01

34.3K 560 4
                                    

9.25 pagi / HOSPITAL KUALA LUMPUR 2

Pintu dikuak perlahan dari arah luar. Yasmin ataupun dikenali sebagai Dr. Min terus menerjah masuk ke dalam bilik rehat untuk doktor-doktor di hospital ini.

Yasmin memandang ke arah sekujur tubuh  yang masih elok terbaring tidur di katil dua tingkat aras bawah. Dia sempat menggeleng kan kepala memandang ke arah sekujur tubuh itu.

"Ina bangun!" Lengan dia digoncang-goncangkan perlahan.

"Hmmm," dia hanya menggumam. Mata dibuka sedikit kemudian ditutup semula. Sambung tidur. Yasmin tercengang.

"Ya Allah Ina kau tak bangun!" Tangan terus menepuk kuat pipi Ina. Mengejutkan manusia yang bernama Ina ni memang susah! Tidur mati ke apa?

"Weh bangunlah minah, kau lupa ke kau ade meeting dengan prof.?" Soal Yasmin.

"Prof mane ni?" Ina menggeliat kecil.

Yasmin menepuk dahi dia. Eh minah ni nasib lah member kalau tak dah lama aku siram dengan air panas.

"Pala otak kau prof. mane,bangun lahh Ina, kau dah lambat ni!" Yasmin berkata lagi.

"Alahhhhh 5 minit. Please! Aku penat sangat ni tadi malam kan aku-" Tiba-tiba Ina terdiam sekejap. Dia teringat kan sesuatu.

Ina terus bangkit dari katil dengan rambut yang tidak terurus nya,  jubah doktor yang masih melekat di badan.

"Dah pukul berapa? Weh Ya Allah aku lupa hari ni ade meeting, kau asal tak kejut aku awal nyah? Kau tengok lagi lima minit nak 9.30! Mati aku!" Tanpa berlengah masa, Ina terus mengikat rambut dia. Tak kisah dengan rupa dia yang sekarang. Yang penting dia sempat sampai.

Sejurus itu, Ina terus memecut keluar dari bilik rehat. Dia dah lambat!

"Aku dah kejut cakap tak kejut," Yasmin menggeleng kan kepala tengok perangai sahabat baiknya itu.

Nur Sabrina Arissa ataupun dikenali sebagai Ina.

________

Ina pov.

Terus aku berlari laju ke pejabat Professor Harith Iskandar. Aku dah tak fikir orang sekeliling pandang aku macam minah baru lari dari hospital gila, yang penting aku cepat sampai.

Bila tiba betul-betul di hadapan pintu pejabat Prof, aku menarik nafas panjang,  selepas itu mata yang ada sedikit sisa taik mata digosok dengan tangan. Sebelum mengetuk pintu, aku membaca doa.

Tok tok tok!

Pintu diketuk perlahan.

"Masuk!"

Walaupun sepatah tapi aura dia menakutkan. Aku sempat mengutuk diri aku sendiri kerana tak peka dengan masa.

Aku telan air liur sebelum perlahan tangan memegang tombol pintu.

"Bismillahirrahmanirrahim," aku terus memulas tombol pintu tu.

"Maaf Prof! Saya lupa yang hari ni Prof nak berjumpa dengan saya," kata aku perlahan. Kepala ditundukkan.

Anak mata dia tajam menikam anak mata  aku. Aku menggigit bibir.

"Dah buat taik mata baru ingat ade meeting dengan saya?" Perlian dia membuatkan aku tersengih. Kening sebelah dia diangkat.

"Ahahaha,"  aku tergelak hambar.

"Prof. macam tahu-tahu jek," perlahan jek suara aku. Kaki terus menapak perlahan mendekati meja dia.

MRS HARRAZ! [ S1+S2 ]✔️Where stories live. Discover now