Perkarangan rumah Ara hingar-bingar dengan karaoke yang dibuat oleh tuan rumah sendiri. Sesambil itu, gadis tersebut menyidai bajunya. Suaranya yang nyaring dan menganggu keamanan jiran-jiran langsung tidak dihiraukan. Janji dia dapat berseronok di hujung minggu.
Tatkala sedang galak menyanyi, mata Ara meliar memandang sekeliling dan akhirnya tertumpu pada sebuah kereta yang berhenti tepat di hadapan rumahnya. Nyanyian gadis berumur 20-an itu semakin tidak kedengaran. Tangannya yang sedang menyidai baju itu mula bergerak perlahan.
Matanya dikecilkan untuk melihat dengan lebih jelas lagi. Baju yang berada dipegangannya jatuh serta merta ke tanah. Dia terkejut. "Omo! Omo! Jungkook! Kenapa pula dia datang waktu-waktu macam ni?" Gerutu gadis itu pada dirinya sendiri.
Baju yang sudah selamat mendarat di tanah itu dikutip dan dimasukkan ke dalam raga. Rambutnya yang dibuat sanggul itu dilepaskan lalu perkemaskan sedikit agar tampak cantik dan ayu. Baju yang dipakai sempat ditarik ke bawah sebelum dia bergerak ke pintu pagar.
Ara membuka pintu pagar lalu melambai kepada Jungkook yang masih berada di dalam kereta, tidak keluar-keluar. Senyuman lebar juga diletakkan di wajahnya. Namun, senyumannya luntur tatkala Jungkook memandangnya dengan pandangan yang menakutkan.
Lelaki itu lantas turun dari kereta dan menghampiri Ara dengan riak wajah yang masih sama. Apabila dirinya sudah betul-betul di hadapan Ara, Jungkook memagut pergelangan tangan dan menariknya menuju masuk ke dalam rumah yang sudah terbuka luas pintunya.
Ara gelabah dengan tarikan mengejut Jungkook. Dia mengikuti langkah lelaki itu dengan tergopoh-gopoh sambil bertanyakan kenapa terhadap lelaki itu namun tiada sahutan. Lelaki itu secara berterusan menariknya sehinggalah mereka berdua berjaya masuk ke dalam ke rumah.
Masuk sahaja ke dalam rumah, Jungkook melepaskan tangannya secara kasar buatkan Ara melepaskan rintihan. Pergelangan tangannya yang merah itu diamati sebelum dia memandang Jungkook dengan riak keliru.
"J-Jungkook, kenapa?"
"Kenapa? Kau tanya dulu diri kau tu kenapa." Raut wajah Ara tampak lebih keliru atau yang paling tepat sekali bingung. Mulutnya sedikit melopong.
"Saya t-tak faham. Apa maksud awak? Cuba bagitahu saya? Kenapa awak tiba-tiba datang tarik tangan saya kasar-kasar macam ni?"
"Hei! Kau jangan pura-pura tak tahu boleh tak?!" Terasa seluruh badan Ara seperti terkena getaran yang sangat hebat tatkala dirinya dikejutkan dengan suara jerkahan Jungkook. Terkebil-kebil mata Ara dibuatnya.
Bibir merahnya pula bungkam tanpa suara kerana terlalu terkejut. Dirinya bagaikan terkena tamparan yang sangat kuat. Kenapa Jungkook jadi begini? Itulah soalan yang berlegar-legar di fikiran gadis itu.
"Jungkook...." Dia bersuara, menyebut nama lelaki itu. Tangan Jungkook diraih lembut tetapi ditepis.
"Dahlah! Jangan sentuh aku! Aku jijik kau tahu kau?" Jantung Ara berdetak laju tatkala mendengar perkataan jijik. Jijik? Jungkook jijik dengannya?
"Jungkook, apa awak cakap ni? S-saya tak faham."
"Kalau kau tak faham diam. Jangan banyak bunyi. Aku tak nak dengar apa-apa pun. Sekarang ni kau yang dengar apa yang aku nak cakap." Jungkook mula membuka topik soal apa yang berlaku di rumah tadi.
Hubungannya dengan Jaehyun pun dibongkarkan kepada Ara walaupun dia tahu bahawa gadis itu sudah mengetahuinya. Senang cerita, Jungkook memberitahu Ara kesemuanya tanpa ada yang tercicir.
Suaranya tidak terselit langsung nada lembut. Hanya nada yang tegas sahaja kedengaran. Gambar Ara bersama Jaehyun yang Jungkook sempat meminta Taehyung untuk menghantarkan kepadanya tadi ditunjukkan sekali.
YOU ARE READING
[C] Faded ; jjk
Fanfic"You make decisions without thinking about the risks that will occur in the present." Si dingin bersatu dengan si periang, bagaimanakah kesudahan mereka berdua? credit cover to @baesoozeu- status ; complete