Episode 10

100 19 1
                                    

[ Lino's P.O.V ]

Aku menunggu Seung Hee di taman, tempat yang di mana aku pertama kali berjumpa dengan dia. Dah 15 minit aku menunggu dia, hmmm dah lama sangat dah ni. Aku pon mengeluarkan handphone aku dan cuba untuk call dia.

Tapi….

“Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi…”

Hmmm pelik. Aku cuba call dia sekali lagi. Tiba ii,

“Lino! Lama ke tunggu?” soal seseorang di belakang aku. Aku menoleh. Ternyata itu ialah Seung Hee.

“Ishhh awak ni buat saya terkejut je.” kata aku sambil mengurut dadanya. Dia hanya tersengih. Aku memandang ke arahnya. Hmmm dia nampak okay je. Lagipon dia pon dah keluar dari hospital.

Tapi ada yang pelik pada kulitnya. Kulitnya bertambah pucat. Ke mata aku yang problem?

“Woiii dah ii la tu tengok muka saya? Ada masalah ke?” soal dia sambil mencebik. Aku hanya tersengih sambil mengaru tengkuk aku yang tak gatal.

“Takde pape. Hmmm jomlah.” kata aku. Kami pon berjalan menuju ke funfair. Hmmm Seung Hee kata dia dah lama tak meluangkan masa di funfair. Aku hanya menurut je apa yang dia nak.

Well, aku always pegang kata ii yang ‘woman always win’ yeahhh gitu…

“Lino Lino… sini sini…” kata dia lalu menarik lenganku ke satu kedai mainan yang ada claw machine. Hmmmm…

“Jom main tu nak?” soal Seung Hee.

“Awak ni biar betul?” soal aku untuk mendapatkan kepastian.

“Betul la… saya nak dapatkan patung dorami tu. Pleaseeeee” kata dia manja. Aku memandang ke arah claw machine yang penuh dengan patung doraemon dan dorami je.

 Aku memandang ke arah claw machine yang penuh dengan patung doraemon dan dorami je

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Yelah ii” kata aku lalu masukkan token dan tekan butang yang ada. Seung Hee hanya menonton aku main di sebelahku.

“YES YES YES!!!!” jerit dia since dia nampak aku dapat patung dorami tapi nasib tak menyebelahi aku dan patung tu terlepas dari genggaman.

“Alaaaaaa…. Cuba lagi la lino. Kita ada lagi satu peluang.” kata dia. Aku pon masukkan satu lagi token ke dalam machine. Aku mula focus untuk mendapatkan patung itu.

Harap dapat lahhh

Finally, patung itu berjaya masuk ke dalam sebuah lubang dan aku mengeluarkan patung itu. Seung Hee terus gembira lalu mengambilnya dari aku.

 Seung Hee terus gembira lalu mengambilnya dari aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Wahhhh thankiewwww” katanya. Aku hanya melihat gelagat dia yang macam budak ii tu. Kadang ii aku tersenyum sendiri melihat dia. Dia gembira aku pon gembira.

“Hmmm lino, jom kita amik gambar kat photo booth tu pastu kita naik ferris wheel nak?” soal dia. Aku membulatkan mata. Feris Wheel?

“Urmmm Seung Hee, kita amik gambar pastu balik la…” kata aku. Dia terus mencebik.

“Alaaaa sekejapnya.” kata dia. Aku hanya memerhati reaksi dia dan aku pon mengeluh. Bukan sebab apa, sebab aku takut tinggi. Tu je…. Seram dooo….

“Haihhhh yelahhh…” kata aku lalu berjalan pergi meninggalkan Seung Hee di belakang.

“YEAYYY!!” kata dia lalu berlari mendapatkan aku dan menarik lengan aku ke photobooth terdekat untuk mengambil gambar bersama.

Setelah selesai bergambar, kami pon berjalan ke arah ferris wheel yang ada di situ. Aku memandang ke arah atas dan hanya menelan air liur.

“Lino, takde pape punya. Kau akan selamat.” desis hati aku. Bila sampai waktu kami untuk menaiki ferris wheel itu, aku terus duduk. Aku dapat rasa yang kaki aku menggeletar dah macam hilang tenaga pulak rasanya.

Aku memerhati ke arah Seung Hee. Dia pulak kontra dari aku. Kelihatan dia rasa gembira. Tapi, aku dapat rasa yang di balik senyuman itu, dia seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari aku.

“Hmmm Seung Hee?” soal aku. Dia terus menoleh ke arahku.

“Kenapa?” soal dia.

“Awak sembunyikan apa ii ke?” soal aku. Senyuman dia terus mati di situ dan menoleh ke arah lain.

“Takde lah. Saya tak sembunyikan apa ii dari awak. Kenapa awak fikir macam tu?” soal dia lalu mengeluarkan sapu tangan di dalam begnya dan menutup mulut.

“Urmmm takde pape. Just air muka awak tu nampak lain. Macam awak ada masalah.” kata aku. Dia terus senyum kepada aku.

“Apa la awak ni. Saya memang macam ni lah…” kata dia lalu sambung menoleh ke arah lain. Aku malas nak tanya lebih lalu hanya menunduk.

Agak lama jugak kami mendiamkan diri. Tiba ii, dia bersuara.

“Lino, saya rasa gembira bila dapat jumpa awak. Saya gembira yang kita jadi rapat macam ni. Tak sangka awak okay ngan saya? Sebab sebelum ni saya tak yakin sangat dengan apa yang saya buat ni betul ke?” aku hanya mendiamkan diri dan hanya menunggu untuk dia sambung luahan dia.

“Bila awak bercerita tentang keluarga awak pada saya kelmarin, membuatkan saya nak tolong awak keluar dari hidup monotone awak. Dan jugak, takkan ada parents yang membenci anak, betul tak? Mereka semua nakkan yang terbaik untuk anak dia. Sebab tu saya bertungkus-lumus untuk tolong awak. Maybe awak tak nampak selama ni kan? Tapi saya tak kisah tu sebab saya dah buat apa yang saya patut buat. Awak pon dah boleh terima music kan?” soal dia. Aku mendiamkan diri lagi.

Betul la tu. Sejak mama aku pergi meninggalkan aku, aku anggap muzik ni la yang jadi penyebabnya mama aku meninggal. Aku selalu tak focus dalam latihan, macam nak tak nak je aku buat kerja tu.

Tapi, setelah aku jumpa dengan Seung Hee, pandangan aku terhadap muzik berubah. Aku menoleh ke arah Seung Hee yang leka memandang ke arah pemandangan di luar. Aku perlahan mengeluarkan kotak kecil yang berada dalam kocek seluar aku.

Aku nak luahkan jugak!

Setelah kami berada di bawah, kami pon keluar dari Ferris Wheel itu dan berjalan ke arah tempat letak kereta.

“Seung Hee, saya nak cakap sesuatu dengan awak. Saya-” belum sempat aku menghabiskan ayat aku, Seung Hee mulai rebah dan aku terus mendapatkannya supaya dia tak terjatuh di tanah.

“Seung Hee? Seung Hee, bangun!” aku menampar pipinya perlahan. Aku perasan yang muka dia pon pucat dari tadi. Tapi ni lagi pucat. Dah macam mayat hidup. Aku terus mengendong Seung Hee ke kereta dan menuju ke hospital.

Aku cuma berharap yang Seung Hee tak apa ii. Dia sihat je kan? Aku hanya mendoakan yang baik untuk dia.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Komen kalian?

Sorry ye sebab dah lama tak update ff ni. Tapi kali ni insyaAllah meina cuba habiskan ff ni.

Ff ni takde la panjang berjela-jela. Tak lama lagi ni habislah ff ni.:)

「 C 」Lie In December | SKZ LEE KNOW FFWhere stories live. Discover now