Hi, sorry lama tak update. Saya sibuk dan kusut sedikit. Jadi update fanfic ni pun dah jadi slow. Tapi jangan risau, saya akan cuba update sehingga habis. Fanfic ni mungkin ada 50 chapter. So kalau kita count balik, tinggal 12 chapter lagi. Tapi kemungkinan sahaja. Kalau lebih, lebihlah. Kalau kurang, kuranglah. And thank you for 4.88k reads dan 1.05 votes! Love you guys! Happy reading ❤❤
_____
Lima bulan kemudian.
"Ehe, wanginya awak. Awak pakai perfume ke?" Soal Ara dengan senyuman suka tidak lekang di bibir. Wangian maskulin tubuh Jungkook dicium sebelum dia mendongak, memandang lelaki itu.
"Tak adalah sayang. Aku tak pakai perfume."
"Tapi awak wangi. Saya suka." Kata Ara, pelukan di tubuh Jungkook semakin dieratkan. Wajah gebunya semakin menyembam di bidang dada milik Jungkook.
Wangian asli yang hadir dari tubuh Jungkook dicium tanpa henti. Dia amat suka akan bau wangian ini. Amat lembut dan tidak terlalu menusuk rongga hidungnya.
Sebuah senyuman lebar terlakar, menghiasi wajah kacak Jungkook. Lengan kekar yang terdapat di pinggang Ara mula naik ke rambut gadis itu. Dia mengelus lembut rambut Ara.
Sesekali dia menghidu aroma syampu yang sungguh mengasyikkan sehingga dia terleka berada di dalam dakapan sang isteri. Lebih-lebih lagi di malam hari. Memang sungguh menenangkan!
"Jungkook." Panggil sang isteri. Jungkook sekadar bersenandung sebagai respon. Dia terlalu asyik menghidu aroma syampu yang bersatu dengan rambut Ara.
"Baby kita lagi empat bulan nak keluar. Awak dah fikir nama?" Pelukan antara mereka berdua mula longgar. Mata bertaut antara satu sama lain.
"Nama? Kita dah tahu jantina ke sayang?"
"Nak decide nama pun perlukan jantina ke awak?"
"Yalah, perlulah. Kalau tak macam mana nak letak nama kalau tak tahu jantina?"
"Ish, awak ni! Tak faham ke maksud saya? Maksud saya, dah kita belum tahu jantina, decide jelah siap-siap untuk lelaki dan perempuan. Nanti senang. Kalau lelaki, guna nama lelaki yang kita decide. Kalau perempuan, gunalah nama perempuan yang kita decide. Itu pun susah ke?"
"Alah sayang. Mana aku tahu. Kata-kata kau tu tak jelas lah." Ara menggulingkan bebola matanya sebelum kembali bersuara.
"Tak jelas konon. Awak tu yang sebenarnya lembab. Ey, macam mana saya boleh jatuh cinta dan kahwin dengan lelaki lembab macam awak ni?" Kerana emosi yang berbolak-balik semasa mengandung, Ara terus mengungkapkan kata-kata tanpa memikirkan hati dan perasaan Jungkook.
Namun dia beruntung kerana Jungkook tidak termakan hati. Jungkook mengerti akan emosinya yang asyik bertukar-tukar tanpa sebab. Hampir enam bulan Ara mengandung, jadi lelaki itu sudah mula terbiasa dengan keadaan sebegini.
"Eleh sayang. Lelaki yang kau kata lembab nilah dah ajar kau sesuatu yang luar biasa."
"Apa dia? Perkara apa yang luar biasa sangat tu?" Bidas Ara dengan nada sarkastik. Jungkook tersenyum senget. Bibirnya menghampiri cuping telinga Ara dalam rentak yang perlahan.
YOU ARE READING
[C] Faded ; jjk
Fanfiction"You make decisions without thinking about the risks that will occur in the present." Si dingin bersatu dengan si periang, bagaimanakah kesudahan mereka berdua? credit cover to @baesoozeu- status ; complete