4❀

51 6 0
                                    

Pejam celik, hari yang ditunggu-tunggu tiba. Hari ini,Hyunjin akan bertolak ke New York atas urusan syarikat appanya.

Hyuri bersiap-siap untuk menemani ataupun lebih kepada menghantar Hyunjin ke airport.

Dia menilik penampilannya buat kali terakhir di cermin besar di biliknya.

"Okay,tidak ada apa-apa akan berlaku" Dia cuba meyakinkan dirinya.

Tidak lama kemudian,kedengaran seseorag mengehon kereta di hadapan rumahnya.

"Hyuri ah! Hyunjin dah datang" Laung Hwana daripada tingkat bawah.

"Coming" Balas Hwana lalu mengambil tasnya dan turun.

Kelihatan Hyunjin segak berbaju kot dan berkaca mata hitam sedang menunggunya di dalam kereta.

Dia melambai kearah Hyuri. Hyuri membalasnya.

Hyuri mencapai hillsnya di rak belakang pintu rumah. Hwana mendekati Hyuri.

"Hensem woi namja chingu kau! Untung kau dapat dia. Nasib kau awal kalau tak aku dah kebas dah. Rugi taknak. Orang hensem kot" Puji Hwana melambung.

"Nak aku bagitau Changbin?"

"Janganlah. Tak baik tau rosakkan rumah tangga orang"

"Rumah tangga apa benda kau ni? Berangan" Jawab Hyuri lalu berlari anak ke arah Hyunjin setelah usai memakai hillnya.

"Hai" Sapa Hyunjin lalu keluar daripada keretanya untuk membuka pintu buat Hyuri.

"Hai" Jawab Hyuri ramah.

Mereka berpelukan seketika.

Rupa mereka yang menawan menunjukkan bahawa mereka secocok bersama. Masing-masing mempunyai rupa dan harta. Memang sepadan. Namun itu daripada pandangan orang ramai. Tapi bukan mereka. Mereka ikhlas mencintai satu sama lain tanpa melihat rupa,harta atau darjat.

Walaupun orang tua mereka bersahabat baik,mereka tidak menyokong keputusan yang Hyunjin dan Hyuri pernah buat. Mereka pernah memutuskan untuk berkahwin pada usia muda namun orang tua mereka membangkang.

Hyunjin dan Hyuri bertolak ke airport.

Setelah menyelesaikan semua urusannya,Hyunjin menghampiri Hyuri yang mula mengalirkan air matanya.

Sungguh hatinya tidak kuat untul melepaskan Hyunjin pergi ketika itu.

Hyunjin berusaha untuk memujuknya memandangkan mereka jadi tumpuan segelintir orang awam.

"Awak,saya pergi dua minggu je tau bukan dua tahun" Hyunjin bersuara lembut. Dia mengusap lembut belakang Hyuri yang memeluknya.

"Awak kena ingat tau. Awak dah janji nak balik. Awak tak boleh mungkir janji. Kalau tak,saya akan lupakan awak"kata Hyuri dalam esak tangisnya.

" Kenapa cakap macamtu? Awak dah tak sayang saya? Awak sanggup lupakan saya?"tanya Hyunjin lagi.

"Awak dah janji kan nak balik" Hyuri mengulangi semula ayatnya.

"Ya,saya janji sayang" Hatinya mulai rapuh. Bagaimana kalau dia tidak balik? Adakah Hyuri sanggup melupakannya?

"Awak mungkir janji,saya akan lupakan awak" Esak tangisnya semakin kuat.

"Awak sanggup?" Tanya Hyunjin lagi. Air matanya sudah mulai tumpah.

Hyuri tidak menjawab sebaliknya menguatkan pelukannya seolah-olah tidak merelakan kepergiannya.

Tidak lama kemudian,pengumuman mengumumkan yang penumpang diminta menaiki pesawat secepat mungkin kerana pesawat bakal berlepas sebentar lagi.

"Awak dah janji kan?"

𝐓𝐡𝐞 𝐓𝐫𝐮𝐭𝐡 『𝐻𝑤𝑎𝑛𝑔 𝐻𝑦𝑢𝑛𝑗𝑖𝑛』[COMPLETE]Where stories live. Discover now