07

497 85 32
                                    

Tut.

Jiah menyimpan telefon pintar berjenama Apple ke dalam tas tangan. Dia menoleh ke belakang, wajah Jaehyun yang tampak gusar menerombosi iris mata coklatnya.

"Macam mana? Dia cakap apa? Dia okey tak?" soal Jaehyun bertubi-tubi. Jaehyun berkerut seribu dahinya sebaik sahaja Jiah melepaskan tawa kecil. Perasaan hairan mencengkam dirinya. Kenapa gelak?

Panik. Panik. Panik. Panik.

Itulah perkataan yang mengambarkan diri Jaehyun tatkala Jiah memberitahu bahawa Ara lari daripada majlis perkahwinan sebentar tadi. Bukan saja panik tetapi, dia rasa seperti mahu meletup kerana ada bom atom yang sedang menguasai perutnya tika itu. Tiba-tiba datang pula berita Ara melarikan diri, lagilah dia rasa mahu meletup.

Puas mereka berdua berlari di sekitar bandar Seoul semata-mata untuk mencari Ara namun gagal ditemui. Berkali-berkali juga Jiah dan Jaehyun cuba menghubungi Ara melalui telefon tetapi semuanya tidak berjawab.

Namun, Tuhan telah memudahkan kerja mereka dengan Ara menghubungi mereka semula beberapa detik yang telah berlalu tadi.

"Dia okey. Dia cuma nak bersendirian itu saja. Dia tak nak kita ganggu dia." Keluhan lega Jaehyun lepaskan setelah mendengar jawapan Jiah.

"Okeylah kalau macam tu. Aku balik dulu. Kau nak aku hantar kau balik ke?" Jiah menggeleng pelan dengan senyuman tipis terukir di bibir manisnya.

"Tak perlu. Boyfriend aku datang ambil nanti. Nak keluar." balas Jiah. Jaehyun mengangguk sebelum beredar pergi.

____

"Aku okey. Aku cuma mahu bersendirian. Kau orang tak perlu cari aku mahupun call atau text. Aku betul-betul perlukan masa untuk tenangkan diri. Bye."

Ara menitipkan pesan pada Jiah melalui telefon agar berikan dia masa dan ruang untuk bertenang. Tanpa menanti balasan rakannya itu, Ara terus menamatkan panggilan.

Keluhan kecil dihelakan.

Kotak fikirannya terus memutar semula kejadian di mana dia hampir membunuh diri. Ara nyaris melayang nyawanya tetapi Tuhan masih mahu dia hidup lama. Jadi dia diselamatkan oleh seorang lelaki sehingga lelaki itu mempunyai luka di bahagian lengan.

Sekali lagi dia melepaskan keluhan yang sangat berat. Kepalanya ditumbuk pelan apabila diri ini terasa sangat bodoh. Sanggup membunuh diri hanya sebab cinta. Ini perkara bodoh yang Yoo Ara pernah lakukan.

Telefon dibawa ke sisi tubuh sambil dia menoleh pandang ke arah lelaki yang menyelamatkannya, sedang duduk di salah satu kerusi di klinik dengan sebelah lengan yang berbalut.

Dengan perlahan langkah diorak ke arah lelaki tersebut dan dia melabuhkan punggung di sebelah pada kerusi yang kosong. Mata Ara merenung lengan lelaki itu yang berbalut. Perasaan serbasalah menerpa diri secara serta merta ibarat seperti dirinya terkena renjatan elektrik secara mengejut.

"Jungkook ah, erm... lengan awak, masih sakit?" Pertanyaan Ara hanya dibalas renungan tajam oleh Jeon Jungkook menyebabkan Ara segera menunduk akibat berasa gerun.

Bukan gerun tetapi sangat gerun. Lebih lagi apabila renungan tajam itu datang daripada tuan badan yang sememangnya sejak azali lagi sudah bersikap dingin dan jarang menguntum senyum. Itu menjadikan aura di sekeliling mereka terasa lebih seram dan dingin.

"Seronok ke bunuh diri?" Soal Jungkook sinis. Wanita di sebelahnya itu sudah bungkam dengan kata-kata. Lidahnya terasa kelu untuk bersuara. Apa punya soalan ni? Mestilah tak seronok. Hiks.

 [C] Faded ; jjkWhere stories live. Discover now