Seorang wanita rasmi bergelar janda diheret masuk ke dalam rumah yang dihuni oleh ramai orang kanan Tuan Jeon.
Wanita itu dicampak tepat dihadapan sekumpulan orang kanan Tuan Jeon yang berseragam hitam semuanya. Tanpa berkata apa, Tuan Jeon beredar keluar dari situ.
Orang kanan dia sudah tahu apa yang perlu dilakukan setiap kali dia membawa wanita-wanita itu semua datang. Jadi, tidak perlulah dia mengulanginya acap kali.
Wanita tadi atau lebih mudah digelar, iaitu bekas isteri mudanya yang mempunyai kesan-kesan luka dan parut akibat pukulannya, cuba mengejar dalam keadaan mengesot sambil menangis, merayu, pinta dia dilepaskan.
Namun begitu, usaha wanita berusia pertengahan 20-an itu sia-sia sahaja apabila luka pada badannya menjadi lebih pedih dan sakit kerana dia mengesot. Akibat tidak tahan, dia berhenti mengejar untuk meraih simpati dan dia pun telah ditangkap oleh orang kanan Tuan Jeon.
Dalam keadaan tubuhnya dicempung oleh salah satu orang kanan Tuan Jeon, dia merayu agar dilepaskan namun semua rayuan itu diendahkan saja dan dia dibawa ke dalam bilik yang sudah enam orang menantinya.
Tubuhnya diletakkan di atas katil dan dengan perlahan-lahan ketujuh-tujuh orang termasuk lelaki yang membawa datang sini, datang merapatinya dengan senyuman sinis terpapar di wajah masing-masing.
Seperti sudah ketahui apa yang akan berlaku, wanita itu menggeleng berkali-kali kepalanya dengan air mata yang semakin laju mengalir keluar.
Sekali lagi dia merayu dalam tangisan tetapi rayuannya itu sekali lagi tidak dihiraukan dan bersaksi rumah itu, dia telah disentuh oleh tujuh orang lelaki secara serentak.
____
Seminggu berlalu, Jungkook pulang ke rumah orang tuanya apabila dimaklumkan oleh Aunty Zetty, kawan baiknya ibunya bahawa Puan Jeon sudah benar-benar kelihatan seperti orang tidak betul.
Masuk saja ke dalam rumah, Jungkook mencari kelibat Puan Jeon dan jelas terlihat di mata Jungkook bahawa Puan Jeon sedang menangis tanpa mengalirkan air mata di penjuru rumah. Tangan Puan Jeon pula memegang sebilah pisah, menoreh-noreh dinding rumahnya sendiri.
Tubuh Puan Jeon diterpa, pisau yang berada di tangan Puan Jeon, Jungkook alihkan perlahan-lahan dan letakkan di atas lantai. Dia memeluk Puan Jeon dari sisi.
"Eomma, kenapa ni? Kenapa nak pegang-pegang pisau ni? Nak bunuh diri lagi? Eomma dah janji tak nak buat macam ni lagi kan? Kenapa buat juga?" Marah Jungkook, mengingat Puan Jeon janji yang sudah mereka lakukan tiga bulan lalu.
Sambil itu, tapak tangan kekar Jungkook mengusap belakang badan Puan Jeon bagi menenangkannya.
Puan Jeon tertawa mengilai buatkan Jungkook terkejut. Pelukan dileraikan secara perlahan-lahan. Mata Jungkook memandang ibunya dengan sedikit membuntang. Perasaan Jungkook bercampur baur sekarang ini.
Terkejut, sedih, takut, gusar dan marah.
"Janji eomma saja yang eomma perlu ingat? Janji appa kamu? Dia janji tak akan kahwin lain, tak akan seksa perempuan lagi lepas dia ceraikan perempuan tu tapi dia mungkiri! Jadi salah ke eomma nak mungkiri janji eomma juga?!"
Ya, Tuan Jeon sudah berkahwin dengan mangsa barunya setelah menguruskan wanita tempoh hari.
Tergamam Jungkook dengarkan jawapan Puan Jeon. Decitan kasar dilepaskan. Tuan Jeon ini memang cari masalah lagi!
Malas Jungkook mahu berbasa basi, dia terus keluar dari rumah, mencari kelibat Tuan Jeon yang sedang sembunyi. Takut akan Puan Jeon. Maklumlah Puan Jeon bukan saja hampir membunuh diri tetapi mahu membunuh suaminya juga!
YOU ARE READING
[C] Faded ; jjk
Fiksi Penggemar"You make decisions without thinking about the risks that will occur in the present." Si dingin bersatu dengan si periang, bagaimanakah kesudahan mereka berdua? credit cover to @baesoozeu- status ; complete