6• 𝑻𝒐𝒚

177 21 21
                                    

Pagi Sabtu. Hari itu hari minggu. Suasana di universiti yang membosankan membuat Jimin
keluar bagi mengambil angin.

Dia bukan suka sangat nak belajar. Hanya nak cuci mata dan merasai kehangatan badan.

Duduk di dorm pun bukan ada kawan. Si Nerdie siapa lah nak berkawan. Keseorangan.

Enjin kereta itu dihidupkan tatkala Jimin keluar dari bilik dorm lelaki. Dia memandu laju, keluar dari universiti itu.

Pengawal yang menjaga pintu masuk tidak diendahkannya. Cermin mata bulat lantas dibuang digantikan dengan cermin mata hitam mewah.

Argh. Penat. Dia penat nak menyamar begini lagi. Tapi, kalau tak menyamar, habis segalanya akan terbongkar. Jimin berfikir banyak kali.

Cermin kereta dibetulkan. Dia memandu dan terus memandu sehingga sampai ke destinasi yang dituju.

☕︎

Gangnam Street,

Jimin sampai di situ jam 4 petang. Ramai betul manusia. Maybe sebab hari minggu sama. Membuatkan Jimin rimas.

Oh rupanya ada satu event sedang diadakan. Jimin berjalan ke tempat itu. Event yang diadakan di tengah-tengah jalan di kota Gangnam itu membuatkan lalulintas sesak.

Orang ramai berpusu-pusu datang. Jimin memandang ke banner yang digantung tinggi di atas.

Kpop Idol Week⭐

-BTS
-BLACKPINK
-ITZY
-TWICE
-LOONA
...

"Coih kpop idol.. patutlah ramai sangat perempuan gedik terkinja kat sini. " Jimin mendengus.

Dia memang sudah lama membenci semua group idol tambah-tambah lagi seorang dari kumpulan BTS itu.

Park Jimin. Nama sahaja dah sama dengannya. Membuatkan dia berganda ganda benci dengan idol.

"Bodoh punya Jimin." Jimin melontarkan carutan tatkala melihat satu poster besar yang dibawa fans ketika datang ke situ.

Jimin bersiar ke sekeliling. Banyak gerai rupanya dibuka. Gerai topokki, Gerai oden, Gerai gimbap dan lain-lain lagi.

Namun, mata Jimin tertarik pada satu gerai. Gerai yang menjual gula-gula kapas. Lama sungguh dia tak makan bendalah tu.

Jimin bergerak ke arah gerai itu. Dalam perjalanan, ada seseorang melanggarnya. Pendek di bawah.

Jimin menunduk. Oh budak-budak. Gayanya seperti baru berusia 5 tahun. Budak itu sudah terjatuh ke bawah.  

Aiskrim yang dipegang oleh kanak-kanak itu jatuh ke seluar jeans yang dipakai Jimin. Mainan ultraman miiknya juga berada di jalan raya itu.

Jimin hanya memandang sekilas. Tangan dihulurkan kepada budak itu. Budak itu menyambut. Dia bangun lalu menangis.

"Aischeyim aischeyim!!" Tangis budak itu. Mana pulak mak dia? Tak reti-reti nak datang ke?

Jimin mula mencangkung, tangan kanannya mengelap air mata budak itu. Dia tersenyum mesra.

"Adik nak aiskrim baru?" Soal Jimin.

Kanak-kanak itu masih menangis.

Tangan kiri mula mengambil mainan kanak-kanak itu yang terlempar jauh ke depan.

"Ni adik punya ke? Nak mainan ni? " Soal Jimin buat kali kedua.

Budak itu secara tiba-tiba berhenti menangis.

"Atomen, atomen naknak" Jawab budak itu comel.

Jimin mengangkat mainan ultraman milik kanak-kanak itu ke atas. Ah budak tu tak sampai nak ambik.

Jimin kemudiannya mencampak dari atas. Kaki diangkat.

Crashhhh

Dia memijak mainan ultraman itu. Hancur berkecai. Tangisan kanak-kanak itu semakin kuat didengari.

Jimin bangun dan berpaling. Dia meneruskan langkah kakinya. Kanak-kanak yang sedang menangis tidak diendahkan sama sekali.

" Nak? HAHAHA jangan harapla budak bodo..."

𝑻𝒐𝒚𝒔 𝒘𝒊𝒍𝒍 𝒃𝒓𝒊𝒏𝒈 𝒃𝒂𝒄𝒌 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒄𝒉𝒊𝒍𝒅𝒉𝒐𝒐𝒅. 𝑩𝒆 𝒌𝒊𝒏𝒅 𝒕𝒐 𝒕𝒉𝒆𝒎 𝒄𝒂𝒖𝒔𝒆 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒕𝒊𝒎𝒆𝒔, 𝒕𝒐𝒚 𝒄𝒂𝒏 𝒘𝒂𝒍𝒌 𝒂𝒏𝒅 𝒕𝒂𝒍𝒌...






    

𝑲𝒊𝒔𝒔 + Pjm  ^ ᵒⁿᵍᵒⁱⁿᵍWhere stories live. Discover now