7

276 78 12
                                    

I try to exhale you in pain

Like smoke, like white smoke

I say that I'll erase you

But I can't really let you go yet







"Anneyoung!

Korang semua sihat? Kami sihat je ni walaupun terpaksa pegang palang besi ni. Hehe. Lenguh jugak!

Saya, Kim Seokjin.

Kim Namjoon.

Min Yoongi.

Jung Hoseok

Park Jimin

Kim Taehyung

Jeon Jungkook

Kami nak minta maaf kalau kami pernah buat salah silap dengan korang semua hiks..terutamaya rakan sekelas kami. Kami banyak cakap, suka hebohkan kelas hehe. Jangan jadi macam kami pulak bising dalam kelas, hiks.. cuma kami je boleh hehe.

Kepada junior-junior kami, jangan nakal-nakal hiks, belajar rajin-rajin. Maafkan kami sebab tak boleh ajar kamu semua lagi kalau kamu nak.

Kepada omma hiks... dan appa kami, maafkan kami kerana tidak dapat balik rumah lagi. Maafkan kami kerana mungkir janji kami hiks... Maafkan kami kerana menipu omma dan appa.

Terima kasih kerana lahirkan, hiks.. berikan makanan dan minuman hiks..., menjaga dengan penuh kasih sayang dan hiks.. melayan kerenah kami. Maafkan kami kerana terlalu awal pergi.

Dan kepada adik beradik kami, Soobin hiks... Yeonjun, Beomgyu hiks.. , Taehyun dan Hueningkai maaf kerana dapat teman korang membesar sama-sama hiks..Maaf kerana tinggalkan korang sorang-sorang. Lepasni, takdelah kongsi cerita, lepak kedai makan malam-malam, gaduh-gaduh. Maafkan hiks.. hyung-hyungmu ini ya?

Kepada guru kelas kami hiks..cikgu Jihyo. Terima kasih kerana menerima hiks..paksaan untuk temankan kami lawatan ini. Maafkan kami sebab tak dapat.. Hiks... Hisk.. cipta kenangan manis bersama untuk kali yang terakhir. Kami sayang cikgu sangat-sangat. Jangan lupakan semua kenangan kita ya cikgu? Hiks.."

Bush!!

"Waa, nampaknya, masa mencemburui kita la, air laut dah banyak masuk. Kami hiks.. minta maaf sebab tak boleh buat video lama-lama.

Terima kasih kerana mendengar dan melihat video terakhir hiks.. kami, moga ia dapat disimpan sebagai kenangan yang terindah.

Selamat tinggal."


Klek!

Tayangan berdurasi 25 minit itu akhirnya sudah berakhir. Air mata keluarga dan mereka yang terlibat sudahpun membanjiri bilik rakaman itu. Segala raungan dan teriakan kesal memenuhi segala rongga pendengaran.

Tragedi Feri Sewol itu telah meragut 304 penumpang termasuk ketujuh-tujuh pelajar itu dan pelajar lain yang terperangkap.

Kamera itu dijumpai  oleh pihak berkuasa dalam keadaan diletakkan di sebuah beg yang diikat kemas di palang besi katil bilik yang diduduki oleh ketujuh-tujuh pelajar itu dan kamera itu berfungsi dengan baik kerana kalis air serta sangat berjenama. Ketujuh-tujuh pelajar itu ditemui dalam keadaan yang tidak bernyawa sambil memeluk bahu masing-masing.

Cikgu Jihyo menahan esakannya di hadapan laptopnya. Dari awal video itu ditayangkan, dia tidak mampu menahan air matanya itu daripada terus jatuh.

Wayar kabel yang bersambung pada kamera itu ditanggalkan oleh Cikgu Jihyo dan  lantas dia meluru ke arah Soobin yang sedang menangis teresak-esak di dakapan Puan Kim.

"Anneyeong, saya cikgu Jihyo. Saya nak serahkan kamera milik Kim Seokjin." tutur cikgj Jihyo sambil menahan air matanya daripada terus keluar.

"Terima kasih cikgu."

Di satu sudut, marga bernama Jeon Taehyun sudahpun melepaskan tangisan. Tidak disangka, perbuatan aneh hyungnya itu adalah petanda abangnya itu akan pergi selama-lamanya.

"Mana janji kau hyung? Kata nak main game sama-sama balik nanti!" Taehyun memegang dadanya. Terasa sangat sebak sehinggakan dia terpaksa dipujuk oleh Puan Jeon dan Tuan Jeon.

*****

Soobin memasang wayar kabel pada kamera dan menyambungnya pada laptop miliknya.

Tiba-tiba muncu figura yang sangat dirinduinya pada skrin itu.


"Hai, dongsaeng! Hyung sekarang ada kat kapal. Kau nak tengok tak? Meh aku bawa kau pusing satu feri ni."

"Hai hyung, mestilah nak." entah mengapa Soobin membalas. Seolah-olah di sedang bervideo call dengan Seokjin.

"Semua, tengok sini!  Cakap hai kat adik aku. Hai Soobin!"

"Hai Soobin!" keenam-enam rakan yang lain melambai-lambai.

"Hai, sunbaenim." entah mengapa Soobin berasa sebak melihat wajah-wajah ceria itu melambai ke arahnya.

"Ah, jom hyung bawa kau sekeliling kapal. Kau nak kan? Let get it!"

Kedengaran suara Seokjin ketawa. Satu feri dia rakam.

"Huh, penatnya." kelihatan Seokjin melepaskan lelahnya dengan bersandari di dinding kabin.

"Soobin ah.." Seokjin menfokuskan tatapannya pada kamera.

"Aku sayang kau. Kau sayang aku kan?"

"Mestilah aku sayang kau hyung. Sangat sayang." air mata Soobin mula menitis.

"Aku sayang kau, sayang omma. Kalau aku jumpa appa satu hari nanti, janji dengan aku yang kau kena jaga omma baik-baik tau."

Esakan Soobin menjadi kuat.

"Baik hyung, aku janji."

"Aku tahu kau boleh buat. "  sempat Seokjin memberi wink.

"Seokjin! Amik gambar kiteorang!" kedengaran suara orang memanggilnya.

"Sampai kat sini je la dulu. Ada masa aku rakam lagi ek? Aku nak amik gambar dulu. Bye!"

Klek!

Soobin menutup wajahnya yang sudah lencun dengan air matanya.

"Aku janji hyung.. Aku janji..."

Spring Day (COMPLETED)Where stories live. Discover now