5• 𝑺𝒆𝒄𝒓𝒆𝒕

143 20 23
                                    

"ah habis pun kelas ni;" Yeoreum bergegas keluar dari dewan kuliah itu bersama teman baiknya Yeri.

Perkara yang baru berlaku beberapa jam tadi masih jelas diingatan. Jin oppa! How? How can i hurt him huaaaaaa!!!!!

Yeri memandang kearah Yeoreum. Hairan dengan perilaku sahabatnya yang satu itu. Kadang-kadang dia meraung, kadangkala dia menjerit. Gila agaknya.

"Reummm jom pergi makan kat cafe! Harini dengar cerita 50% off!" Yeri mengajak Yeoreum untuk menikmati makanan lazat di cafe universiti itu.

Mereka berjalan, menuju ke tempat letaknya cafe itu yang berada di tengah-tengah universiti. Jaraknya ada lah dalam 500 meter.

Sambil memegang payung di tangan, Yeoreum menunduk lesu. Tidak bermaya. Langkah kaki pun terpaksa digerakkan dek kerana Yeri. Kalau tak memang dia sekarang sudah balik, melayan perasaan.

Hampir 15 minit berjalan perlahan,

Yeri dan Reum sampai ke cafe itu. Fuh ramainya orang. Pengunjung luar pun banyak yang datang, ingin mencuba Nasi Goreng Kimchi famous milik cafe itu.

"Kau nk makan ape reum? Meh aku gi beli, kau jaga tempat okeh!" Tanya Yeri kepada teman rapatnya itu.

"Anything pun boleh kecualiii topokki"

Yeoreum memberitahu Yeri. Topokki, makanan itu sebenarnya makanan kegemaran Kim Seokjin. Bagi mengelakkan daripada teringat-ingat, baik jangan beli fikir yeo.

Dia duduk, menjaga tempat yang dudah didapatkan itu. Mata melilau sebentar ke kiri ke kanan. Ramai juga lelaki-lelaki yang sedang memandangnya.

Namun matanya tertarik pada seorang lelaki yang duduk keseorangan di hujung cafe itu

Kepala ditutup dengan topi.Wajahnya juga tidak dapat dikenal pasti dek kerana pelitup muka yang dipakai.

Dua tiga kali jugalah Yeo sedar lelaki itu sedang memandangnya. Tepat ke arah tempat Yeoreum sedang duduk.

Tetapi dia hanya bersangka baik. Mungkin di cantik sangat, sebab tu laki tu pandang, fikirnya.

𖣘

Yeo membuka telefon pintarnya bagi mengurangkan kebosanan. Lama juga menunggu Yeri membeli makanan. Entah apalah yang dibeli oleh perempuan itu. Beli ke buat pun tatau.

Suasana sudah semakin reda. Ramai pengunjung yang datang sudah mula pulang ke rumah masing-masing tatkala Nasi Goreng Kimchi dikhabarkan telah sold out licin.

Yeoreum sudah penat menunggu. Dia bangun bagi seketika. Bersiar-siar untuk melihat kawasan sekitar cafe. Apa saja yang dijual di situ?

-Kari Bulgogi Tanduk Lembu (eh)
-Gimbap Inti Oren (eh)
-Ramen xtra pedas 8x spicy+Milo (eh)

Semua yang dijual di situ pelik-pelik belaka. Patutlah cafe itu jadi sebutan hangat bagi pengunjung luar. Semuanya mempunyai citarasa aneh.

Mata Yeoreum tertarik pada satu air yang dijual. Teh tarik kelapa dara. Dia pergi ke arah tempat yang dijual dan membeli air itu.

Teh tarik yang diisi dalam tempurung kelapa itu dibawanya untuk kembali ke tempat duduk tadi. Riang melihat air aneh itu.

Bokk

Dia terlanggar seseorang di hadapan. Kelapa yang dibawa jatuh ke baju lelaki itu. Yeoreum memandangnya.

"Ah sorry sangat-sangat,saya tak sengaja, takpe bagitau je nnt saya bayar ganti rugi. " Kata Yeo kepada lelaki itu.

Eh lelaki tadi. Lelaki yang berada di meja hujung. Masih kekal berpelitup muka. Dia senyap dan kaku. Tidak menjawab permintaan maaf dari yeo itu.

Yeoreum bengang. Bisu ke apa lelaki di hadapannya itu. Dia memulakan pertanyaan.

"A-awak siapa?" Tanyanya was-was.

"Secret..." Tetiba lelaki itu menjawab, dengan nada suara perlahan.

Dia kemudiannya lari keluar dari cafe itu meninggalkan Yeoreum di belakang yang masih lagi tertanya-tanya.

𝑺𝒆𝒄𝒓𝒆𝒕 𝒑𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏 𝒊𝒔 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒕𝒊𝒎𝒆𝒔 𝒅𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓𝒐𝒖𝒔 𝒕𝒉𝒂𝒏 𝒕𝒉𝒆 𝒏𝒐𝒓𝒎𝒂𝒍 𝒑𝒆𝒐𝒑𝒍𝒆...



𝑲𝒊𝒔𝒔 + Pjm  ^ ᵒⁿᵍᵒⁱⁿᵍWhere stories live. Discover now