3

241 80 9
                                    


Like the tiny dust, tiny dust floating in the air

Will I get to you a little faster

If I was the snow in the air






Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kesemua pelajar tahun akhir telahpun berkumpul di tempat perhimpunan.

"Baiklah, semua pelajar. Tolong diam dan beratur ikut kelas masing-masing." arah Jihyo dengan menggunakan mikrofon.

Semua pelajar patuh dengan arahan yang diberikan.

"Semua ketua kelas, minta kumpulkan borang kebenaran dan hantar kat saya."

Seokjin tersenyum sinis mendengarkan arahan yang diberikan. Kebetulan dia adalah ketua kelas.

"Mana borang, cepat. Cepat." angkuh arahannya.

"Eleh, minta borang je pun macam minta hutang." Namjoon menumbuk pelan bahu Seokjin membuatkan Seokjin ketawa kecil.

"Eh, mana anak Jeon?" soal Seokjin sebaik sahaja semua borang kebenaran kelasnya dikumpul.

"Dia pergi tandas jap. Ni, borang dia minta aku hantar." Yoongi menghulurkan borang milik Jungkook.

****

"Huh, lega." Jungkook membasuh tangannya di wastafel. Dia tidak boleh lama-lama di situ. Sebaik sahaja dia mahu melangkah keluar, tiba-tiba dia ternampak seseorang dan menuju ke arah orang itu.

"Hyung?" orang itu terkejut kerana Jungkook memeluknya. Tidak lain tidak bukan adalah Jeon Taehyun. Adiknya. "Kenapa tiba-tiba ni?"

"Saja, rindu." Jungkook memeluk adiknya. "Nanti bila aku balik, kita main game sama-sama." ujarnya sebelum berlari meninggalkan Taehyun yang terpinga-pinga.

"Hyung..." Taehyun berasa sebak. Kenapa kelakuan abangnya itu amat pelik? Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati. Seolah-olah ada perkara yang buruk bakal terjadi.

*****

"Mana kau pergi?" tanya Hoseok sebaik sahaja melihat Jungkook yang baru tiba sambil menggalas beg sandangnya. Mereka semua sedang beratur menaiki bas.

"Jumpa Taehyun."

"Ouh,"

"Mana yang lain?" tanya Jungkook.

"Dah naik semua. Dieorang ni ah, paksa aku suh tunggu kau naik sekali. Pasal tempat duduk dieorang dah jagakan."

"Good." ujar Jungkook ringkas kerana sudah tiba gilirannya untuk menaiki bas.

Perjalanan dari sekolah ke pelabuhan Incheon mengambil masa 2 jam lamanya. Dalam bas itu menjadi riuh dengan ketujuh-tujuh pelajar itu sedikit sebanyak menghiburkan rakan-rakan sekelasnya yang lain dan cikgu Jihyo.

"Baiklah semua pelajar, kita dah sampai. Turun dengan keadaan beratur, jangan tolak-tolak. Ketua kelas, tolong bimbing anak buah masuk dalam." arah Cikgu Jihyo.

Semua pelajar menuruti tanpa membantah.

"Huhu, tiba-tiba seram." Hoseok memeluk tubuhnya. Kini, mereka semua telahpun masuk ke dalam perut kapal.

"Ni first time aku naik, wah..." Taehyung memandang persekitaran kapal itu.

"Selamat datang saya ucapkan kepada para pengunjung, feri yang dinaiki oleh kamu semua adalah Sewol Ferry Kita akan berlepas dari Incheon ke Pulau Jeju dalam masa lima minit lagi. Harap maklum." suara pengumuman dari corong speaker itu membuatkan semua pelajar menjadi riuh.

"Wah, tak sabarnya!"

"Jom amik gambar kat sana!"

Kedengaran beberapa pelajar perempuan yang begitu teruja. Pasti ini kali pertama mereka menaiki feri yang besar itu.

"Jom, korang tengok laut." ajak Namjoon.

"Cikgu! Jom nanti amik gambar dengan kami!" Jimin melambai-lambai ke arah cikgu Jihyo yang sedang bergambar dengan pelajar perempuan kelasnya.

Cikgu Jihyo membalas lambaian Jimin dengan anggukan kecil.

"Wah, cantik gak pemandangan laut kat pelabuhan ni." Jungkook mendepakan tangannya.

Seokjin membuka kamera yang baru dibelinya itu dan mula merakam.

"Hai, dongsaeng! Hyung sekarang ada kat kapal. Kau nak tengok tak? Meh aku bawa kau pusing satu feri ni." Seokjin memegang kamera digitalnya itu.

"Semua, tengok sini! Cakap hai kat adik aku. Hai Soobin!" kata Seokjin seraya menggerakan kamera ke arah rakan-rakannya itu.

"Hai Soobin!" keenam-enam yang lain melambai-lambai ke arah kamera. Kemudian dia menuju ke arah yang lain.

"Para penumpang sekalian diminta untuk bersedia di tempat masing-masng. Feri akan berlepas sekarang." pengumuman dari corong speaker itu membuatkan semua yang lain berasa teruja.

"Yeay nak gerak!"

"Cikgu! Jom amik gambar!" laung Taehyung. Cikgu Jihyo tersenyum dan menuju ke arah mereka berenam.

"Mana Seokjin?"

"Haah la mana dah? Ha tu! Seokjin! Amik gambar kiteorang!"

Seokjin tersenyum dan berlari ke arah mereka, terleka sangat dia merakam video untuk adiknya tadi.

Spring Day (COMPLETED)Where stories live. Discover now