Is it you who changed (Is it you who changed)
Or is it me (Or is it me)
I hate this moment, this time flowing by
We are changed you know
Just like everyone you know
"Baiklah, semua pelajar. Hari pun hampir petang. Setiap kelas saya asingkan bilik kabin untuk lelaki dan perempuan. Kunci bilik akan saya amanahkan pada ketua kelas." terang Cikgu Jihyo.
"Semua dibenarkan untuk berehat, bersiap-siap diri lepastu makan malam tepat jam 8 malam ni. Ketua kelas, tolong amik peranan ya?"
"Baik!"
"Sorry korang, bilik last kita dapat." ujar Seokjin sebaik sahaja mereka tiba di bilik mereka. "Kelasi tu kata esok pagi dieorang akan bagi jaket keselamatan untuk kita sebab bilik lain semua ada."
"Ada empat katil je weh.." Namjoon meletakkan beg sandangnya. "Jauh betul bilik kita weh!"
"Aku nak katil atas!" Jimin meletakkan begnya di katil atas.
"Boleh ke kau panjat pendek?" perli Yoongi.
"Tangga ada kan tu." cebik Jimin sambil menjuihkan bibirnya ke arah tangga katil.
"Orang ketinggalan zaman je guna tangga." seloroh Jungkook.
"Haha.." mereka semua ketawa. Seronok mengenakan Jimin.
"Korang nak kongsi bilik ke nak tumpang bilik lain?" soal Seokjin.
"Biarlah sesempit mana pun ruang, asalkan kita tetap bersama, gitu.. Korang nak ke tidur bilik lain?" balas Namjoon.
Semua menggeleng tidak mahu. Lagi pula mereka sudah biasa bersama.
"Kita kemas barang dulu. Boleh je share katil semua." cadang Taehyung.
"Aku nak mandi." ujar Jungkook sambil mengeluarkan barang mandinya dan menuju ke arah bilik air.
"Lepas kau aku wei." seloroh Hoseok. Seokjin, Jimin dan Namjoon mengemas barang mereka.
"Aku tidur kejap," Yoongi merebahkan tubuhnya. Penat. Sejak feri bertolak lagi kepalanya pening.
*****
"Soobin? Kau okey?" soal Yeonjun sambil melambaikan tangannya di hadapan muka Soobin. Tersentak Soobin seketika.
"Ha? Hurm. Aku okey." kata Soobin sambil membetulkan duduknya pada keadaan menegak. Mereka berdua sekarang berada di kafe.
"Tipu, aku kenal kau dah lama Bin, citer la." desak Yeonjun.
Soobin menghela nafasnya dalam sebelum memulakan kata-katanya.
"Aku mimpi buruk pasal Seokjin hyung dan kawan-kawan dia banyak kali sejak dia kata ada lawatan ke Pulau Jeju tu."
"Termasuk hyung aku?"
Soobin mengangguk sambil meramas rambutnya perlahan.
"Aku takut mimpi itu jadi kenyataan Jun. Aku takut.."
Yeonjun memeluk erat bahu Soobin. Meskipun dia kelihatan cuba menenangkan sahabatnya itu namun dalam hatinya sudah bergelora dengan penuh debaran.
Moga baik-baik saja.
****
"Cepat, bangun! Siap-siap makan malam" Seokjin membebel sambil menggerakkan Jungkook dan Yoongi yang sudah tertidur pulas di atas katil. Namjoon dan yang lain telahpun pergi cop tempat di ruang makan feri.
Yoongi sudahpun bangun dan bersiap-siap untuk pergi. Hanya Jungkook sahaja yang termenung sebaik sahaja dia dikejutkan.
"Jungkook, kau okey?" Seokjin menuju ke arah Jungkook yang sedang mengelamun, wajahnya seakan ketakutan. Yoongi sudahpun keluar.
"Aku mimpi pelik." ujar Jungkook. Seokjin menaikkan satu alisnya.
"Mimpi apa?"
"Ki-kita semua jatuh da-dalam pusaran air.." Jungkook menutup mukanya dan menangis. Sungguh dia merasakan mimpi itu amat nyata.
"Dah dah, kau tidur petang Kook, sebab tu orang dulu-dulu pesan jangan tidur petang kan dapat mimpi pelik-pelik." Seokjin memeluk erat Jungkook.
"Aku takut.." ujar Jungkook pelan.
"Jangan difikirkan sangat okey? Kita akan baik-baik je." Seokjin cuba memujuk Jungkook.
Jungkook mengangguk pelan dan mengesat air matanya.
"Pergi basuh muka, aku tunggu kau nak kunci pintu. Semua orang dah ada kat sana." ujar Seokjin.
Entah mengapa mendengar mimpi Jungkook membuatkannya teringat pada mimpi Soobin.
YOU ARE READING
Spring Day (COMPLETED)
FanfictionUntil the days of spring Until the days of flower blossoms Please stay, please stay there a little longer Started: Ogos 2020 Ended : Ogos 2020