"erm satu dua tiga... Wahh!" Jimin memandang ke tempat penumpang. Kereta Hyundai itu dipandunya laju menyusuri hutan yang lebat.
Wajah Jimin yang kelihatan amat gembira itu memandu perlahan, masih melihat ke arah semua sosok tubuh di belakang.
Tiga pelajar perempuan universiti yang hilang ada bersamanya. Di dalam kereta itu, tidak tahu tempat yang akan dituju.
Mereka semuanya kelihatan tergoda. Tergoda akan Jimin yang sedang memandu kereta. Rasa gusar mahupun pasrah sedikit pun tidak ada di wajah mereka. Semuanya bagai sudah dipukau.
Sudah dipukau dengan keindahan wajah Jimin. Mereka semua tersenyum miang memandang Jimin.
5 minit kemudian,
Dari jauh kelihatan satu rumah usang jauh di dalam hutan belantara itu. Jimin memberhentikan kereta. Dia memandang ke side mirror. Clear, tiada manusia yang lalu lalang.
Jimin kemudiannya membuka pintu kereta, bergerak ke arah rumah usang itu. Dia melihat sekali pandang. Rumah itu memang sudah buruk. Kelihatan sudah lama ditinggalkan.
Lelaki itu kembali ke kereta. Pintu penumpang dibukanya, wajah tiga pelajar tadi terus tersenyum melihat Jimin dihadapan.
Jimin mula bersuara,
"Yayang-yayang semua, jom turun ikut abang chim, kita boleh bermalam dekat sini harini hehe~"
Semua tiga orang pelajar Universiti Hanwon itu turun. Yang hairannya mereka mengikuti semua kata-kata yang dilontarkan oleh Jimin. Adakah mereka sudah gila?
Jimin bergerak di hadapan, diikuti pelajar lainnya di belakang. Mereka memasuki rumah usang itu. Di pintu masuk sahaja sudah kelihatan patung harimau yang menyeramkan.
Sampai sahaja di dalam, Jimin membuka suis lampu. Potret besar yang digantung di dinding diperhati oleh Jimin. Semua perempuan yang sudah pun memaut tangan kiri dan kanan diabaikannya.
Di dalam gambar itu, kelihatan seorang lelaki yang berada dalam lingkungan 35 tahun sedang berdiri. Di tepinya ada wanita cantik sedang memegang seorang kanak-kanak lelaki.
Kanak-kanak itu kelihatan muram, sedih dan keseorangan. Jimin yang sudah memerhati hampir 2 minit secara tiba-tiba gelak kuat.
Suaranya bergema ke seluruh rumah itu.
"LEPAS, LEPAS!!! AHA HA HA HA AKU TAK ALONE DAH SKARANG, TAK ALONE DAHH !" Jimin melepaskan tangan-tangan yang memautnya.
Dia memandang ke arah pelajar yang terjatuh ke bawah lantai, mereka sudah mula ketakutan.
"PANDANG AKU PANDANG AKU HAHAHAHA" Tangannya menarik rambut ikal mayang salah seorang perempuan di hadapannya itu.
Tiga pelajar perempuan tadinya yang tersenyum riang kini mula tersedar. Dimanakah mereka? Rumah sape ni? Sape lelaki kat depan mereka itu?
"Tolong!!! Tolong!!!"
Mereka menjerit ketakutan. Jimin yang masih lagi tidak melepaskan rambut pelajar itu tunduk ke bawah. Wajahnya tersenyum.
"Tolong? TOLONG TOLONG APAA! HAHAHAHA!" Jimin menendang salah satu pelajar tersebut.
Dia kelihatannya puas. Puas menikmati pemandangan manusia-manusia yang terseksa di hadapannya itu.
Tiba-tiba Jimin berhenti ketawa. Riak wajahnya mula berubah. Dari gembira, terus jadi sedih dan risau. Dia sekarang sudah terduduk di sebelah pelajar-pelajar itu.
Tangan Jimin yang tadinya menarik rambut, kini digunakan untuk memegang wajah perempuan itu.
"Are you okay? What happened? " Dia menanyakan soalan kepada pelajar itu.
Pelajar itu masih ketakutan. Tidak berani menjawab soalan Jimin. Jimin mendekatkan dirinya, muka ke muka...
𝑵𝒐𝒕 𝒋𝒖𝒔𝒕 𝒇𝒍𝒊𝒓𝒕𝒆𝒓, 𝒉𝒆'𝒔 𝒂𝒍𝒔𝒐 𝒂 𝒑𝒔𝒚𝒄𝒉𝒐...
YOU ARE READING
𝑲𝒊𝒔𝒔 + Pjm ^ ᵒⁿᵍᵒⁱⁿᵍ
FanfictionPark Jimin : psycho, playboy, gila seks, kaki perempuan. 𝐴 𝑘𝑖𝑠𝑠 𝑓𝑟𝑜𝑚 ℎ𝑖𝑚, 𝑚𝑎𝑘𝑒 𝑦𝑜𝑢 𝑖𝑛 𝑡𝑟𝑜𝑢𝑏𝑙𝑒