuk kamu semua di tingkat bawah. Kamu semua pasti lapar kan" kata Elly Moon mesra.

"Terima kasih kerana benarkan kami bermalam di sini" ucap kami semua kecuali Yunho yang hanya berdiam diri dari tadi.

"Sama-sama"

Selepas Elly Moon turun ke tingkat bawah, kami semua masuk ke dalam bilik masing-masing.

Aku masuk ke dalam bilik yang dikatakan oleh Elly Moon.

Sebaik sahaja aku membuka pintu bilik itu, aku merasakan sedikit seram walaupun keadaan dalam bilik itu sangat bersih.

Mungkin hiasan bilik itu menjadikan bilik itu kelihatan seram kerana hiasannya agak suram.

"Jieun" tegur Yunho yang kini berada di bilikku.

"Gwenchana?" Soal Yunho risau.

"Nae. Saya okey je" jawabku dengan senyuman kecil.

"Macam mana dengan bilik ni?"

Aku memandang sekeliling bilik yang suram itu.

"Emm...okey je..." Tipuku.

"Betul ni? Ke awak nak saya teman awak?"

"Tak pe. Saya okey je"

"Kalau awak cakap macam tu tak apalah."

Aku bukan apa. Aku tak nak menyusahkan dia.

"Yunho" panggilku.

Dia memandang aku.

"Kenapa awak senyap je dari tadi? Awak...tak suka dengan Makcik Elly Moon tu ke?" Soalku.

Sudah lama aku ingin menanya soalan ini pada dia.

Sepanjang kami berjumpa dengan Makcik Elly Moon tu, Yunho kelihatan tidak tenang.

"T-Tak ada apa. Saya cuma...tak sedap hati sikit dengan Makcik Elly Moon tu" beritahu Yunho.

"Apa maksud awak?"

Yunho mengetip bibirnya.

"Saya merasakan wanita tu--"

"Yunho, Jieun Makcik Elly Moon nak kita turun ke tingkat bawah." Beritahu Jongho yang berada di pintu bilikku.

"Ah nae. Nanti kami turun" kataku sambil melemparkan senyuman.

•••

"Terima kasih atas hidangan yang dihidangkan kepada kami. Makanan ini sangat sedap" puji Yeosang.

"Baguslah kalau kamu semua suka. Ouh ye. Saya ada buat teh yang saya buat sendiri dengan menggunakan herba-herba di pulau ini untuk kamu semua."

Elly Moon menghidangkan secawan teh kepada kami semua.

"Wow. Nampak sedap." Kata Mingi yang tertarik dengan teh itu.

Semua ahli ATEEZ kecuali Yunho teragak-agak untuk minum teh itu.

Dia asyik menghidu teh itu.

"Apa yang kau terhidu-hidu tu, minumlah. Sedaplah teh ni" kata Wooyoung yang perasan akan kelakuan pelik Yunho itu.

Yunho akhirnya minum teh itu dengan keadaan yang terpaksa.

"Sedapkan teh tu?" Soal Elly Moon pada Yunho dengan senyuman yang tidak dapat ditafsirkan.

Yunho hanya melemparkan pandangan tajam ke arah Elly Moon.










TBC

PIRATE KING 2 : NIGHTMAREWhere stories live. Discover now