@raayou_
Mempersembahkan
Faded || Jjk
____
Character ;
+ Jeon Jungkook +
+ Yoo Ara +
____
“Kau sedar kau tak dingin bila bersama dia. Kau lembut sangat dengan dia. Dia yang mengubah sisi dingin kau jadi lembut. Dia sayang kau, jadi hargai dia.”
____
“Semua ini berlaku disebabkan kesalahan awak.”
____
Introduction ;
Jeon Jungkook, ketua kumpulan mafia yang terbesar di Asia. Mereka terdiri daripada tujuh ahli termasuk Jungkook. Enam ahli yang lain bukan saja kumpulannya malah sudah menjadi sahabat, abang kepadanya dan juga dianggap keluarga.
Mereka sudah bersama sejak 10 tahun lalu. Semuanya sudah mengenali diri masing-masing. Apa yang disuka, apa yang tidak disuka. Bagaimana perangainya seorang ini dan bagaimana pula dengan seorang lagi.
Semua itu sudah mereka bertujuh sematkan dalam diri sebagai peringatan sebelum bertindak atau terlepas kata bagi tidak mengguriskan hati yang lain.
Ahli yang terdiri tidak lagi kita perlu tercari-cari dan berkejar-kejar mahukan maklumat mereka kerana mereka bertujuh sangat terkenal. Semua orang di pelosok dunia mengenali dan menggeruni mereka.
Tiada siapapun yang berani mahu menimbulkan masalah dengan mereka bertujuh kerana merasakan diri mereka itu adalah seorang yang tidak berperikemanusiaan.
Namun, sangkaan orang ramai itu adalah salah dan teramat salah. Mereka mungkin nampak tidak berperikemanusiaan, dingin dan kental semangat di luar tetapi jauh di sudut hati mereka, mereka masih mempunyai hati yang nurani.
Masih mempunyai sifat yang lemah. Kerana mereka hanyalah seorang insan yang tidak sempurna.
Mereka itu adalah, Kim Seokjin, Min Yoongi, Jung Hoseok, Kim Namjoon, Kim Taehyung, Park Jimin dan yang terakhir...
Jeon Jungkook.
Tetapi lain pula dengan si heroin. Dia seorang gadis biasa yang bekerja sebagai ketua tukang masak di hotel milik Park Jimin sendiri. Walaupun Jimin seorang ahli mafia, dia juga masih mencari wang yang halal dengan menguruskan hotel besar yang kini sudah hampir lima tahun usianya.
Nama diberi daripada mendiang keluarga si heroin ialah Yoo Ara. Yoo Ara, tiada keluarga sejak tiga bulan lalu akibat kemalangan. Hanya dia seorang yang terselamat. Ibu bapanya lebih disayangi oleh tuhan.
Hatinya tika itu bagaikan dirobek-robek. Bagaimana sakit yang dirasai, hanya tuhan yang mengetahui. Orang yang disayangi sudah pergi meninggalkan dirinya. Kini dia sebatang kara memandangkan dirinya adalah anak tunggal.
Namun, kata orang, hidup perlu diteruskan. Ayat itulah yang Ara sentiasa sematkan di dalam otak dan hatinya sehingga sekarang dia bahagia dengan kehidupannya. Dikelilingi oleh rutin kerjanya dan rakan-rakan yang menyenangkan dan sentiasa ada bersama tatkala susah dan senang.
Perwatakannya berbeza sungguh dengan Jeon Jungkook yang dingin dan kurang menunjukkan kasih sayang akibat tidak mendapat kasih sayang yang cukup oleh keluarganya yang sentiasa sibuk dengan kerja dan dia diabaikan begitu sahaja.
Hanya orang gaji dan abang-abangnya sahaja yang ada sekadar peneman.
Hari-hari riak ketat dan sifat sombong menemani Jungkook tatkala waktu bekerja sehingga semua pekerja dalam syarikat persendiriannya pun naik gerun. Kadang-kadang mulut tidak boleh tahan celupar, mengutuk sahaja bos mereka jika jejaka itu tiada.
Kutukan itu tidak bertahan lama apabila Jeon Jungkook memasang kamera litar tertutup dan perakam suara bagi mengesan perbualan pekerjanya. Suara pekerjanya terlalu jelas untuk didengari.
Maklumlah dia tiada di pejabat, senang-senang sahaja mereka boleh mengutuknya sesuka hati dengan nada lantang. Habis dipecat pekerja yang mengutuk akan dirinya itu.
Berbalik pada perwatakan si heroin, dia seorang yang gembira. Sentiasa senyum dan ketawa sepanjang masa. Dia akan sentiasa berada di sisi rakannya tatkala mereka senang atau susah. Jika rakannya sedih, dia ada sebagai pendengar dan penghibur.
Akan dia keluarkan segala lawak hambarnya untuk menceriakan rakannya yang sedih itu. Ini kerana dia tidak suka melihat rakannya sedih. Cukup dia sahaja yang sedih.
Pernah dengar perkataan klise?
Itulah diri Yoo Ara. Sangat klise. Gembira dan tampak kental semangat di luar tetapi apabila dia berseorangan, dia sentiasa menangis. Menghamburkan semua rasa yang terbuku di hati. Namun, dia bukan gadis biasa. Dia mempunyai kuasa.
Kuasa di mana dia dapat menyeru buah hati meskipun mereka berjauhan. Dan buah hatinya juga boleh mendengar seruan Ara bila-bila masa sahaja. Itu membuatkan mereka senang berkomunikasi.
Tetapi ianya jarang sekali diguna oleh Ara. Kerana kuasa itu sangat biasa dan lapuk baginya. Jadi jangan hairan jikalau kuasa itu tidak diperihalkan sama sekali atau jarang diperihalkan.
Ramai selalu berkata, perbezaan yang terlalu ketara dalam diri pasangan tidak dapat membuahkan hasil yang bagus namun, tidak bagi si hero dan heroin. Mereka dipertemukan dengan perwatakan dan ciri yang berbeza membuatkan mereka jatuh cinta dan saling melengkapi di antara satu sama lain.
____
“You make decisions without thinking about the risks that will occur in the present.”
Nantikan,
Faded || Jjk
by
@raayou_
YOU ARE READING
[C] Faded ; jjk
Fanfiction"You make decisions without thinking about the risks that will occur in the present." Si dingin bersatu dengan si periang, bagaimanakah kesudahan mereka berdua? credit cover to @baesoozeu- status ; complete