Bab 4

10 2 0
                                    

Adam membuka pintu bilik dan melangkah masuk ke dalam bilik kolej yang di kongsi bersama 3 orang rakannya yang lain.

"Wei Hariz! Kau pergi mana?. Meeting dengan Encik Zakaria baru je tamat," tegur Hisham. Dia menutup komputer riba yang digunakan untuk mesyuarat secara atas talian tadi.

"Ada hal sikit tadi," ujar Adam.

"Hal apa menghilang sampai 2 jam. Ni penentu masa depan kita tau." Encik Zakaria merupakan klien pertama mereka sejak mereka pertama kali menubuhkan syarikat perundingan ini.

"Tak penting pun kan. Aku baca minit mesyuarat jelah," jawab Adam sambil lewa.

"Tak penting kau kata! Kau ni memang la..." Dia hendak mula membebel lagi apabila matanya terlihat sesuatu.

"Ni apa? Darah kau ke? Kau accident? Kenapa kau tak cakap kat aku awal-awal tadi. Kan sia-sia kena bebel." Hisham tunjuk ke arah satu kawasan di baju Adam yang terdapat setompok darah.

"Ni bukan darah aku," terangnya.

"Habis darah siapa?" Risau pula dia dari mana Adam dapat kesan darah di bajunya.

"Adalah. Tak penting untuk kau tahu," tegas Adam berkata.

"Kau ni, semua benda tak penting. Apa je yang penting dalam hidup kau?" Hisham mulai menyoal dirinya, macam manalah dia boleh berkawan dengan Adam dahulu.

Adam berlalu pergi.

"Hoi, Hariz! Aku tengah cakap dengan kau ni," jeritnya lantang. Panas hatinya dengan layanan Adam.

"Nanti sambung. Aku nak mandi. Dah berlengas ni," ujar Adam. Tuala mandi di capai.

"Kurang asam punya budak." Hisham mendengus kasar. Geram Hisham dengan jawapan Adam.

"Kurang asam..." kata Adam berbisik. Adam hanya tersengih teringat hal tadi.

"Apa?" Hisham berpaling. Rasanya Adam ada katakan sesuatu.

"T...Tak aku tanya, Faizal dengan Rahman pergi mana?" Adam mengubah topik.

"Lepas mesyuarat tadi, Faizal kata ada nak jumpa orang. Rahman pergi kafe."

"Okay, nanti bila dia orang balik kita buat meeting." Adam berlalu pergi ke bilik air.

"Meeting lagi?. Adui...parah..." mengeluh panjang dia.



*****************


Elinda meneruskan kehidupannya. Isu mengenai nombor yang tidak dikenalinya telah hapus serta merta di mindanya. Daripada dia asyik mencari pemilik nombor telefon itu, lebih baik jika dia menyiapkan projeknya yang tergendala.

Walaupun lukanya masih belum sembuh itu bukan halangan buatnya. Beberapa hari kemudian, dia dapat lagi dari mesej dari nombor yang sama.

Nombor tidak dikenali: Sabtu. Kafe Dahlia. 9 pagi.

Elinda: Maaf, mak saya tak bagi jumpa orang yang tak kenal.

Beberapa minit kemudian, baru dia mendapat balasan daripada nombor itu.

Nombor tidak dikenali: Kau tak kenal aku?

Elinda: Maaf ye, kalau awak masih mesej saya. Saya akan block nombor ni.

Kemudian panggilan dari nombor itu masuk. Dalam keadaan panik, dia tertekan untuk menjawab panggilan telefon itu.

"Elinda: Err...hello?"

"Nombor tidak dikenali: Kau tak save nombor aku."

"Elinda: Am?"

"Adam: Yup. Luka dah okay?"

"Elinda: Okay."

"Adam: Esok jumpa kat kafe Dahlia 9 pagi."

"Elinda: Aku busy esok."

"Adam: Mak kau tak kasi jumpa orang yang tak kenal. Aku kau kenal kan?"

"Elinda: Haah."

"Adam: Esok okay."

Adam berkata dengan nada yang sedikit tegas. Noktah. Muktamad. Dia harus juga pergi esok. Elinda sudah tiada pilihan lain lagi selain setuju.

"Elinda: Okay."

Tet. Panggilan telefon ditamatkan.

'Apalah yang dia nak?. Apa kata aku tak payah datang je esok?'

"Siapa call?" tanya Syuhada.

"Am, dia suruh aku jumpa dia esok tapi aku tak tahu sebab apa. M" Dia menjungkitkan bahunya.

Syuhada sudah mengelengkan kepala. Elinda memandang Syuhada pelik.

"Bukan kau kata Am teman kau betulkan handphone ke?. Simpati aku pada kau Am." Syuhada menzahirkan rasa kasihan.

"Haahlah, aku lupa. Patutlah dia nak jumpa esok!" Elinda menepuk dahi. Jelas diwajahnya rasa bersalah.

"Memang perangai Elinda dah macam ni. Sebelum dia nak tembus hati Eli, dia kena tembus dulu otak dia," kata Sarah.

"Mana tak penting hilang terus dari ingatan dia," Taniya pula sambung menyampuk. Kawan- kawannya sudah mengerti sangat dengan perangainya.

Elinda pula membuat muka bersalah. Dia dahlah pinjam telefon milik Adam, boleh pula dia lupa temu janji dia dengan Adam. Memang manusia tak kenang budi dia ni.

Esok hari dia bercadang untuk menunaikan permintaan Adam, sebagai tanda terima kasihnya pada pertolongan yang diberikan oleh Adam padanya.

Dia baru teringat sesuatu...

"Tapi kan kau orang nak tahu, nombor yang aku tak kenal haritu, rupanya... nombor Am," terangnya.

Syuhada, Taniya, dan Sarah: ...

Terkedu mereka lagi.

Katakan Pada Aku [HIATUS] Where stories live. Discover now