26

400 59 7
                                    

Puan Jeon melabuhkan punggung di hadapan Jiwoo dan Puan Jeong, sebaik sahaja menghidangkan air kopi bersama kudapan manis buat dua adiknya itu. Jiwoo tanpa berlengah, terus sahaja menyambar air kopi tersebut, memandangkan dia memang sudah berasa dahaga sejak tadi.

Puan Jeong pula langsung tidak mengusik air kopi dan kudapan yang dihidangkan oleh Puan Jeon itu. Tujuannya bukan mahu minum ataupun bersantap. Dia datang mahu bercakap dan meminta pertolongan.

"Oh ya, ada apa kau orang berdua datang jumpa aku ni?" Soal Puan Jeon, wajah Jiwoo dan Puan Jeong ditatap silih berganti dengan sebelah kening terjungkit naik ke atas, tertanya-tanya dengan kehadiran mengejut dua adiknya ini.

Puan Jeong dan Jiwoo berpandangan antara satu sama lain sebelum mereka kembali memandang Puan Jeon. "Ha ada apa?" Puan Jeon menyoal sekali lagi.

Puan Jeong mengambil nafas terlebih dahulu sebelum dia membuka topik yang ingin diutarakan.

"Aku dah jumpa Jaera." Ujar Puan Jeong.

"Jaera?" Dari raut wajah Puan Jeon, tampak jelas bahawa dia tidak mengenali siapa gadis yang dikatakan oleh adiknya. Sedaya upaya ingatannya diperah dan setelah beberapa lama dia memikir, ingatannya tentang gadis bernama Jaera kembali menyerbu otak. Mata Puan Jeon terbelalak dengan begitu luas sekali.

"J-jaera? Kau dah jumpa dia?" Soal Puan Jeon dengan teruja. Teruja kerana anak saudara yang dia tidak pernah temui ataupun sentuh sudah kembali ke pangkuan adiknya. Akhirnya, doa Puan Jeong didengar juga oleh Tuhan setelah bertahun-tahun masa berlalu.

Puan Jeong mengangguk.

"Ya. Sekarang ni aku datang nak cakap pasal dia. Penting dan aku juga nak minta tolong kau, memandang Jaera ada pada Jungkook, anak kau, sekarang ini." Puan Jeon dia terbungkam. Dahinya menimbulkan kerutan, kehairanan. Jaera ada pada Jungkook? Maksudnya?

Tanpa menunggu respon daripada Puan Jeon, Puan Jeong terus bercerita soal apa yang berlaku terhadap Ara, Jungkook dan Jaehyun. Setiap bait kata yang dilontarkan oleh Puan Jeong benar-benar membuatkan Puan Jeon terpana. Perasaannya yang gembira dan ceria pada pagi ini sudah tertukar menjadi campur baur.

Sedih, marah, kecewa, gusar, takut.

Semua perasaan itu bercampur baur dalam diri Puan Jeon. Hampir sahaja dia menitikkan air mata tatkala mendengarkannya. Dia sedih kerana satu persatu masalah menimpa adiknya itu. Adiknya baru sahaja mahu berbahagia kerana telah menjumpai Jaera atau nama yang sekarang Ara, tetapi diberi pula musibah yang berat sebegini. Puan Jeon tumpang bersimpati.

"Ini gambar Ara." Sekeping gambar yang sudah dicetak dalam bentuk polaroid, dihulurkan kepada Puan Jeon. Puan Jeon menyambarnya dengan perasaan yang begitu tidak sabar kerana dia mahu melihat wajah Ara. Dia merasakan seperti mengenali Ara, namun tidak pasti.

"Eh?" Raut wajah Puan Jeon tampak terkejut, namun lama-kelamaan senyuman tercoret di bibirnya. Dia sudah bilang, dia mesti kenal sama Ara, Yoo Ara. Gadis itu telah berjaya menambat hatinya hanya dalam masa sehari.

; Flashback

Puan Jeon menilik Ara atas bawah melalui ekor mata yang tajam sambil sebelah tangannya memegang kipas elektronik mini bagi menyejukkan dirinya.

"Kamu ni siapa? Ada apa datang rumah saya? Atau kamu datang semata-mata nak tawar diri untuk jadi bini yang entah dah ke berapa untuk suami saya? Huh?" Puan Jeon terus menyerang Ara tanpa berfikir panjang. Dia pantang nampak perempuan muda. Pasti ada saja fikiran negatif terpahat di minda.

Tuan Jeon yang duduk di sebelahnya sekadar menggelengkan kepalanya. Isterinya ini ada-ada sahaja. Suka bercakap tanpa berfikir. Main lepas sahaja. Macam manalah dia boleh bertahan? Haih.

 [C] Faded ; jjkWhere stories live. Discover now