[ Lino's P.O.V ]
"Hyung! Bangun! Cepatlahh!" Jerit I.N kat telinga aku. Aku mendengus.
"Ishhh Ayen kenapa ni? Kacau la hyung nak tidur…" aku pusing sambil peluk bantal peluk.
"Alaaa hyung. Cepat lah kata nak lawat Seung Hee hari ni. Hyungs yang lain semua dah tunggu tu." Kata I.N
"LEE MINHO!!!! CEPAT LAH!!! DAH PUKUL BERAPA DAH NI TAK BANGUN LAGI?!!!" Jerit Chan dari bawah. Aku mendengus lagi dan bangun.
"Kejapp siap siap. Dalam 30 minit."
"CEPAT CEPAT! KANG JADI 30 JAM PULAK."
Ada ii je la hyung ni. Asal semua orang semangat tak tentu pasal pulak ni? Aku gegas ke bilik air dan bersiap. Aku pakai simple casual je hari ni.
"Haaa hyung. Lambat betul la." Rungut Seungmin.
"Sorry la. Hyung terlajak."
"Nasib ada Ayen kejutkan. Tu pon liat nak bangun." Kata Chan. Aku hanya tersengih macam kerang busuk. Hari ni aku bawak buah tangan untuk Seung Hee. Hyunjin kata Seung Hee sukakan apple so aku ada beli apple untuk dia semalam. Dalam 10 biji. Cukup!
Sampai je di Hospital
"Seung Hee! Good morning!" Kata Chan sambil buka pintu wad. Kelihatan kawan ii Seung Hee pon turut bersama di situ.
"Good morning!" Kata Seung Hee ceria.
"Macam mana kau hari ni? Bila kau boleh keluar?" Soal Han.
"Hmm aku tak sure. Doktor pon tak cakap pape pon pasal benda ni. Nanti aku confirmkan balik dengan doktor." Aku memandang Seung Hee. Kenapa dia seolah-olah sorokkan sesuatu dari kiteorang?
"Wehhh pasal benda ni kau jangan risau. Aku boleh tanya doktor." Kata Kayla pulak.
"Ehhh takpe Kayla. Aku boleh settlekan. Don't worry." Aku terdiam sambil otakku memproses situasi sekarang. Kenapa aku dapat rasa yang Seung Hee cuba untuk cover kesihatan dia? Macam ii persoalan bermain di fikiran aku.
[ Seung Hee's P.O.V ]
Aduhh susahnya nak cover perkara yang sebenar. Aku harap je dorang tak tanya lebih. Aku memandang ke arah Lino. Aik kenapa senyap semacam? Pastu pandang aku macam pelik je.
"Haaa yelahh yang penting kau akan sihat dan praktis. Kita kan dah janji nak debut as idol kan." Kata Haemin. Aku hanya tersenyum dan menganguk.
"Ye don't worry pasal ni. Umm korang takde praktis ke?" Soalku. Chan hanya menggeleng.
"Kiteorang ada vocal class tengahari nanti. Yelahh sementara tunggu tu boleh la singgah lawat kau jap." Kata Chan.
"Hyung, asal senyap je ni. Cakap something." Kata Felix lalu menyiku Lino.
"Umm aku tak tau nak cakap apa. So aku diam je la."
"Elehhh hyung sebenarnya hyung speechless kan bila depan Seung Hee." Sakat I.N. Aku memandang ke arah Lino yang mukanya mula merah. Aku tergelak kecil.
"Ishhhh jangan la nyakat aku. Betul la aku takde benda nak cakap. Kalau ada dah lama dah aku bersuara." Kata Lino.
"Hmm yelahh…"
Setelah sekian lama dan masa pon berjalan dengan pantasnya. Dah tiba masanya untuk Chan and the gang pergi untuk latihan.
"Ehhh korang jom la. Dah lambat dah ni untuk vocal class. Kang tak pasal ii kena sound dengan Ms Kim." Kata Chan.
"Okay la kiteorang pergi dulu tau. Get well soon. Kiteorang nak jugak praktis dengan kau." Kata Changbin. Aku bagi senyuman yang ikhlas dan mengangguk. Walaupon aku tau itu adalah mustahil.
"Lino hyung, peluk la Seung Hee sebelum terlambat." Kata Hyunjin. Aku berkedip mataku. Huh? Peluk?
"Hmmmmmmmm tak nak la…"
"Alaaa hyung tak yah segan ii. Kang terlambat menyesal pulak." Sakat Han. Lino mengeluh.
"Umm awak tak pape kan kalau saya peluk awak?" Soal Lino. Aku agak malu sebab ni la first time laki peluk aku. Aku membuka dakapan untuk dia. Dia terus memelukku erat. Aku sandarkan kepala aku kat atas bahu dia.
"Take care. Get well soon. Kuatkan semangat tau." Kata dia. Aku dapat rasa bahang di bahagian belakang aku. Sah dia tengah blushing teruk.
"Wuuuuuu~~~~" maknae line menyakat Lino lagi. Akhirnya Lino lepaskan pelukkan.
"Dah shuddap you!! Jom balik." Muka dia naik merah lalu keluar dari wad aku. Aku tergelak. Asal comel sangat dia ni?
Selepas kaum lelaki pergi dari sini. Tinggal la kami berempat. Aku perasan yang Kayla tersengih macam kerang busuk kat hujung bilik tu.
"Asal kau sengih macam tu?"
"Tak sangka dooo kau terima pelukkan dia."
"Ye dooo sebab dua ii ni pemalu orangnya." Kata Haemin pulak. Hyuri asyik tersenyum je kat situ. Haihhh hanat punya kawan. Hati aku mula tak sedap dan batuk.
"Omg kau okay tak? Nak air?" Kayla dengan panicnya serahkan air mineral kepada aku dan minum.
"Umm korang… Aku… Ada benda nak bagitau korang. Aku harap sangat korang tak risau tahap gaban lepas aku bagitau ni."
"Seung Hee, kau kenapa do? Cerita je la kat kiteorang. Kiteorang sudi jadi pendengar yang setia." Kata Kayla.
"Korang… Actually… Buat masa ni… Aku tak boleh keluar dari hospital ni… Aku akan sentiasa dipantau oleh doktor…" Kata aku cuba untuk beranikan diri.
"Okay apa dia?" Soal Haemin yang sudah duduk di samping aku.
"Actually, aku ada penyakit tumor otak tahap keempat. Doktor kata aku ada chance untuk hidup cuma sebulan je."
Aku perasan yang Kayla membulatkan matanya. Kalau ikutkan matanya boleh terkeluar sebab terkejut. Haemin pulak terdiam seribu bahasa sebab terkejut. Hyuri pulak macam ternampak hantu kat depan mata dia.
"APA?!!" aku bersedia la menerima bebelan dan sekian sekian dari kawan ii hanat aku ni
──────⊹⊱✫⊰⊹──────
Double update for today^^ harap korang still enjoy the story.
YOU ARE READING
「 C 」Lie In December | SKZ LEE KNOW FF
Fanfic"Your Lie brought you to me." STATUS: Complete START: 02/05/2020 END: 14/10/2020