Bab 14

10 6 1
                                    

"Wei!" Sarah menyergah Elinda yang sedang fokus menuang cecair dari silinder penyukat ke kelalang kon.

"Astaghfirullah, Sarah! Boleh tak jangan sergah aku macam tu? Tengok tumpah dah air suling ni, aku kena kira balik," mendengus Elinda kerana air sulingnya tertumpah ke lantai. Dua kerja dia perlu lakukan, lap lantai dan menyukat air suling itu semula.

"So...sorry. Aku tak sengaja," wajah Sarah yang bersalah dipamirkan pada Elinda.

"Shush, pergi kacau Syu, buat semak je sini," Elinda menghalau Sarah untuk pergi ke Syuhada yang sedang menjalankan projeknya di belakang meja makmal Elinda.

"Aipp...aku dengar tu," Syuhada yang sedang fokus menimbang bahan kimia itu mendengar namanya disebut.

"Ala, tumpang la, makmal sana panas sangat, lagipun aku punya sample tengah tapis, 2 jam pulak tu. Boring aku nak tunggu," makmal yang dikhaskan untuk pelajar membuat projek tahun akhir dibahagikan kepada dua bahagian.

Satu bahagian untuk pelajar organik yang memerlukan penghawa dingin. Manakala bahagian yang lain untuk pelajar dengan projek inorganik dan polimer yang memerlukan kipas angin.

"Kau jangan kacau aku," Elinda memberikan amaran pada Sarah. Dia sedang menyukat air suling untuk di tuang ke dalam kelalang kon buat kali kedua.

Pap! Lampu terpadam. Ruang bilik makmal itu serta merta menjadi gelap gelita. Sinaran matahari daripada celah-celah langsir makmal itu sekadar cukup untuk mereka tidak terlanggar meja dan kerusi, namun tidak memungkinkan mereka untuk melakukan eksperimen yang memerlukan cahaya untuk melihat.

"Apa ni!" rungutan Elinda terdengar di segenap pelusuk makmal itu, terdengar juga rungutan daripada rakan-rakan sekelasnya yang juga berada di dalam makmal ketika itu.

"Blackout lah, ramai sangat orang guna barang elektrik dalam makmal ni," kemudian Sarah dan Elinda terdiam tidak mengatakan apa-apa, mereka menunggu sekiranya elektrik akan kembali semula sebentar lagi.

"Aku punya tapisan!" Sarah baru teringat projeknya yang mengunakkan pemanas elektrik untuk memastikan tapisan berjaya. Dia bergegas pergi ke makmal sebelah.

Elinda menghentikan segala tindak tanduknya, tiada guna jika dia meneruskannya, makmal itu sudah gelap gelita hanya bertemankan flashlight dari telefon bimbit masing-masing.

"Fuh nasib baik boleh di selamatkan projek aku tu, Niya dah menyumpah-yumpah kat makmal sebelah, ada ke patut dia boleh tertuang sample dia kat dalam sink sebab terkejut punya pasal," Sarah kembali semula ke makmal tersebut dengan update sample-nya sempat diselamatkan, namun malang bagi Taniya.

"Macam mana? suis utama boleh on tak? kut lah tertendang ke?" tanya Elinda.

"Susie try tadi, tak boleh on, kena panggil technician ni, tapi sebelum tu kena beritahu Kak Anna dia jaga makmal ni," balas Sarah.

"Siapa beritahu Kak Anna? Bila agaknya technician nak datang, macam mana nak buat kerja dalam gelap"

"Kejap aku inform Kak Anna," dalam sibuk Elinda dan Sarah berbincang untuk memberitahu Kak Anna untuk memanggil technician, Syuhada mencelah.

"Aku dah beritahu Sam, dia kata technician on the way," Syuhada mengunakkan nama manja Hisham ketika memberitahu maklumat itu kepada Sarah dan Elinda.

"Amboi Syu, pantas. Direct terus aduan ke presiden MPP," Sarah tersengih-sengih pada Syuhada.

"Kita kena gunakan connection yang ada," lain benar Syuhada yang kini, daripada dirinya yang asyik bertikam lidah dengan Hisham tempoh hari.

"Banyaklah, kau sebenarnya nak ambik kesempatan kan sebab kau tu peminat G4. Nak pulak dia layan kau," selar Sarah.

"Tapi masih kena bagi tahu Kak Anna, kejap aku mesej dia," telefon bimbit Elinda bercahaya di ruang bilik makmal itu, hanya kedengaran bunyi key pad Elinda ketika dia menaip mesej pada Kak Anna.

"Tapi sejak bila kau rapat dengan Sam tu?" sel gosip Sarah sudah memulakan kerja, dia pergi ke tempat Syuhada berada meninggalkan Elinda yang masih menaip di telefon bimbitnya.

"Aku selalu je contact dia, kan nak buat debat, kita orang contact untuk fikir idea nak buat apa lagi selain debat," jawab Syuhada senada tanpa perasaan.

"Kita orang?. Dua orang je? Punyalah banyak AJK kelab boleh bagi idea," penuh syak wasangka dari kata-kata yang dilemparkan oleh Sarah itu.

"Semua ni kan bermula sebab aku dan dia, shush lah kau, jangan kacau daun," hari ini sahaja Sarah sudah dua kali dihalau oleh rakan-rakannya.

"Kak Anna kata kejap lagi dia datang sini." Elinda menerima balasan mesej daripada Kak Anna. Sarah pelik melihat Elinda ini, tidak ada langsung ke bibit-bibit gosip dalam dirinya. Padahal Hisham itu ada kaitan dengan Adam.

Pada hari itu, kerja mereka tergendala hampir 1 jam. Dalam masa 1 jam mereka tidak melakukan eksperimen itu, Sarah melemparkan soalan bertubi-tubi kepada Syuhada mengenai Hisham.

Syuhada redha sahaja menjawab soalan Sarah, kerana jika dia berada di tempat Sarah, dia juga akan melakukan hal yang sama.

Katakan Pada Aku [HIATUS] Where stories live. Discover now