Yes I hate you, you left me
But I never stopped thinking about you, not even a day
Honestly I miss you, but I'll erase you
'Cause it hurts less than to blame you
Malam itu, semua penumpang tidur lena. Namun tidak bagi Seokjin, dia memikirkan mimpi-mimpi yang dia dengari daripada Jungkook dan Soobin.
Dua mimpi yang sama. Seokjin menghela nafasnya.
"Ja..ngan.. " suara Jungkook yang sedang mengigau itu menghentikan lamunannya. Kebetulan Jungkook tidur di sebelahnya.
"Jungkook?" Seokjin cuba membangunkan Jungkook. Namun dia sendiri terpana melihat butiran air mata yang terhasil di bawah mata Jungkook. Meskipun gelap, namun dapat dilihat kerana samar-samar cahaya bulan malam itu.
"Aku takut.. " tutur Jungkook dalam keadaan yang masih memejam mata.
Tanpa segan Seokjin memeluk erat tubuh Jungkook."Shu..shu...dah..dah.Tidur, aku ada sebelah kau."
*****
"Pukul 7.30 pagi nanti semua ada kat tempat makan, kalau lambat makanan habis!" laungan cikgu Jihyo membuatkan semua pelajar menggeliat di tempat tidur mereka masing-masing.
"Bangun, siap-siap dan mandi!"
"Nae!" sahutan demi sahutan yang diterima oleh cikgu Jihyo sebaik sahaja melewati setiap bilik.
"Cepatlah Yoongi! Kau ni! Nanti makanan habis jangan nak mintak ngan kiteorang ek.." berkali-kali Hoseok cuba menarik lengan Yoongi yang malas bangun. Semua orang punyalah siap dia sahaja yang masih santai di katil.
"Aku sebenarnya mabuk laut.." Yoongi memicitkan pelipisnya. "Sebab tu aku banyak tidur, hilanglah sikit rasa mabuk tu."
"La, asal tak kasitahu?" bebel Seokjin sambil meluru ke arah Yoongi.
"Nak aku panggil kan cikgu tak?" Namjoon menawarkan diri.
Yoongi menggelengkan kepalanya. "Aku ada je ubat, amik jap. Haih, lupa pulak." jarinya ditunding ke arah beg sandang di sebelahnya. Pantas Seokjin mengambil dan menghulurkannya kepada Yoongi. Yoongi menyambut huluran itu dan menelan ubatnya.
Buk!
Tiba-tiba feri itu bergegar dengan sangat kuat, menyebabkan mereka terhuyung-hayang.
"Pegang apa-apa yang tak bergerak!" arah Seokjin. Keenam-enam mereka serentak memegang palang besi katil. Jelas terpapar riak terkejut pada setiap wajah mereka.
"Apa yang terjadi?" sebelah tangan Hoseok memegang erat lengan Yoongi yang berpaut pada palang katil.
Seokjin mengalihkan tubuhnya kepada Jungkook yang sudah berketar-ketar memegangnya. Mujurlah dia sempat menuju ke arah Jungkook.
"Macamana kita nak keluar ni?" soal Jimin panik. Semua barang mereka telahpun jatuh bersepah akibat gegaran tadi dan menghalang jalan pintu mereka.
"Kita susun barang yang bersepah ni dulu." arah Namjoon.
Belum sempat mereka menuju untuk mengutip barang, feri itu mendadak condong menyebabkan mereka hampir tersembam. Mujur mereka masih berpaut pada batang besi katil.
"Yah! macamana kita nak keluar?" Taehyung menjadi panik. Mereka semua diam sejenak. Mereka pasti, hanya mereka sahaja yang berada di dalam bilik, rakan-rakan dan guru yang lain semua sudah berada di tempat makan.
"Semua penumpang, diminta bertenang. Sila pakai jaket keselamatan yang tersedia dan kembali ke kabin masing-masing. Jangan bergerak ke mana-mana."
"Masalahnya cuma bilik kita je takde jaket keselamatan sebab bilik kita ni bilik lama!
Mereka bertujuh panik.
****
"Semua orang okey?" Cikgu Jihyo panik, sememangnya sejak feri itu bergegar sehinggalah hampir condong, dia tidak habis-habis menanyakan itu.
"Baik-baik, cikgu." tutur beberapa orang pelajar yang bertahan dengan memegang palang feri.
"Semua bergerak ke kabin depan hujung sana kerana keadaan kapal mencondong. Pastikan jangan banyak bergerak dan duduk diam-diam."
Satu persatu Jihyo memerhatikan segenap wajah pelajar yang melewatinya. Kejap?
"Mana Seokjin dan kawan-kawan dia?!" soal cikgu Jihyo separuh menjerit. Setahunya, bilik yang diduduki oleh ketujuh-tujuh pelajar itu paling belakang dan memandangkan feri itu condong...
"Tolong! Sesiapa selamatkan pelajar-pelajar saya!"
YOU ARE READING
Spring Day (COMPLETED)
FanfictionUntil the days of spring Until the days of flower blossoms Please stay, please stay there a little longer Started: Ogos 2020 Ended : Ogos 2020