6

247 74 14
                                    

Yes I hate you, you left me

But I never stopped thinking about you, not even a day

Honestly I miss you, but I'll erase you

'Cause it hurts less than to blame you





"Pang!"

Gelas yang dipegang oleh Puan Kim terlepas membuatkan Soobin yang menikmati roti sandwichnya di hadapan televisyen menoleh.

"Kenapa omma?" Soobin mendapatkan ibunya. Dikutip pecahan kaca gelas yang bertaburan.

"Omma tak sedap hati." tutur Puan Kim.

"Mari Soobin bersihkan."

"Terima kasih, omma naik atas dulu. Omma nak tidur sekejap"

"Nae.." sebaik sahaja dia selesai membersihkan serpihan kaca dia terus menyambung makan dan menghadap ke arah televisyen.

"Berita terkini, sebuah feri yang menuju dari Incheon ke Pulau Jeju semalam telah didapati hampir tenggelam di perairan laut Jepun. Kesemua mangsa dikhuatiri terperangkap di dalam feri tersebut."

Roti sandwich yang dipegang Soobin jatuh. Air matanya mengalir tanpa dia sedari.

"Hyung!!!!!!! "

"Soobin, kenapa ni?" Puan Kim meluru ke arah Soobin yang sudahpun terduduk menangis sebelum matanya membulat melihat tajuk berita pada skrin televisyen.

*****

"Tolong encik! Pelajar-pelajar saya masih ada di dalam kabin sana!" berkali-kali cikgu Jihyo cuba memohon pada beberapa orang kelasi yang memantau.

"Maaf cikgu, tapi kami tidak dapat pergi sana sebab air laut dah hampir masuk kawasan tu."

Kata-kata kelasi itu membuatkan Jihyo terduduk.

"Andwae!! Seokjin! Taehyung! Namjoon!! Jimin!!! Jungkook!!! Yoongi!!! Hoseok!!! Andwaeee!!!"

Air mata cikgu Jihyo tidak henti mengalir.

"Cikgu, tenangkan diri!" kelasi itu cuba menenangkannya.

"Macamana saya nak tenang bila pelajar saya terperangkap tanpa pakai jaket keselamatan?! Kenapa pihak tuan tidak mengumpulkan pelajar dan biarkan kami duduk macam tunggul mengharapkan bantuan sampai?!! Dah hampir setengah jam!!" Jihyo meluahkan amarahnya.

"Maaf, cikgu. Kami hanya ikut arahan." kata kelasi itu sebelum meninggalkan cikgu Jihyo yang masih lagi dengan tangisannya.

Cikgu Jihyo dapat mendengar beberapa pelajar perempuan sedang membuat video call dan menelefon ahli keluarga mereka sambil menangis.

Keadaan mereka yang sedang bertahan. Kapal itu condong dan bila-bila masa akan tenggelam.

Jihyo mengesat air matanya dan menahan nafas. Dia amat merisaukan Ketujuh-tujuh pelajarnya itu.

"Korang tak sayang cikgu ke? Kenapa tak keluar tepat waktu? Mana janji korang nak ciptakan kenangan dengan cikgu?" gumam Jihyo, air matanya keluar sekali lagi.
Kali ini tanpa henti.

*****

Ketujuh-tujuh sahabat itu duduk sambil memegang palang besi dengan erat. Sudah hampir 30 minit mereka dalam keadaan begitu. Tidak dapat ke mana-mana kerana keadaan kapal yang begitu condong. Malahan pula air laut mula memasuki bilik mereka.

"Aku rasa, mimpi semalam aku menjadi nyata." Jungkook memulakan bicara, memecahkan hening yang dipenuhi dengan esakan dan tangisan.

Air mata mereka masih lagi jatuh bercucuran, mereka memandang ke arah Jungkook.

"Mim-mimpi apa?" Hoseok menarik hingusnya. Antara semua, dialah paling teruk menangis.

"Kita semua hanyut dalam pusaran air." Jungkook tersenyum tawar seraya menundukkan kepalanya. "Maafkan aku, Taehyun ah."

"Adakah ini takdir kita? Percutian musim bunga kita menjadi percutian yang menamatkan nyawa kita?" Taehyung mencelah dengan esakan.

Mata mereka semua merah. 

"Korang ingat macamana kita boleh rapat?" Namjoon mengukirkan senyuman kecil dalam esakan.

"Takkan aku lupa momen berharga tu." sahut Jimin, matanya sembab kerana terlalu banyak menangis.

"Tak sangka, pengakhiran kita macam ni.. hehe.." Jungkook sudah pasrah, pegangannya pada palang besi kian lemah.

"Yoongi, kau okey?" Hoseok memeluk Yoongi yang kelihatan lemah di sampingnya.

"A-aku, o-okey.." balas Yoongi dengan nada yang lemah.

Kesemua mereka menahan tangisan melihat Yoongi yang tidak bermaya.

"Jom, kita buat ucapan masing-masing buat kali terakhir." Seokjin mengeluarkan kameranya sambil menahan esaknya.

"Sekurang-kurangnya kita dapat beri ucapan untuk dieorang sebelum pergi." semua memandang Seokjin dengan tangisan. "Jangan risau, kamera ni kalis air."

Kesemua mereka mengangguk. Air laut sedikit sebanyak mula memenuhi keseluruh bilik mereka sepanjang mereka melakukan video ucapan. Segala esak tangis dan berpelukan bersama-sama.

"Kim Seokjin, Kim Namjoon, Min Yoongi, Jung Hoseok, Park Jimin, Kim Taehyung, Jeon Jungkook."

Mereka bertujuh memandang sesama sendiri sambil memeluk erat bahu masing-masing. Air laut mula memenuhi semua penglihatan mereka.

"Sudah tiba masanya."

"Terima kasih Tuhan kerana mempertemukan kami."

"Selamat tinggal.."

Pandangan mereka menjadi kabur dan akhirnya bertukar gelap....

Spring Day (COMPLETED)Where stories live. Discover now