8

360 78 27
                                    


Passing by the edge of the cold winter

Until the days of spring

Until the days of flower blossoms

Please stay, please stay there a little longer








"Baiklah, murid-murid. Esok merupakan hari last sekolah." cikgu Jihyo tersenyum seketika sebelum menunduk.

"Hari ini saya mahu menyerahkan buku laporan kamu."

"Kim Seokjin.." air mata cikgu Jihyo tumpah jua.

Dia seakan lupa bahawa nama yang disebutnya sudah pergi.

Meja tujuh pelajar kesayangannya itu dipenuhi dengan pelbagai rangkaian bunga yang tersusun rapi.

Di kelasnya, hanya hanya mereka bertujuh sahaja yang pergi. Pelajar yang lain semua selamat.

"Cikgu.. " semua murid dalam kelas itu meluru untuk memeluk cikgu Jihyo yang sudah menangis sambil mendakap laporan itu.

"Kenapa mereka pergi cepat sangat, waee!" cikgu Jihyo cuba menenangkan dirinya meskipun hatinya masih lagi terasa sakit dengan pemergian mereka bertujuh.

Semua pelajar yang lain turut menangis. Mereka juga merasakan kehilangan tujuh pelajar yang sentiasa menghebohkan kelas mereka itu.

****

Setahun kemudian.

Soobin melangkah pelan melintasi deretan jalan yang dipenuhi ratusan kelopak bunga sakura yang gugur. Tangannya tidak lepas daripada memegang kamera digital milik Seokjin itu.

"Hyung, sedar tak sedar dah setahun kau tinggalkan aku dan omma." Soobin duduk di sebuah bangku berhampiran.

"Kau pergi pada masa musim bunga hyung.."

Soobin tersenyum kecil kepada kamera itu, seolah-olah kamera itu adalah Seokjin.

"Kau tahu hyung? Keputusan markah akhir tahun kau sangat terbaik hyung. Kau dapat nombor satu! Dapat kalahkan Namjoon sunbae. Aku dan omma bangga gila kat kau."

Kamera itu diusap perlahan.

"Tapi aku sunyi hyung, semenjak kau takde aku takde teman gaduh dan gurau kasar 24 jam. Takde dah yang suka kusutkan rambut aku.

Syukur kat sekolah ada Yeonjun, Beomgyu, Taehyun dan Hueningkai. Kami rapat sangat-sangat. Perangai dieorang sama je dengan hyung-hyung dieorang."

"Kami pun rapat dengan cikgu Jihyo sekarang. Dia baik sangat hyung, selalu cerita kat kiteorang pasal hyung dan kawan-kawan hyung. Sayang betul dia kat korang semua."

Dan gambar hyung dan kawan-kawan hyung ada kat senarai pelajar yang bersejarah kat sekolah Semua orang kenal kau hyung... Hebat kau..."

Soobin terdiam seketika sebelum melanjutkan bicaranya.

"Aku rindu dan sayang sangat kat kau hyung."

Kamera itu dipeluk erat. Tanpa dia sedar, puluhan debunga sakura jatuh berguguran di tempat sebelahnya.

Aku pun rindu dan sayang kan kau juga Soobin ah..'



Snowflakes fall down

And get farther away little by little

I miss you (I miss you)

I miss you (I miss you)

How long do I have to wait

And how many sleepless nights do I have to spend

To see you (to see you)

To meet you (to meet you)





-Tamat-

Akhirnya dah tamat short story ni.

Maaf atas segala kekurangan dan kehambaran pada setiap penulisan.

Spring Day (COMPLETED)Where stories live. Discover now