"HAHA HA HA, Cantik jugak kau ni!"
.....
Bibir Jimin sudah berada di bibir pelajar tadinya. Jimin dengan rakusnya mencium ketiga-tiga pelajar itu secara mengejut. Habis seorang, seorang lagi diciumnya.
Blub
Jimin selesai mencium. Wajah pelajar-pelajar itu dipandangnya sambil tersenyum lebar.
Tiba-tiba kesemua pelajar itu tidak dapat mengingati perkara yang baru berlaku tadi. Siapa lelaki di hadapan itu? Apa mereka buat di rumah usang ini?
Semuanya hilang arah. Sama seperti awal-awal tadi, mereka kelihatan tergoda, tergoda akan Jimin. Bagaikan sudah terkena minyak dagu.
Ya, Jimin sebenarnya dikurniakan dengan satu kelebihan aneh. Sesiapa sahaja yang diciumnya akan hilang arah. Tidak dapat mengingati semua kejadian yang baru berlaku dalam 2 jam yang lalu.
Tidak akan sedar kecuali, mereka dikejutkan dengan sesuatu yang menggegar jiwa dan raga.
Mereka bagai sudah dihapuskan memori. Memori sebelum dicium lelaki bernama Park Jimin itu. Diri juga bagai dijampi, menuruti semua yang disuruh mamat itu.
Apa yang diketahui adalah Jimin, lelaki kacak di hadapan itu merupakan lelaki pertama yang datang kepada mereka. Love on first sight.
Jimin bagai disumpah ahli sihir dalam cerita dongeng. Dengan bakat sepelik itulah, dia sudah menyalah gunakan.
Habis sahaja membuat perkara jahat, dia akan mencium seseorang itu. Memadam segala apa yang berada di dalam fikiran mereka.
☠︎︎
Jimin keluar dari rumah itu selamba. Ketiga-tiga pelajar perempuan yang sudah bagai mayat hidup itu ditinggalkannya di dalam rumah.
"Tata! Duduk diam diam okey" Jimin tersenyum.
Mereka juga tidak mengikut Jimin ke luar, hanya menuruti kata-kata lelaki itu supaya kekal di dalam.
Kereta Hyundai yang berada diluar rumah dihidupkan. Jimin masuk ke dalam kereta. Kemudiannya laju meluncur keluar dari kawasan rumah itu.
Pelajar lainnya diabaikan Jimin. Biarlah nak hidup atau mati, bukan masalah dia.
Jimin memandu laju keluar dari hutan tebal itu. Tidak tahu kemana pula tempat tujuan yang harus dituju seterusnya.
☽︎
Yeoreum terjaga dari lenanya. Dia bangkit dari katil empuk itu dan seterusnya lekas mandi untuk bersiap-siap ke kelas.
Message di Instagram daripada unknown yang dia dapat pada hari semalam tidak diendahkan. Entah siapa-siapa lah yang ingin berjumpanya.
Yeo cepat-cepat mandi kerana sudah terlewat beberapa minit untuk ke Kelas Biology itu.
Hampir 10 minit,
Yeo sudah selesai membersihkan diri. Dia keluar dari bilik mandi itu untuk menyarungkan pakaian.
Rasa dirinya diperhatikan. Yeoreum memandang ke sekeliling bilik. Tidak logik lah kan, bilik yeoreum berada di tingkat dua dorm itu. Siapa yang gigih sangat mahu memanjat tingkap?
Yeoreum mengabaikannya.
"Mungkin firasat aku je kot" yeo cuba menenangkan diri sendiri.
Selesai bersiap, dia keluar dari pintu biliknya, menuruni tangga ke bawah dan berjalan seorang diri ke dewan kuliah itu.
"Ah mampusla dah lewat 25 minit ni. Harap prof tu okay je la adududu" Yeoreum melihat jam ditangan. Ah sudah lewat. Dia berjalan pantas supaya cepat sampai ke destinasi yang dituju.
Tiba-tiba Yeo rasa diikuti seseorang di belakang. Dia berpaling, erm tiada sesiapa. Dia meneruskan perjalanannya tetapi masih berhati-hati kerana merasakan bahawa ada seseorang yang sedang memerhati gerak gerinya...
𝑹𝒆𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓, 𝑱𝒊𝒎𝒊𝒏 𝒄𝒂𝒏 𝒂𝒍𝒔𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒐𝒔𝒆 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒎𝒆𝒎𝒐𝒓𝒚.
YOU ARE READING
𝑲𝒊𝒔𝒔 + Pjm ^ ᵒⁿᵍᵒⁱⁿᵍ
FanfictionPark Jimin : psycho, playboy, gila seks, kaki perempuan. 𝐴 𝑘𝑖𝑠𝑠 𝑓𝑟𝑜𝑚 ℎ𝑖𝑚, 𝑚𝑎𝑘𝑒 𝑦𝑜𝑢 𝑖𝑛 𝑡𝑟𝑜𝑢𝑏𝑙𝑒