6❀

48 6 2
                                    

Hari ini merupakan hari terakhir Hyuri berada di hospital. Dia sudah dibenarkan keluar kerana keadaannya sudah bertambah baik.

Dia mula mengemas-ngemas barangannya. Dia meminta Hwana untuk menjemputnya.

Di melipat bajunya dan memasukkan ke dalam beg.

Tiba-tiba seseorang mengetuk pintunya. Dia membenarkan orang itu masuk.

"Hai" Hyunjin menyapanya sambil melambaikan tangannya.

"Oh,hai" Hyuri membalas sambil tersenyum.

"Gembira nampak?" Usik Hyunjin lalu duduk disebelah Hyuri.

Hyuri masih ralit mengemas baju-bajunya.

"Yelah. Nak balik kot"

Hyunjin ketawa kecil.

"Awak,rindu saya tak?" Tanya Hyunjin secara tiba-tiba.

"Of courselah rindu. Lama kot saya tak jumpa awak" Hyuri berhenti melipat bajunya. Dia menatap wajah lelaki yang dia sayangi di depan matanya.

"Nasiblah awak sempat jumpa saya. Kalau tak,awak yang rugi" Balasnya lalu tertawa.

"Kenapa? Awak berniat nak tinggalkan saya?" Soal Hyuri serius. Dia memalingkan mukanya ke tingkap bilik itu.

"Hey hey kenapa ni? Apa pasal awak emosi tetiba ni?" Hyunjin memegang kedua-dua bahu Hyuri. Dia memegang dagu Hyuri lalu memalingkan muka Hyuri menghadapnya.

"Saya takkan tinggalkan awaklah. Jangan risau" Hyunjin cuba memujuknya.

"Janji?"

"Nae,yaksok"

"Macam mana kalau kali ni awak mungkir janji?"

Hyunjin terdiam.

"Saya sanggup tau tamatkan hidup saya.." Dia berjeda seketika.

"Demi awak" sambungnya.

Hyunjin memandang Hyuri sayu.

"Apa awak merepek ni? Tak baik cakap macam tu tau?"

"Semuanya sebab awak. Kalau saya dapat tahu yang awak tak balik-balik haritu,mungkin saya dah tamatkan hidup saya tau?" Hyuri mula beremosi.

Hyunjin cuba menenangkan kekasihnya.

Dia memikirkan cara lain untuk membuatkannya tertawa.

"Dah dah. Taknak nangis nangis. Nanti tak comel. Nak keluar tak?" Hyunjin cuba nemujuknya dengan cara lain.

"Keluar?" Tanya Hyuri sepertinya berminat dengan cadangan Hyunjin. Sudah lama rasanya mereka tidak keluar bersama sejak dia kemalangan dan Hyunjin ke New York.

"Yup,keluar"

"Nak pergi mana?"

"Pantai?"

"Wah jjinja? Malam ni?" Tanya Hyuri teruja.

"Yes,malam ni"

Hyunjin berasa puas setelah melihat senyuman terpampang di wajah mulus milik gadis yang dicintainya.

"Okay. Awak takpayah jemput eh?"

"Kenapa?" Hyunjin menyoal. Dia berasa pelik.

"Entah. Tiba-tiba saya rasa macam nak naik grab"

"Mengadalah crybaby ni" Hyunjin mengusik sambil mencubit hidungnya.

"Eh siapa crybaby?"

"Awaklah"

"Saya? Bila?"

"Yup,awak. Awak nangis all the time"

"Mana ada. Tak baik tuduh-tuduh tau"

𝐓𝐡𝐞 𝐓𝐫𝐮𝐭𝐡 『𝐻𝑤𝑎𝑛𝑔 𝐻𝑦𝑢𝑛𝑗𝑖𝑛』[COMPLETE]Where stories live. Discover now