Episode 09

108 22 14
                                    

[ Seung Hee’s P.O.V ]

Aku terkelu dengan apa yang aku lihat baru je tadi.

“Seung Hee, kau… ada tumor otak ke?” soal Han. Aku mengetap bibir aku.

“Umm korang… kenapa tak ketuk dulu pintu tu? Ishhh buat kiteorang terkejut je.” kata Kayla, cuba untuk cover up.

“Seung Hee better kau jujur ngan kiteorang.” kata Changbin pulak. Aku hanya mengeluh. Makin lama makin terbongkar pulak rahsia aku.

“Hmm ya… aku takkan hidup lama. Aku… cuma ada sebulan je untuk hidup. Tapi korang... aku nak korang jangan bagitau sesiapa pon termasuk lino, please. Aku tak nak tengok dia stress. Hyunjin, kau sendiri pon cakap kat aku yang Lino trauma selepas je kematian mak dia. Aku tak nak benda ni terjadi kat dia lagi sekali. Please korang…” rayu aku. Serius aku tak nak tengok orang sedih sebab aku. Itu membuatkan aku lemah dan takde semangat lagi untuk hidup.

“Hmm okay tapi kau kena janji ngan kiteorang yang kau akan sembuh sepenuhnya.” kata Hyunjin pulak.

“Aku… aku tak yakin benda tu…” sebelum aku menyambung ayatku.

“Kalau macam tu, kiteorang akan bagitau semua orang termasuk lino hyung sekali. Biar hyung turut bersedih dan trauma lagi sekali.” ugut Han. Ishh dorang ni memang lah.

“Haih yelah. Hmm mana lino?” soalku.

“Lino hyung pergi beli donut untuk buah hati dia. Maklumlah buah hati dia ni mengidam donut kan.” kata Changbin pulak. Muka aku mula merah. Ishhh siapa cakap aku ni buah hati dia?

“Ishh korang ni memandai je.” kata aku, malu ii. Mereka tergelak.

“Haaa kau bila nak confess kat dia? Nampak macam dia bagi green light je tu.” kata Haemin.

“Hmm nantilah dulu. Aku nak keluar dari hospital dulu barulah boleh confess.” kata aku. Semua macam bersimpati tengok aku yang dah macam batang lidi. Dengan kulit aku yang agak pucat dan agak kurus. Aku cuba untuk meriahkan suasana.

"Ishhh korang ni dah la tu buat muka sedih. Happy happy la sikit." Kata aku. Mereka turut tersenyum. Setelah kami berborak, ada orang membuka pintu bilik wad.

"Seung Hee, sorry lambat." Ternyata itu ialah dia.

"Oh hyung, asal lambat? Sesat ke tu?" Perli Han.

"Ishh kau ni. Kau tau kan gerai donut tu ramai orang. Penat do beratur panjang semata-mata nak beli donut ni." Kata dia lagi lalu berjalan ke arahku.

"Nah donut tuk awak." Katanya. Aku tersenyum gembira lalu mengambil donut tu.

"Thanks Lino." Aku mula makan donut tu. Hmm sedap macam selalu.

"Seung Hee bila awak akan keluar dari sini. Macam dah lama je awak duduk sini." Kata dia lagi.

"Umm doktor kata saya akan keluar esok hari. Dia kata saya dah sihat sepenuhnya." Tipu aku. Aku harap dia tak syak apa ii. Aku menjerling ke arah kawan ii aku yang lain. Mereka hanya terdiam.

[ Lino's P.O.V ]

Bila aku dengar yang Seung Hee akan discharge esok. Aku berasa lega. Apa yang aku fikir selama ni ialah salah belaka.

"Umm kalau macam tu bagus la. Kau pon dah boleh datang ke jyp jugak. Boleh la praktis sesama." Kata Hyunjin. Aku duduk di atas katil bersebelahan dengan Seung Hee since dia benarkan aku duduk di situ. Hmm dah macam couple dah rasanya.

"Seung Hee, hmm lepas je kau discharge aku nak bawak kau keluar boleh tak?" Soalku.

[ Seung Hee's P.O.V ]

Haa? Nak bawak aku keluar? Pergi mana pulak ni. Dah la aku tak berapa sihat lagi.

"Hmmm nak pergi mana tu?" Soalku.

"Tengok la nanti. Saya tak nak bagitau awak lagi." Kata dia. Ishh dia ni nak bagi surprise la pulak. Agak lama kiteorang berborak. Tak sangka masa pon berjalan dengan pantas.

"Ehhh wehhh kiteorang dah kena balik ni. Chan hyung dah bising dah tu. Kiteorang ada class lagi hari ni." Kata Changbin. Aku hanya mengangguk.

"Haaa balik la. Thanks sebab datang tengok aku."

"Haaa takde hal la. Kau kan kawan kiteorang jugak."

"Okayy tak sabar la nak jumpa dengan korang."

"Esok kan kau dah boleh keluar. Boleh la jumpa dengan yang lain." Kata Hyunjin. Aku tersenyum. Tu pon kalau doktor bagi la.

"Tulahh kiteorang pon dah nak kena balik ni. Tak pasal ii nanti parents kiteorang bising." Kata Haemin pulak. Aku mengangguk.

"Haah better korang pon balik. Risau parents korang nanti." Kata aku. Selepas dari itu, semua pon keluar dari wad aku. Aku mengeluh perlahan. Boleh ke doktor izinkan aku untuk keluar dari hospital ni. Aku sendiri pon tak yakin.

Tiba ii, ada orang buka pintu bilik wad aku. Ternyata itu ialah Doktor Kim Junmyeon, doktor yang sentiasa merawat dan tengok keadaan aku.

"Cik Yoo, boleh saya tengok keadaan kamu?" Soalnya. Aku mengangguk. Sedang dia meneliti keadaan aku yang dah nak sarat ni, aku amik peluang untuk tanya dengan dia.

"Hmm doktor, may I ask you one favor?" Soal aku.

"Apa dia?"

"Boleh tak saya nak keluar dari sini esok? Hmm kalau tak boleh, takpelah…" Kata aku. Dia mengeluh.

"Tapi awak tak sihat sepenuhnya. Penyakit cancer ni memang kena sentiasa dapatkan pemerhatian dari doktor. Hmm takpe saya akan benarkan awak keluar tapi untuk sehari je. Boleh?" Kata dia lagi. Aku mengangguk. Sehari pon jadi la.

"Terima kasih doktor." Kata aku. Setelah selesai Doktor Kim meneliti keadaan aku, kini aku bersendirian di bilik ini. Aku amik keputusan untuk mandi. Badan aku dah berbau ni.

Setelah selesai mandi, aku memakai baju milik hospital ni dan duduk di atas katil. Aku ingin menyisir rambut aku. Aku tak tau kenapa rasa sakit di bahagian kepala bila aku menyikat rambutku. Aku cuba untuk menyisir guna tangan aku juga dan tak sangka apa yang aku lihat sekarang.

Segenggam rambut gugur kini berada di tangan ku dan juga sikat yang selalu aku guna untuk menyisir rambut aku. Aku menggeletar. Tiba ii aku berasa lemah.

"Kenapa? Kenapa kau uji aku macam ni? Kenapa??!" Aku mula menangis. Aku ingin rasa bahagia. Aku nak parents aku senang dengan aku. Aku je salah satu anak dorang. Aku nak gembira dengan kawan ii hanat aku. Dan yang lagi penting, aku nak bahagia dengan orang yang aku sayang selama ni…

Kenapa tuhan uji aku macam ni? Aku sendiri pon tak tau…. Aku harap dalam masa yang singkat ni, aku boleh lepaskan segalanya….

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Komen korang?

「 C 」Lie In December | SKZ LEE KNOW FFWhere stories live. Discover now