1

505 84 60
                                    


Miss you

Saying this makes me miss you even more

Miss you

Even though I'm looking at your photo

Time's so cruel, I hate us

Seeing each other for once is now so hard between us





Loceng akhir persekolahan telahpun berbunyi, semua murid telahpun berpusu-pusu meninggalkan kelas masing-masing. Namun tidak bagi tujuh pelajar itu, mereka setia menanti guru kelas mereka bernama Song Jihyo yang sibuk menyusun kertas peperiksaan yang sudah berakhir tadi.

"Kenapa kamu bertujuh tak keluar lagi?" soal Cikgu Jihyo hairan. Dia memegang erat timbunan kertas peperiksaan, memandang ke arah tujuh pelajar yang masih lagi berada di dalam kelas itu.

Tujuh pelajar itu adalah Seokjin, Namjoon, Yoongi, Hoseok, Taehyung, Jimin dan Jungkook. Tujuh pelajar itu sangat rapat dengannya.

"Kenapa cikgu tak ikut juga lawatan ke Pulau Jeju minggu depan?" Seokjin memulakan bicara.

Semalam, pihak sekolah telah mengumumkan lawatan untuk pelajar tahun akhir ke Pulau Jeju yang diadakan pada minggu hadapan. Borang kebenaran telahpun diberi kepada semua pelajar tahun akhir dan akan dihantar pada hari mereka bertolak ke sana. Senarai cikgu yang pergi sudah diumumkan, namun nama cikgu Jihyo tidak tersenarai.

Dan sudah semestinya mereka bertujuh termasuk dalam kalangan pelajar tahun akhir.

Cikgu Jihyo tersenyum kecil. Ingatkan apa la tadi. "Ala, cikgu ada kursus la, kalau tak cikgu nak tau pergi.."

"Ala, cikgu. Tak best cikgu takde. Dah la ni lawatan terakhir kiteorang lepas peperiksaan akhir." rungut Taehyung.

"Kalau cikgu tak pergi, kami pun tak nak ah pergi." protes Jungkook. Semua yang lain setuju dengan cadangan Jungkook membuatkan cikgu Jihyo terkejut.

"Aish, kenapa pula? Best tau naik feri pergi Pulau Jeju. Peluang yang ada ni gunakan la." pujuk cikgu Jihyo.

"Tapi, kami nak luangkan masa kat sana dengan cikgu..." Jimin merengek. Hoseok di sebelah Jimin turut melakukan hal yang sama.

Mereka bertujuh dari tahun pertama sehinggalah tahun akhir sangat rapat dengan cikgu Jihyo kerana keperibadian cikgu Jihyo yang baik dan mudah bergaul.

"Aah, cikgu. Mana tahu lepasni kita dah tak jumpa, tak boleh buat kenangan bersama?" Namjoon berseloroh. Yoongi di sebelah Namjoon mengangguk-angguk kepalanya.

"Ish, apa cakap macam tu Namjoon." Jihyo tidak sedap hati dengan kata-kata Namjoon. "Baiklah, esok cikgu cakap dengan cikgu Baekhyun pasal tu. Ok?"

Kata-kata Jihyo membuatkan ketujuh-tujuh mereka bersorak riang.
Jihyo tersenyum meskipun hatinya tersentak dengan kata-kata Namjoon, seolah-olah kata-kata itu akan menjadi kenyataan.

Namun, dia berdoa dalam hati. Moga pelajar-pelajar kesayangannya itu baik-baik saja.


****

"Hyung!" Seokjin berpaling ke arah si pemanggil.

"Lama betul kau saeng, pergi mana?" Seokjin merangkul bahu adiknya itu.

"Kelas tambahan." kata Soobin. "Bukan hyung dah tahu ke?"

"Saja tanya," Seokjin mengusutkan rambut adiknya itu.

"Yah! Jangan sentuh rambut!" Soobin membetulkan semula rambutnya. Seokjin ketawa kecil.

"Yeonjun dan Beomgyu mana? Tak nampak pula dieorang hari ni."

"Dengan Taehyung sunbae," balas Soobin.

Taehyung, Yeonjun dan Beomgyu adalah adik beradik.

"Jom temankan hyung pergi mall kejap, nak beli kamera baru."

"Buat apa beli kamera? Bukan yang hyung punya ada ke?"

"Namjoon sunbae kau punya pasal la. Baru pegang tak sampai seminit tercabut lens." tutur Seokjin tidak puas hati. "Lagipun, nak amik gambar kan telefon banyak storan, so duit dalam akaun aku banyak lagi bolehlah guna he.."

"Huish, dahsyatnya Namjoon sunbae." Soobin tergelak kecil. Dia mengenali Namjoon yang merupakan abang kepada juniornya iaitu Huening Kai.

"Haha" Seokjin ketawa kecil.

"Untunglah dapat pergi Pulau Jeju. Naik feri lak tu." Soobin memuncungkan mulutnya. Nak juga ikut.

"Tunggulah sampai tahun akhir, baru boleh." balas Seokjin.

"Kajja!" mereka berdua meluru masuk ke dalam kereta yang dipandu Seokjin, meninggalkan perkarangan sekolah.

Spring Day (COMPLETED)Where stories live. Discover now